Bayanlepas Kanak Kanak Perempuan Hangus Terbakar


Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas selepas rumah teres dua tingkat didiami mangsa bersama keluarganya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas, dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mayat kanak-kanak itu, Koey Siew Kim, ditemui rentung dalam keadaan terbaring berhampiran tingkap bilik itu, dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang tadi.

“Pihak bomba ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba di lokasi, rumah teres dua tingkat itu sedang terbakar dengan api marak. Kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan ada di tingkat atas.

“Bomba berusaha menyelamatkannya, namun api marak dan selepas usaha memadam api berjaya, mangsa ditemui rentung dalam keadaan terbaring,” katanya.



Soffian berkata, berdasarkan siasatan awal, rumah itu didiami mangsa bersama ibu bapa, adik lelaki dan neneknya, malah ketika kejadian hanya mangsa berada di tingkat atas rumah itu.

Beliau berkata, adik lelaki mangsa berusia lima tahun dan ibu saudara berusia 40-an serta neneknya berusia 71 tahun berada di tingkat bawah rumah, berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran di tingkat atas rumah mereka.

“Mereka cuba menyelamat kanak-kanak perempuan itu, namun api sangat marak. Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pergi ke pasar raya berhampiran untuk membeli barang keperluan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal bomba mendapati api marak di tingkat atas rumah, namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shamsol Alam Man, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.21 petang dan terus bergegas ke lokasi dengan dua jentera dari Balai Bomba Jalan Perak dan Balai Bomba Bayan Baru.

“Ketika bomba tiba di lokasi, api sudah marak dan kami berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.47 petang sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya sejam kemudian.

“Kami dimaklumkan ada kanak-kanak terperangkap di tingkat dua rumah itu sebelum mayatnya ditemui selepas api dipadamkan sepenuhnya” katanya. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/01/bayanlepas-kanak-kanak-perempuan-hangus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Perempuan Ditemui Di Kajang Polis Jejak Ibu Bapa

Kanak Kanak Perempuan Ditemui Di Kajang Polis Jejak Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR 10 Jan Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di Jalan Taman Megah 2A Taman Megah di Kajang dekat sini hari ini Kanak kanak berambut lurus hingga paras leher dan memakai baju T berwar...
Part 2 2020 Timur Tengah Terbakar Hangus Us Strike Kills Iranian Gen Qasem Soleymani Commander Of The Irgc

Part 2 2020 Timur Tengah Terbakar Hangus Us Strike Kills Iranian Gen Qasem Soleymani Commander Of The Irgc

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 277 hits
General Qasen Soleymani was the commander of IRGC Al Quds Force On Thursday Gen Soleymani was killed in a US airstrike in Baghdad BAGHDAD U S strike kills Iranian Quds Force commander Qasem Soleimani ThursSoleimani revered military figure c...
Polis Cari Ibu Bapa Kanak Kanak Perempuan 2 Tahun

Polis Cari Ibu Bapa Kanak Kanak Perempuan 2 Tahun

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 351 hits
Polis cari ibu bapa kanak kanak perempuan 2 tahun Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jan 2020 11 51PM
Kalau Aku Tak Dapat Perempuan Lain Pun Tak Boleh Dapat Gadis Kerat Pishang Kekasih

Kalau Aku Tak Dapat Perempuan Lain Pun Tak Boleh Dapat Gadis Kerat Pishang Kekasih

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 596 hits
The ReporterMADHYA PRADESH INDIA Gara gara darjatnya dianggap lebih rendah oleh keluarga teman lelakinya gadis ini nekad mencederakan lelaki itu yang masih mencintai dia Rasa sakit hati semakin menjadi jadi apabila keluarga itu menyuruh dia...
Mahasiswi Akper Ditemukan Tewas Tanpa Busana Terungkap Pelakunya Ternyata Seorang Perempuan

Mahasiswi Akper Ditemukan Tewas Tanpa Busana Terungkap Pelakunya Ternyata Seorang Perempuan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 313 hits
Terungkap kronolog kematian seorang mahasiswi Akper yang ditemukan tewas di semak semak tanpa busana pada Selasa Jasad seorang mahasiswi Akper tersebut ditemukan tergeletak di lahan kosong Desa Rangkahkidul Kecamatan Kota Sidoarjo Mirisnya ...
Rok Panjang Tersangkut Gir Perempuan Ini Jatuh Dari Motor Dan Tewas

Rok Panjang Tersangkut Gir Perempuan Ini Jatuh Dari Motor Dan Tewas

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1159 hits
Seorang perempuan tewas terjatuh dari motor setelah rok panjangnya melilit gir motor yang ditumpangi Belakangan diketahui korban adalah Sumiyem asal Desa Triharjo Kecamatan Wates Kulon Progo Daerah Istimewa Yogyakarta Kecelakaan terjadi di ...
Cara Nak Tahu Perempuan Suka Kita

Cara Nak Tahu Perempuan Suka Kita

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 997 hits
Cara nak tahu perempuan suka kita Lelaki kata perempuan ni misteri lah susah nak baca fikiran dan faham isi hati wanita sekejap suka tiba tiba marah lepastu merajuk apa yang kaum hawa ni nak sampaikan sebenarnya Perghh gitu lah antara luaha...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir Rm2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara

Tube Sarong London 2025

Artha Sasak Tanjung Ringgit Chord

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit