Bayangkan Kalau Ph Tak Bagi Solat Jumaat



Dr Dzulkefly Ahmad
Salam Jumuah Mubaarak Semua!
Hampir sukar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) YAB Tan Sri Mahyudin Yasin (TSMY) untuk mampu bertahan momentum kencang yang kini bertiup untuk mengembalikan hak dan mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lalu.
Dengan ‘Power Grab’ yang dilakukan sekumpulan ‘pembelot’ dari Kabinet PH dengan kerjasama kelompok Pas-Umno, nyata ‘takdir-tadbir’ AlLah SWT telah mengalihkan bebanan pandemik COVID-19 dan segala dampak buruknya, dari bahu PH kepada puak PN.
Saya ulangi sekali lagi ..saya seorang ‘Perpetual Optimist’ (Optimis Tegar) sentiasa memandang ‘hikmah’ disebalik sesuatu angkara dan musibah yang menimpa.
Bayangkan, bagaimana Menteri Agama PH, andainya perlu menutup masjid-surau selama hampir 3 bulan dalam era PKP COVID-19? Lunyai dikerjakan menteri ini, yang kebetulan, sentiasa menjadi sasaran pembangkang. Sukar mengelak maki-hamun yang dihamburkan ke arahnya, setiap kali disambung penutupan masjid-surau. Yang salahnya DAP juga gamaknya.
Begitu juga AlLah ‘selamatkan’ Menteri Kesihatan PH ini. Bayangkan juga, dengan 115 kematian sehingga kini, andainya Kerajaan PH terus memerintah, segala kata nista dan cemuhan jelek dipalitkan kerana kononnya, kebodohan-ketololan YBMK PH itu. AlhamdulilLah, AlLah selamatkan diri ini..!
Pun begitu, padah ekonomi dan penderitaan rakyat, akibat perlaksanaan PKP bukan kepalang. Masak Menteri Kewangan dari DAP itu digulai pembangkang!
Namun, disaat dan ketika PKP dan kini PKPB dalam proses diangkat semula, semakin jelas ‘Mandat’ yang diberikan kepada PH oleh Rakyat, adalah dalam rangka untuk dikembalikan kepada pemilik sebenarnya!
Pastinya terlalu banyak yang mahu dinukilkan, mentelahan saya menyambung ‘puasa menulis-menerbit’, setelah graduate dari Madarasah Ramadhan 1441H. Saya kekang kehendak saya menulis meskipun banyak yang hendak dikongsikan. Maaf, seperti ahli politik lain, saya juga punya hak untuk bersuara dan menulis.
Penulisan ini menyinggung perihal angin kencang Perubahan Kerajaan. Kalau sesuatu itu ada ‘sunnah’ atau hukum alamnya, maka juga sebegitu perjalanan Demokrasi. Susun-atur dan tata-kelola Demokrasi juga punya dinamika dan ciri-ciri tersendiri.
Sesungguhnya, peranan Institusi Raja Berpelembagaan menaungi dan memastikan semua berjalan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (FC).
Mengimbau segera perjalanan serta mekanikisme peralihan kerajaan baru-baru ini, sayugia diingatkan semua, bahawa DYMM YDPA sememang di peruntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan (FC) termaktub dalam Perkara 40(2)(a) untuk baginda pertimbangkan…”pada hemat atau pertimbangan Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahlinya.”
Tegasnya, kuasa lantikan ini ialah kuasa budi bicara YDPA yang dijamin peruntukan FC!
Ya, bukan tanggungjawab YDPA untuk meneliti dan menimbang ‘nawaitu’ setiap pemimpin atau Ahli Yang Berhormat, dalam membuat pendirian dalam pernyataan sokongan kepada mana-mana calon Perdana Menteri.
Jauh lagi untuk menentukan samada berlaku ‘pengkhianatan’ atau ‘pembelotan’ ketika seseorang YB itu menyatakan pendiriannya.
Tidak perlu juga ditanya atau dipertikaikan oleh YDPA, samada TSMY telah menandakan tangani perjanjian bersama dengan komponen parti-parti PH, untuk secara sepakat dan muafakat, memperjuangkan perjanjian misi dan objektif PH-PBBM dalam PRU ke-14 lalu.
Tidak wajar untuk YDPA mempastikan samada TSMY telah menjalankan pelbagai langkah tipu-helah untuk mendapatkan Tun Dr Mahathir bersetuju untuk PBBM keluar dan tinggalkan Kerajaan PH, seperti video epik yang diterbitkan olih mantan Menteri Belia dan Sukan.
Tidak wajar dan tidak releven samasekali untuk YDPA dipertanggungjawabkan dengan semua karenah dan ‘political intrigue’ yang melatarbelakangi pergolakan krisis politik itu.
Begitu juga, Rakyat yakin DYMM YDPA akan terus menaungi dan menjamin kelancaran perjalanan demokrasi dalam proses pemulangan mandat, seterusnya nanti.
Akhirnya, pada detik dan saat untuk dikembalikan mandat Rakyat kepada Pakatan Harapan, saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH.
Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini:
Pertama, Ahli2 Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya.
Kedua, Ahli2 Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrim agama. Jelasnya ‘DNA’ ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat ‘Rahmatan lil ‘Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep ‘lnklusiviti’ dan ‘Kemakmuran Bersama’ yang disepakati muafakat politik ini.
Meskipun ‘cukup bilang’ jumlah Ahli Yang Berhormat dikatakan telah tercapai, bertambah mustahak untuk semua pihak, khasnya pimpinan tertinggi, untuk mengambil sedikit pencerahan siri pertama penulisan insan kerdil ini.
AlLahu ‘Alam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28072

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Foto Solat Jumaat Di Turki Berjemaah Di Kawasan Lapang Tapi Patuh Social Distancing

Foto Foto Solat Jumaat Di Turki Berjemaah Di Kawasan Lapang Tapi Patuh Social Distancing

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1889 hits
Kehadiran pandemik COVID 19 yang melanda hampir di seluruh bahagian dunia mendesak pihak berkuasa setiap negara untuk mengeluarkan panduan ataupun Standard Operating Prodedure dalam segala hal bagi memastikan kehidupan masyarakat tidak terj...
Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 302 hits
Semua masjid yang dibenarkan beroperasi di negeri ini sejak minggu lalu mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menyediakan cecair sanitizer dan pemeriksaan suhu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata po...
Solat Jumaat 5 Waktu Untuk Orang Awam Di Selangor Ditangguh Hingga 30 Jun

Solat Jumaat 5 Waktu Untuk Orang Awam Di Selangor Ditangguh Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 344 hits
Solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid saja SHAH ALAM Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 wakt...
Perlis Benarkan 30 Jemaah Untuk Solat Jumaat Dan 12 Orang Untuk Solat Lima Waktu Mulai 5 Jun

Perlis Benarkan 30 Jemaah Untuk Solat Jumaat Dan 12 Orang Untuk Solat Lima Waktu Mulai 5 Jun

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 272 hits
ARAU 1 Jun Perlis membenarkan tambahan jemaah bagi solat Jumaat dan solat lima waktu mulai 5 Jun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan tambahan jemaah solat Ju...
Selepas 80 Hari Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Selepas 80 Hari Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 892 hits
Akhirnya selepas 80 hari masjid di tutup bagi seluruh Malaysia termasuk di Pahang akhirnya hari ini Masjid Temerloh Jaya dibenarkan beroperasi bagi melakukan ibadah Solat Jumaat untuk julung kalinya sepanjang PKP dan PKPB Sejak 18 Mac 2020 ...
40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 361 hits
Berita baik buat semua umat islam di Negeri Kelantan setelah berlaku sedikit penambahan daripada 12 ke 40 orang jemaah yang akan mengerjakan solat Jumaat bermula lusa ini Perkara ini disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiada...
Hukum Jamak Solat Jumaat Dengan Solat Asar

Hukum Jamak Solat Jumaat Dengan Solat Asar

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 485 hits
Apakah hukum jamak Solat Jumaat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Adakah boleh orang yang musafir pada hari jumaat dia jamak solat jumaat Orang ...
Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 574 hits
SOP solat Jumaat terus dipatuhi Oleh Fahmi IzzuddinSETIU 29 Mei Semua jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di masjid di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menggunakan cecair sanitizer dan melakukan pemeri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah