Perlis Benarkan 30 Jemaah Untuk Solat Jumaat Dan 12 Orang Untuk Solat Lima Waktu Mulai 5 Jun


ARAU, 1 Jun  — Perlis membenarkan tambahan jemaah bagi solat Jumaat dan solat lima waktu, mulai 5 Jun.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan, tambahan jemaah solat Jumaat dipertingkatkan kepada 30 orang, manakala solat lima waktu dipertingkatkan kepada 12 orang.
Perintah berkenaan dikeluarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, setelah mengambil kira soal pelaksanaan syiar dan syariat berserta dengan maqasid agama, dalam menjaga nyawa dan kesihatan.
“Bagi solat Jumaat, jumlah tersebut berkemungkinan ditambah pada Jumaat-Jumaat berikutnya secara berperingkat, berdasarkan kepada pemakluman MAIPs dari semasa ke semasa, mengambil kira ketetapan terkini pihak Kerajaan Malaysia.
“Bagi solat lima waktu dua orang petugas PDRM yang menjalankan tugas mengawal turut diberikan kebenaran untuk turut serta menunaikan solat, jika keadaan terkawal,” menurut titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs
Pemilihan jemaah bagi kedua-dua solat itu, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid, dengan mengambil kira lokaliti setempat, dalam sesuatu kariah.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan bersama, kelayakan jemaah yang dibenarkan hadir setelah dipilih, hendaklah melengkapi syarat iaitu tidak mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak dan selsema.
Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan serius lain yang berisiko, seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tempat yang disenaraikan terlarang, rentas negeri dari zon merah, dan tiada kontak rapat dengan individu yang dijangkiti wabak COVID-19.
Setiap jemaah yang hadir, diwajibkan untuk melaksanakan kelaziman baharu seperti membuat pemeriksaan suhu badan di tangga masjid, sanitasi tangan, dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran, bagi tujuan penjejakan sosial.
Jemaah juga hendaklah melaksanakan jarakan sosial, termasuk semasa solat (sekurang-kurangnya dua meter), memakai pelitup separuh muka termasuk ketika menunaikan solat, dan mestilah berwuduk terlebih dahulu, sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri.
Selain itu, jemaah tidak boleh melakukan kontak fizikal seperti berjabat tangan dan berpelukan di masjid, sama ada sebelum atau selepas solat, serta terus beredar setelah selesai solat.
Tempoh had masa bermula azan hingga selesai solat dibenarkan adalah solat Jumaat adalah 15 minit, dan solat lima waktu 10 minit, dengan keutamaan solat dilaksanakan di kawasan yang lebih terbuka, seperti di anjung masjid.
Aspek penjagaan kebersihan kawasan masjid seperti melakukan penyahkuman, hendaklah diberikan perhatian oleh pihak masjid demi menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah, selain memastikan segala peraturan ditetapkan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pelanggaran pada mana-mana peraturan boleh menyebabkan kebenaran dan kelonggaran berkenaan ditarik semula, demi kepentingan bersama.
“Langkah berjaga-jaga bukan hanya dipraktikkan di masjid, namun hendaklah menjadi amalan secara menyeluruh, sepertimana yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Pencapaian yang diperoleh selama ini, bukanlah satu alasan untuk kita mengambil mudah, malah ia adalah merupakan satu fardu ‘ain’ untuk bertanggungjawab menjaga nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang telah Allah kurniakan,” titah baginda.
Sumber: Bernama
The post Perlis Benarkan 30 Jemaah Untuk Solat Jumaat Dan 12 Orang Untuk Solat Lima Waktu Mulai 5 Jun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/01/perlis-benarkan-30-jemaah-untuk-solat-jumaat-dan-12-orang-untuk-solat-lima-waktu-mulai-5-jun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat 5 Waktu Untuk Orang Awam Di Selangor Ditangguh Hingga 30 Jun

Solat Jumaat 5 Waktu Untuk Orang Awam Di Selangor Ditangguh Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 359 hits
Solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid saja SHAH ALAM Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 wakt...
Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 598 hits
SOP solat Jumaat terus dipatuhi Oleh Fahmi IzzuddinSETIU 29 Mei Semua jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di masjid di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menggunakan cecair sanitizer dan melakukan pemeri...
40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 382 hits
Berita baik buat semua umat islam di Negeri Kelantan setelah berlaku sedikit penambahan daripada 12 ke 40 orang jemaah yang akan mengerjakan solat Jumaat bermula lusa ini Perkara ini disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiada...
Suspek Perlekeh Kebenaran Solat Jumaat Dijangka Dituduh 1 Jun

Suspek Perlekeh Kebenaran Solat Jumaat Dijangka Dituduh 1 Jun

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 245 hits
Tindakan berkenaan hina Islam ingkari perintah Sultan Johor KULAI Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan tular di Facebook memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini dijangka dituduh di Mahkamah M...
Pulau Pinang Benar Solat Jemaah 3 Orang Tangguh Solat Aidilfitri

Pulau Pinang Benar Solat Jemaah 3 Orang Tangguh Solat Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 326 hits
GEORGE TOWN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat Pengarah JHEAIP...
7 Jemaah Baru Selesai Berbuka Solat Maghrib Maut Selepas Masjid Diserang Di Afghanistan

7 Jemaah Baru Selesai Berbuka Solat Maghrib Maut Selepas Masjid Diserang Di Afghanistan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 444 hits
Sekurang kurangnya tujuh jemaah terbunuh dalam satu serangan di sebuah masjid di Afghanistan semalam selain 12 lagi dilaporkan tercedera Ketua Polis Parwan Haroon Mubarez berkata serangan tersebut berlaku ketika para jemaah baru selesai ber...
Pulau Pinang Benar Solat Fardu Berjemaah Di Masjid Dan Surau Terhad Tiga Jemaah Jheaipp

Pulau Pinang Benar Solat Fardu Berjemaah Di Masjid Dan Surau Terhad Tiga Jemaah Jheaipp

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 373 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pengarah JHEAIPP Zulkifli L...
Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 450 hits
PUTRAJAYA Hanya rakyat Malaysia dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid masjid yang diberi kebenaran untuk dibuka semula Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu setakat ini warga asing masih belum d...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower