3 Tempat Terbaik Nak Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah
Tempat Terbaik Nak Cari Sewa Motor Atau Motorbike Rental Semasa Di KK - Sebenarnya kalau datang ke Kota Kinabalu, anda boleh menyewa motor sama ada motorsikal gear manual ataupun motor skuter (scoother, motorsikal gear automatik).
Bagi yang kurang tahu skuter ni apa benda, skuter adalah motorsikal gear automatik.
Macam kereta juga. Ada kereta gear automatik. Ada kereta gear manual. Dua-dua pun kereta juga. Cuma yang berbeza adalah jenis gear. Begitulah keadaannya dengan motor.
Bagi yang travel sendirian atau travel berdua dengan si dia, sebenarnya jalan-jalan pakai motor sewa jauh lebih murah dari pakai kereta sewa.
Cuma tu sajalah, motor ni tiada bumbung. Risikonya adalah basah semasa hujan yang turun tiba-tiba tanpa dijangka.
Tapi kalau cuaca bagus, memang best rasanya jalan-jalan di area pusat bandar Kota Kinabalu kalau naik motor saja. Nak parking pun senang. Tak perlu masuk shopping mall pastu pusing-pusing 20 mini cari tempat parking.
Bagi yang dah biasa pakai motor, pasti akan lebih suka cari motor sewa kala bercuti di Kota Kinabalu. Senang nak bergerak ke mana-mana walaupun jem teruk. Pastu senang nak park kat mana-mana tanpa perlu bayar parking fee.
Apa Yang Besnya Pakai Motor Sewa Semasa Di Kota Kinabalu
Pertama sekali, kos rendah.
Macam yang kami katakan tadi. Harga sewa motor dalam sehari lebih murah berbanding harga sewa kereta dalam sehari.
Kalau sampai di Kota Kinabalu, kalau nak jalan pusing-pusing bandar misalnya dari 1Borneo sampai ke Lok Kawi Wildlife Park pastu anda cuma seorang atau berdua, bolehlah sewa motor saja.
Kalau travel secara berkumpulan misalnya 4 orang atau 6 orang, boleh sewa 2 atau 3 motor. Pastu travel sekitar pusat bandar Kota Kinabalu secara berkonvoi. Kan best camtu? Ia boleh mencipta satu kelainan. Tak taklah typical sangat asyik travel pakai kereta saja.
Kedua, perjalanan terasa lebih bebas.
Bebas sebab tidak sangkut dalam kesesakan lalulintas.
Kalau jalan-jalan naik motor, perjalanan terasa lebih bebas dan lebih adventurous. Cuma kena hati-hati. Jalan pakai motorsikal lebih terdedah kepada bahaya berbanding jalan naik kereta. Tapi kalau hati-hati semasa menunggang, pasti tidak ada apa-apa masalah timbul.
Apabila anda berada di Kota Kinabalu, jumlah kereta adalah lebih banyak dari jumlah motor. Begitu juga di area lain di Sabah misalnya di Sandakan, Tawau ataupun Semporna.
Mana Nak Cari Sewa Motor Murah Dan Bagus Semasa Di Kota Kinabalu
Aha. Sampailah kita ke topik utama.
Mana nak cari motor untuk disewa?
Mana nak sewa motor di Kota Kinabalu?
Tenang.. tenang.. kami dedahkan jawapannya. Sebelum menaip artikel ni kami sudah jalankan research dan sudah survey tempai terbaik nak sewa motor juga tempat nak cari motor sewa yang bagus dan yang paling OK.
Sebab, kadangkala kalau sewa motor tu murah, harga jadi murah disebabkan oleh motor yang sudah uzur. Biasanya seller tak akan bagitau tapi kita akan mulai tahu apabila motor mulai 'sesak nafas' dan tiba-tiba mengalami masalah di tengah-tengah jalan yang akhirnya menjadikan trip bercuti di KK pasti jadi tidak best.
So kami cuba dapatkan best solution untuk anda yang mencari informasi mengenai motor untuk di sewa kalau nak jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu.
Sewa Motor Dari Go Go Sabah
Ni kedai bike rental atau kedai sewa motor paling 'legend' di Kota Kinabalu.
Sebabnya, Go Go Sabah adalah pelopor perniagaan kedai motor sewa kala peniaga lain sibuk memfokus kepada perniagaan kereta sewa untuk pelancong-pelancong juga pengunjung-pengujung yang datang ke Kota Kinabalu. GoGo Sabah bermula sebagai bike rental shop sekitar tahun 2010 sehingga ke hari ini (Januari 2019, kala entri ini kami tulis).
Berikut harga sewa motor di Kota Kinabalu Sabah dari GoGo Sabah kami klasifikasikan ikut jenis motor, model serta harga sewa mengikut tempoh hari.
MZ MOTORAD 125cc
Sewa 1 hari: RM46.
Sewa 2-6 hari: RM40 sehari.
Sewa 1 minggu: tiada.
Sewa 1 bulan: tiada.
YAMAHA EGO S 110cc or Similar (fully auto)
Sewa motor 1 hari: RM55
Sewa 2-6 hari - RM50 sehari.
Sewa 1 minggu: RM300
Sewa 1 bulan: RM800
YAMAHA 125cc or Similar (fully auto)
Sewa motor 1 hari: RM65
Sewa 2-6 hari - RM60 sehari.
Sewa 1 minggu: RM360
Sewa 1 bulan: RM900
DEMAK EX90 (semi auto)
Sewa motor 1 hari: RM65
Sewa 2-6 hari - RM60 sehari.
Sewa 1 minggu: RM360
Sewa 1 bulan: RM900
HONDA WAVE 110cc (semi auto) KICK START
Sewa motor 1 hari: RM65
Sewa 2-6 hari - RM60 sehari.
Sewa 1 minggu: RM360
Sewa 1 bulan: RM900
HONDA 125cc (semi auto)
Sewa motor 1 hari: RM65
Sewa 2-6 hari - RM60 sehari.
Sewa 1 minggu: RM360
Sewa 1 bulan: RM900
YAMAHA FZ150 (MANUAL)
Sewa motor 1 hari: RM65
Sewa 2-6 hari - RM60 sehari.
Sewa 1 minggu: RM360
Sewa 1 bulan: RM900
Syarat nak sewa motor dari GoGo Sabah:
Perlu deposit tunai RM300, akan dikembalikan setelah selesai tempoh penggunaan.Setiap motor yang disewa didatangkan dengan 2 helmet.Caj RM5 dikenakan untuk 1 helmet kalau nak tambah helmet.Mesti ada lesen motor.Penyewa hendaklah memberi 1 salinan kad pengenalan atau passport.Kadar sewa motor dalam 1 hari adalah mengikut tempoh 24 jam.
Yang tak bestnya, kebanyakan motor yang boleh disewa dari GoGo Sabah pada harga paling murah adalah motor model lama.
Motor MZ MOTORAD 125cc yang mereka tawarkan untuk disewa adalah motor model lama serta memiliki banyak kerosakan. Terasa bagaikan kurang selamat apabila menyewa motor tu dari GoGo Sabah.
Lebih baik sewa motor lain yang lebih baru dan lebih baik. Tapi masalahnya stok motor baru pula tak banyak di GoGo Sabah ni. Tempahan untuk motor sewa akan semakin banyak pada hujung minggu yang menjadikan kuantiti motor yang boleh disewa cuma tinggal sedikit.
Sewa Motor Dari Scooter Monkey
Dari pemerhatian kami Scooter Monket adalah kedai sewa motor terbaru dan terbaik di Kota Kinabalu. Scooter Monkey baru sahaja dibuka sekitar pertengahan 2018.
Kalau nak sewa motor atau sewa skuter bolehlah ke Scooter Monkey yang terletak di Wisma Sabah, hanya bersebelahan dengan Gaya Center Hotel juga Suria Sabah.
ruang masuk ke Scooter Monkey
Kalau baca review pasal Scooter Monkey di Google kebanyakan review yang ditulis oleh pelanggan-pelanggan mereka memuji servis yang diberikan oleh Scooter Monkey. Cuba tengok screen shot dari review di Google yang kami paparkan di bawah. Kami ambil screen short ni pada 26 Januari 2019. Sila klik untuk besarkan.
review Scooter Monkey 1
review Scooter Monkey 2
review Scooter Monkey 3
review Scooter Monkey 4
Pihak Scooter Monkey menyediakan motor besar (superbike) kapasiti 250cc untuk disewa. Antara model-model motor untuk disewa adalah Honda Repsol CBR 250 edisi MotoGP, Yamah R25 dan Kawasaki 250. Bagi peminat motor besar bolehlah dapatkan motor-motor tersebut untuk dibawa berjalan pusing-pusing bandar Kota Kinabalu.
Kedai sewa motor milik Scooter Monkey terletak hanya di sebelah kedai GoGo Sabah sahaja. Kedua-duanya berjiran di dalam satu bangunan yang sama.
Yang bestnya kalau ada ke Scooter Monkey, kedai mereka bukan hanya sebuah kedai sewa motor. Sebaliknya Scooter Monkey turut memiliki kafe dan kaunter barangan cenderamata. So sementara menunggu motor sewa disediakan bolehlah menikmati secawan kopi.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke kafe Scooter Monkey adalah pengunjung-pengujung berbangsa Cina dan pelancong bukan beragama Islam.
