Zakat Fitrah Boleh Dibayar Secara Atas Talian
Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang adalah maksud zakat dari segi bahasa, manakala menurut syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Seperti kita ketahui Zakat Fitrah adalah kewajipan fardu ain ke atas semua orang Islam dan ia dilaksanakan pada Bulan Ramadan untuk membersihkan serta menyucikan jiwa kita.
Kebiasaannya, kita akan membuat pembayaran zakat kepada wakil yang dilantik. Tetapi kini terdapat sedikit perubahan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kaedah pembayaran dibuat secara atas talian.
Terdapat banyak platform yang telah disediakan oleh kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia. Berikut senarai platform yang tersedia untuk pembayaran zakat fitrah:
PLATFORM APLIKASI / eWALLET
1. Aplikasi SnapNPay
Cara Penggunaan:
1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore2. Daftar akaun SnapNPay anda3. Tekan pada butang Zakat Fitrah 1441 > pilih pusat zakat anda/ imbas kod QR yang disediakan oleh pusat zakat dipilih4. Masukkan maklumat diperlukan, semak dan tekan bayar untuk membuat pembayaran
Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah & Sarawak
2. Aplikasi Boost
Cara Penggunaan :
1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore2. Pada paparan utama, klik pada tab zakat3. Tambah akaun zakat baru dan klik pada tab "+" untuk meneruskan4. Lengkapkan maklumat diperlukan dan klik butang "Save & Pay Zakat"5. Masukkan pin 6 digit atau gunakan pilihan keselamatan cap jari untuk pengesahan
Senarai Negeri : Selangor, Kuala Lumpur & Kedah
3. GoPayZ
Cara Penggunaan :
1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore
2. Daftar masuk GoPayz
3. Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
4. Lengkapkan butiran / maklumat yang diminta
5. Kemudia anda akan dibawa ke laman "Lafaz Niat Bayar Zakat" dan tekan "terus Bayaran"
6. Pilih cara pembayaran untuk lengkapkan transaksi
Senarai Negeri : Selangor, Perak, Kedah & Kuala Lumpur
PLATFORM PERBANKAN INTERNET
1. Portal MyEG
Cara Penggunaan :
1. Pergi ke laman web MyEG / Muat turun aplikasi MyEG menerusi Google PlayStore
2. Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar dengan laman web
3. Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
4. Pilih aplikasi ZAKAT dan pilih agensi zakat dikehendaki
5. Pilih pautan yang disediakan untuk menganggarkan / membuat pembayaran dalam talian.
Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah
2. PayHalal
Cara penggunaan :
1. Pergi ke laman web PayHalal
2. Pilih pusat zakat & jenis zakat
3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
4. Baca "Niat" tersedia dan klik pada kotak nota untuk pengesahan
5. Pastikan maklumat adalah benar. Kemudian, pilih cara pembayaran
Senarai Negeri : Kuala Lumpur
3. Pos Online
Cara penggunaan :
1. Pergi ke laman web POS Online
2. Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar akaun dahulu
3. Log masuk dengan ID dan kata laluan anda
4. Pilih "Open Bill Payment" dan pilih agensi zakat dikehendaki
5. Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang "Add to Cart"
7. Tekan butang "Proceed to Checkout" sekiranya anda sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
8. Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia dan tekan butang "Submit"
Senarai Negeri : Selangor & Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://najmi-faiq.blogspot.com/2020/05/ZakatFitrahBolehDibayarSecaraAtasTalian.html