Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas


Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas | Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Dengan izin dan kurniaMU, hari ini kita sudah berada di hari ke 17 Ramadhan. Alhamdulillah alhamdulillah. Dah 17 Ramadhan ni, anda dah tunaikan zakat fitrah ke belum? Dah tahu berapa kadar bayaran zakat fitrah yang perlu dibayar? Musim kawalan pergerakan sekarang ini, bagaimana cara nak tunaikan zakat fitrah. Lembaga Zakat Selangor ada jawapan untuk setiap persoalan anda. Jom tunaikan zakat fitrah melalui Lembaga Zakat Selangor. Pembayaran zakat fitrah semudah di hujung jari. Tunaikan zakat untuk keberkatan hidup didunia dan akhirat.

Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan. Zakat Fitrah merupakan suatu amalan yang dapat menyucikan diri manusia dari sudut peribadatan.

Zakat Fitrah Satu Amanah Dan Tanggungjawap Selamat menunaikan ibadah puasa dan jangan lupa bayar zakat fitrah okay! Itu satu amanah dan tanggungjawab. Ibadah selesai tanggungjawap tertunai. 
Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat FitrahOrang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Di MakanApakah yang dimaksudkan dengan kadar bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Maksudnya ialah kadar bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan seisi keluarga. 
Kenapa kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin. 




















Bagaimana kaedah kiraan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan

Sila rujuk pada jenis beras yang telah disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor.
Bayaran Zakat Fitrah Secara Online
Dalam keadaan negara kita yang  dilanda wabak COVID-19 ini menjadikan pergerakan kita agak terbatas untuk menguruskan hal-hal wajib seperti menunaikan zakat. Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Selangor telah menyediakan pelbagai saluran online bagi memudahkan anda menunaikan zakat. Dengan perintah kawalan pergerakan sekarang, kaedah pembayaran zakat secara atas talian adalah kaedah yang lebih baik dalam dalam menangani wabak Covid 19.

Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat fitrah secara online iaitu melalui eZakatPAY, Perbankan Internet dan Aplikasi eWallet GoPAYZ dan Boost. 

eZakatPAYeZakatPAY merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS). 


















Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. 
- Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay- Tiada bayaran tambahan dikenakan- Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat- Proses yang selamat
Cara Pembayaran Melalui eZakatPAY

Sila ke laman eZakatPAY  untuk pembayaran zakat secara online. • Isikan maklumat pembayaran • Pilih salah satu kaedah bayaran zakat samada Perbankan Internet FPX atau Pembayaran JomPAY. • Pilih bank• Resit bayaran zakat akan dihantar ke email yang didaftarkan semasa membuat pembayaran. 


Perbankan InternetPembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet. Berikut senaraiagen kutipan yang menyediakan kemudahan ini;
• RHB Islamic Bank• AmBank• CIMB Bank • Bank Islam • Maybank • OCBC Bank• Public Bank• Bank Rakyat • HSBC • Alliance Islamic Bank











Pembayaran Melalui GoPAYZPembayaran melalui kaedah ini memerlukan anda untuk muat turun aplikasi GoPAYZ. Muat turun aplikasi GoPAYZ di Google Play Store dan di Apple App Store


• Klik pada "Perkhidmatan" > "islamik"• Pilih "Zakat Fitrah" atau "Zakat Harta"• Ikut arahan dalam aplikasi bagi menyelesaikan pembayaran. 
Pembayaran Melalui Boost 

Untuk pembayaran melalui Boost, sila muat turun aplikasi ini di telefon pintar anda dan ikut langkah langkah yang disediakan. 
Zakat Harta Pembayaran secara online boleh juga dibuat untuk pembayaran Zakat Harta. Zakat harta dikenakan ke atas orang berharta yang memiliki harta melebihi 85g emas iaitu kadar semasa berjumlah RM13,425 dan melepasi haulnya iaitu 1 tahun tempoh simpanan. 
Zakat harta merangkumi zakat perniagaan, pendapatan, wang simpanan, emas dan perak, saham, dan wang pengeluaran KWSP. Kadar zakat harta adalah 1/40 iaitu 2.5% dan waktu dibayar adalah sepanjang tahun. Firman Allah ‘Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah dirimu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat’ (An-Nur, 24:56)

Ayuh semua marilah kita sama sama gunakan sebaik baiknya keberkatan bulan Ramadhan ini untuk berzakat, terutama kepada peniaga dan usahawan


Maklumat Lanjut Pembayaran Zakat Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pelaksanaan zakat fitrah 1441H/2020M bolehlah merujuk halaman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan juga media sosial sebagaimana berikut:
Website : Lembaga Zakat SelangorFacebook : Lembaga Zakat SelangorInstagram : zakatselangorTwitter : Zakat SelangorYouTube : Zakat Selangor TV



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/05/bayar-zakat-fitrah-secara-atas-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian

Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 477 hits
Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Menjelangnya bulan ramadhan almubarak kita seluruh umat islam akan menjalani ibadah berpuasa selama sebulan Disamping kita berpuasa kita juga wajib mengeluarkan zakat fitrah Zakat fitrah ialah s...
Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 695 hits
Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik Kawan kawan tak kenal Boost Boost adalah aplikasi e wallet yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar Ada beb...
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Yang Mudah Di Hujung Jari Jer

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Yang Mudah Di Hujung Jari Jer

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 596 hits
Alhamdulillah kali pertama bayar zakat fitrah online prosesnya mudah sahaja cuma feel tu rasa kurang sket Saya membayar zakat fitrah melalui online sahaja Bayar zakat biasa seperti zakat pendapatan pun memang tiap tahun bayar online mudah d...
Zakat Fitrah Boleh Dibayar Secara Atas Talian

Zakat Fitrah Boleh Dibayar Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 590 hits
Bersih suci subur berkat dan berkembang adalah maksud zakat dari segi bahasa manakala menurut syarak pula zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima Seperti ki...
Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 370 hits
JK juga meminta masyarakat untuk lebih peka dan saling membantu terhadap sesama yang membutuhkan khususnya bagi umat Islam di bulan Ramadhan sebagai upaya untuk mengumpulkan pahala
Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 563 hits
Siapakah orang yang tidak wajib bayar zakat fitrah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Bagaimanakah keadaan seseorang itu dikatakan tidak wajib me...
Hukum Siapa Yang Perlu Bayar Zakat Fitrah Bagi Isteri

Hukum Siapa Yang Perlu Bayar Zakat Fitrah Bagi Isteri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 551 hits
Siapakah yang perlu membayar zakat fitrah bagi isteri Suami kena bayar atau isteri itu sendiri Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Siapakah yang w...
Cara Pembayaran Zakat Atas Talian Di Perak

Cara Pembayaran Zakat Atas Talian Di Perak

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1093 hits
Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak Cik en baru selesai buat Pembayaran Zakat Atas Talian atau senang dipanggil E Zakat atau bayaran zakat online Ini pertama kali cik en gunakan dan selama ini abah cik en yang bayar Hikmah PKP ini ci...
Bayar Zakat Secara Online Di Lzs Zakat Fitrah Juga Boleh

Bayar Zakat Secara Online Di Lzs Zakat Fitrah Juga Boleh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 393 hits
Bolehkah bayar zakat secara online lebih lebih lagi zakat fitrah Un pun tertanya tanya juga Tetapi dengan kemudahan dihujung jari Un mencari maklumat di Lembaga Zakat Selangor punya website dan juga facebook Bayar Zakat Secara Online Untuk ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner