Bayar Mahal Mahal Memang Nak Tengok Tiang Besi Je Komen Zizan
BELUM pun habis bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad malam, seorang individu tampil mempertikaikan harga tiket dan tempat duduknya ketika menyaksikan acara itu.
Menerusi laman Twitter, kata Aszlizan Ali Shamsudin, tiket berharga RM55 itu disifatkan tidak berbaloi kerana pandangannya terhalang sewaktu acara yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Bercerita kepada mStar Online, lelaki berusia 34 tahun yang mesra disapa Zizan itu mengakui kecewa apabila sistem pengurusan tiket yang tidak sistematik menyebabkan dia dan rakannya tidak dapat menikmati sepenuhnya persembahan pada malam itu.
AJL 33 menyaksikan koloborasi Hael Husaini Dayang Nurfaizah diangkat sebagai juara.
“Di tempat duduk saya, pandangan terhalang dengan binaan tiang besi. Ia dialihkan selepas persembahan pembukaan, tetapi ada petugas keselamatan pula yang berdiri di situ.
“Saya terpaksa jerit beberapa kali, baru mereka bergerak. Memang rasa hilang mood, rasa macam nak balik.
“Apabila beli tiket, kami expect dapat view yang bagus. Kami beratur pun dari pukul 5 lagi, ” ujar Zizan sewaktu dihubungi padaIsnin.
Menurut Zizan, dia juga terpisah dengan beberapa rakannya kerana tempat duduk yang kosong adalah terhad.
Selain pandangan yang terhalang, Zizan turut mempertikaikan pengurusan acara itu sehingga berlaku kesesakan sebelum acara bermula.
“Sangat tidak sistematik, orang main masuk macam lembu, ramai yang potong barisan sebab tiada petugas yang jaga.
“Barisan pun dah macam ular, orang ramai tolak-menolak untuk masuk disebabkan hujan sebelum acara itu.
“Apabila masuk, tempat duduk pula tiada sehingga berpecah dengan kawan-kawan. Kita datang berkumpulan sebab nak raikan sama-sama,” ujarnya.
Posting Zizan yang mempertikaikan tiket berharga RM55 menerusi laman Twitter berikutan pandanganny yang terhalang sewaktu acara itu.
Dalam pada itu, Zizan turut memberi cadangan agar pihak AJL menyediakan tiket bernombor pada edisi penganjuran akan datang supaya perkara sebegini tidak berulang.
“Dah lebih lima kali saya datang tengok AJL, tapi sebelum ini tiket percuma. Kali ni saya expect lebih baik sebab dah bayar.
“Kalau tahu macam ni, saya akan beli tiket yang lebih murah untuk tengok dari aras atas,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif AJL 33, Nurhul Huda Khalid sewaktu dihubungi mengesahkan akan mengambil maklum mengenai aduan itu.
Piihaknya juga akan membuat post-mortem untuk mengenal pasti beberapa kelemahan berikutan ia kali pertama mereka memperkenalkan penjualan tiket untuk acara itu.
“Binaan tiang itu untuk persembahan pembukaan Search sahaja, semua orang pun terhalang. Selepas itu kita terus buka.
“Kami dah cuba yang terbaik semalam, belum post-mortem lagi, tapi kami akan ambil berat pandangan itu.
“Berhubung sistem tiket dan tempat duduk yang tak sistematik, ia kali pertama kami jual tiket. InsyaAllah cadangan tiket bernombor itu akan dipertimbangkan untuk tahun depan,” ujarnya lagi.
Hmm, nampaknya sepanjang hari kes mengenai Elfira Loy & Sufian Suhaimi membanjiri media sosial, dari malam tadi sampai sekarang nama mereka berdua je menjadi buah mulut netizen.
Ini semua disebabkan impak persembahan lagi Di Matamu semalam, bahkan siap ada wish daripada bekas kekasihnya Elfira Loy tu.
Ada yang team Elfira ada juga team Sufian. Susulan dengan kehangatan isu mengenai mereka, PU Rahmat terpanggil mengenai isu tersebut.
Boleh tak Suffian Suhaimi dan Elfira Sama sama belajar memahami takdir ?
Umumnya hubungan cinta antara mereka berdua telah berakhir, sejak dari itu ia menjadi buah mulut orang ramai apabila Sufian muncul dengan single terbaru Di Matamu tahun lepas.
Mereka beruda seolah-olah perang dingin tapi masing-masing menafikannya. Sufian tepis dakwaan bahawa lagu tersebut ditujukan akibat mereka putus tunang, menurutnya lagu ini telah dicipta sebelum insiden itu berlaku.
Spekulasi antara mereka berdua semakin hangat apabila Elfira Loy menunjukkan bekas kekasih Sufian hadir pada hari persandingannya dan kehangatan bertambah apabila ada netizen anggap persembahan Sufian malam tadi ada mesej tersirat untuk El.
Kehangatan semakin rancak antara mereka berdua apabila El ada wish good luck pada Sufian. Disebabkan itu PU Rahmat gesa mereka berdua agar bersikap matang dan menasihati netizen agar tidak bersikap batu api.
Netizen pula jangan jadi batu api
Kalau diperhatikan mereka beruda ni seolah-olah berbalas sesama sendiri cuma tak mengaku. Tapi mungkin itu semua sekadar kebetulan je.
Hmm ada kemungkinan juga ada perselisihan antara mereka berdua yang kita tak tahu, apa pun biarlah mereka sesama sendiri yang selesaikan.
PEREKA fesyen Hatta Dolmat mendedahkan konsep baju penyanyi Sufian Suhaimi pada malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad menggambarkan situasi patah hati dek kerana gagal dalam percintaan.
Hatta berkata, suntikan emosi dan kesedihan pada baju rekaannya menepati lirik lagu Di Matamu.
“Lagu itu dekat dengan kita terutama yang pernah melalui pengalaman putus cinta.
“Saya sendiri peminat lagu tersebut, jadi saya memberi gambaran hati yang pecah dan menyuntik kesedihan pada baju tersebut.
“Pecahan pada dada sebelah kiri dan disamping brooch kumbang melambangkan kumbang bukan seekor,” ujarnya kepada mStar Online.
VIDEO : Karpet Merah AJL 33: Siapa paling ‘Supernova’?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: mstar via the klasik
The post “Bayar Mahal-mahal Memang Nak Tengok Tiang Besi Je” – Komen Zizan appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/02/05/bayar-mahal-mahal-memang-nak-tengok-tiang-besi-je-komen-zizan/