Bagi anda yang beragama Islam, agar sukar untuk kami rekemenkan hidangan yang disediakan di tempat ini kerana kafe Scooter Monkey turut menghidangkan minuman keras beserta makanan non-halal buat pengunjungnya.
Namun, tidak salah untuk duduk menikmati minuman panas atau minuman sejuk di Scooter Monkey. Pihak pengurusan Scooter Monkey amat arif mengenai soal itu.
Mereka mengasingkan cawan dan peralatan makanan untuk halal dari yang non-halal. Walaupun mereka belum lagi memaparkan tanda halal buat masa ini (kala entri ini kami tulis) namun anda boleh duduk di sana jika sekadar hendak menikmati minuman.
Macam mana nak sewa motor dari Scooter Monkey?
Anda boleh hubungi pemiliknya iaitu Mr. Bonny Vun di 011-1531 0401. Kedai sewa motor Scooter Monkey buka setiap hari dari pukul 6:30 pagi hingga 6:30 petang, kadangkala sehingga jam 7 malam mengikut keadaan. Hari Ahad buka lambat sikit pada sebelah pagi tapi tetap tutup sekitar jam 6:30 petang.
Anda boleh booking awal dengan cara menghubungi Scooter Monkey lebih awal kalau nak sewa motor untuk jalan-jalan di Kota Kinabalu. Manalah tau ada orang lain yang contact lebih awal. Sebab kedai sewa motor Scooter Monkey ni memang laku.
Dari pemerhatian kami kesemua motor yang ada di Scooter Monkey adalah motor-motor baru belaka. Masih berkilat dan berkeadaan baik.
Semua siap sedia dengan smartphone holder beserta helmet holder di bahagian belakang. Kalau motor besar macam Honda CBR tu, tak ada helmet holder di belakang seat tapi ada smartphone holder. Helmet disediakan dengan setiap motor yang disewa.
Yang bestnya setiap motor yang disewa dari Scooter Monkey di lindungi insuran. Kalau ada kemalangan ataupun situasi tidak dijangka, usah risau sebab insuran yang cover.
Kalau datang ke Scooter Monkey, anda akan disambut dengan penuh ramah oleh pemiliknya, Mr. Bonny Vun. Walaupun beliau bukan beragama Islam tapi beliau amat menghormati kami bahkan melayan kami dengan layanan terbaik.
Mana nak cari kedai sewa motor Scooter Monkey ni? Senang saja. Pergi ke Wisma Sabah. Pastu masa sampai di ground floor tu anda akan nampak petanda arah menuju ke arah kedai Scooter Monkey.
Senang saja nak cari sebab kalau berdiri dekat kaunter pertanyaan bangunan Wisma Sabah, dah boleh nampak banner kedai sewa motor Scooter Monkey.
Motor sewa diorang diparking di sebelah bawah di tepi laluan masuk pengunjung ke Wisma Sabah tapi pejabat urusan terletak di dalam bangunan Wisma Sabah. Kena register dulu, bayar deposit kemudian barulah dapat kunci motor. Dah boleh jalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu naik motor sewa.
Kalau cari Scooter Monkey pakai Google Maps, lagilah senang.
Cuma kena tahu Wisma Sabah ni sebenarnya bangunan 4 tingkat terletak di tengah-tengah antara Wisma Merdeka dan Suria Sabah shopping mall.
Kadang pernah lalu di situ tapi tidak perasan bangunan tu adalah Wisma Sabah. Orang KK sendiri pun ramai tidak tahu Wisma Sabah ni di mana. Buka Google Maps dalam fon baru tau.
Inilah dia motor yang tersedia untuk disewa di Scooter Monkey. Tengok tu. Motorsikal besar MotoGP pun ada. Bolehlah menunggang motor besar dengan penuh gaya bila jalan-jalan di Kota Kinabalu nanti. Klik mana-mana gambar untuk besarkan.
Kuantiti motor sewa yang disediakan untuk disewa di Scooter Monkey adalah cukup banyak. Jika di banding dengan GoGo Sabah, kualiti motor sewa di Scooter Monkey jauh lebih baik sebab semua motor baru. Masih fresh!
Nampak selesa dan ampak selamat. Tak adalah terfikir motor tak hidup nanti, bateri tak hidup atau enjin langsung tak boleh on nanti. Tengok saja badan motor tu dah tau motor sewa yang mereka sediakan memang berkualit dan cukup bagus.
Bukti syarikat ni memang syarikat kukuh dan berkredibiliti tinggi.
Kami jadi kenal dengan amat rapat dengan Mr. Vun walaupun kami baru sahaja berjumpa dengannya. Kalau baca review pasal Scooter Monkey di TripAdvisor Malaysia, kesemua tourist yang menyewa motor dari Scooter Monkey memberikan review 5 Bintang.
Berkenalan dengan Mr. Vun ibarat berkenalan dengan seorang kawan baru. Dia tidak anggap kami sebagai customer ataupun pelanggan tapi menganggap kami sebagai tetamu kehormatnya. Kami dilayan bagaikan raja. Katanya, "you come as guest and leave as family. Keep in touch". Begitulah ayat yang dia ucapkan pada kami saat kali terakhir kami berjumpa dengannya.
Kalau nak cari mana tempat paling best nak sewa motor di Kota Kinabalu, kami amat rekemenkan Scooter Monkey sebagai kami sendiri sudah alami macam mana bestnya perkhidmatan yang mereka bagi. Berbaloi dengan duit yang anda bayar untuk sewa motor di Kota Kinabalu.
Ini senarai harga motor sewa di Kota Kinabalu dari Scooter Monkey:
Demak 135 manual - RM35 sehari.SYM Jet 125cc auto (skuter) - RM40 sehari.Honda Beat 110cc auto (skuter) - RM60 sehari.Honda Solariz 125cc auto (skuter) - RM60 sehari.Honda CBR 250R 250cc (motor besar) - RM160 sehari.Kawasaki 250cc manual (motor besar) - RM160 sehari.
Harga yang kami senaraikan di sini adalah harga terkini sehingga 27 Januari 2019. Kalau nak sewa motor untuk tempoh lebih dari 1 hari misalnya 3 hari atau 5 hari, contact terus pemiliknya, Mr. Vun menggunakan WhatsApp di 011-1531 0401. Biasanya Mr. Vun reply cepat terutama pada waktu siang.
Sewa Motor Dari Borneo Ride
Tempat ketiga utnuk sewa motor selama berada di Kota Kinabalu, Sabah, adalah dari Borneo Ride. Berbanding dengan GoGo Sabah dan Scooter Monkey, sewa motor dari Borneo Ride yang ada 1 jenis motor sahaja disediakan iaitu skuter Honda 115 automatik. Tidak ada model motor lain. Tidak ada superbike. Hanya skuter sahaja.
Walaupun Borneo Ride hanya menyediakan satu model sahaja namun motor sewa yang disediakan terdapat dalam bilangan yang banyak serta boleh pilih dalam pelbagai warna. Antaranya adalah warna oren, putih, merah, biru.
Setiap motor yang anda sewa dari Borneo Ride didatangkan dengan bike lock, topi kaledar, baju hujan serta kotak storan mini di bahagian belakang.
Harga Sewa Motor Di Borneo Ride
Sewa Motor Selama 5 Jam: RM38.
Sewa sehari: RM85.
Sewa 2-4 hari: RM80 sehari.
Sewa 1 minggu: RM75.
Sewa Bulanan: Hubungi mereka untuk tanya harga.
Macam mana nak booking motor untuk di sewa di Borneo Ride?
Senang saja. Call atau WhatsApp staff Borneo Ride di +60168330052 atau hubungi nombor pejabat Borneo Ride di talian 088-236007 (waktu pejabat).
Syarat nak sewa motor di Borneo Ride:
Penyewa mesti ada memiliki lesen motor sah dan aktif.Bayaran deposit sebanyak RM100Kesemua kadar sewa adalah mengikut kiraan 'per hari'.Hanya 1 helmet disediakan untuk 1 motor. Perlu bayar RM25 untuk helmet tambahan.Bayaran RM10 dikenakan untuk pembonceng kanak-kanak.Moga dengan maklumat yang kami berikan di sini dapat membantu anda cari tempat sewa motor terbaik semasa berada di Kota Kinabalu. Lain orang lain ragam. Ada yang nak sewa kereta. Ada juga yang nak sewa motor. Bagi yang datang ke Kota Kinabalu dan mahu explore kawasan Kota Kinabalu ni dengan menaiki motor, bolehlah hubungi mana-mana kedai sewa motor yang kami senaraikan di sini.
Hanya 3 kedai sewa motor ni sahaja yang kami sendiri pergi dan yang kami sendiri amati. Sebab nak pastikan sendiri kualiti motor yang tersedia untuk di sewa di setiap kedai-kedai tu. Jika anda pertanyaan, bolehlah taip dalam ruang komen di bawah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bki12.blogspot.com/2019/01/3-sewa-motor-kota-kinabalu-sabah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KotaKinabaluTravel+%28Tempat+Menarik+Di+Sabah%29