Bawalah Segala Lamaran Ke Meja Rundingan Tok Mat




Khabar yang sedang berlegar bahawa UMNO akan dilamar untuk bersama-sama mengukuhkan kepentingan politik Melayu.
Apa jua lamaran untuk UMNO menunjukkan UMNO telah didambakan semula dan menjadi terus berpengaruh.
Namun, yang melamar haruslah jelas dalam tujuannya. Jika benar ia demi kepentingan Islam dan bertujuan mengukuhkan kepentingan bangsa, maka wajarlah lamaran itu difikirkan semasak-masaknya.
Kepada kita yang dilamar ini, janganlah terlalu berbunga-bunga hati kita. Jangan berasa terlalu didambakan. Jangan sesekali terburu-buru hanya kerana sekali dua telah bertentang mata. Pesona nafsu kekadang sangat merbahayakan.
Dalam politik, kita mesti ada kejelasan dalam tujuan, aspirasi dan tindakan. Paling penting, dalam politik jangan pernah kita lupa apa itu ‘perjuangan’.
Pertimbangkanlah perkara berikut dengan semasak-masaknya.
Adakah tujuan lamaran itu ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama dan parti? Akankah ia menguntungkan parti dan bangsa Melayu dalam jangka masa panjang? Juga adakah kemudaratannya kepada UMNO dan bangsa Melayu sekiranya ia tidak di laksanakan.
Adakah jika lamaran itu ditolak, kedudukan dan kepentingan Melayu itu akan jadi lebih parah?
Dan jika dilaksanakan apakah pula modus operandinya? Bagaimanakah pelan ini akan dilaksanakan agar boleh memaksimumkan kebaikan kepada parti dan bangsa Melayu?
Semua ini perlu diperhalusi sedalam-dalamnya. Janganlah kita gopoh. Berhikmahlah dalam perhitungan kita. Kita mesti ingat. Sesuatu yang kelihatan dan kedengaran terlalu baik itu, boleh jadi perkara yang sebaliknya. ‘Too good to be true’ adalah ratib berwaspada yang sebenarnya matang dan berasas.
Saranan saya, kita bawalah segala lamaran itu ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti. Bincangkan. Bahaskan. Dengan mendalam, dengan sejujur-jujurnya.
Agar kita tidak terperangkap dalam permainan politik pihak-pihak tertentu. Dan agar UMNO tidak berpecah-belah hanya kerana kita terlalu cepat menerima lamaran yang sebenarnya masih samar-samar dan sarat dengan tanda tanya.
Sekalipun ingin menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, jangan pula putus rambutnya. Jangan hanya baru mendengar guruh di langit, air di tempayan telah kita curahkan. Takut-takut, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.
Ingatlah, hal yang demikian kerap terjadi. Sebab itulah ia dipesankan kepada kita dengan bersebab.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan menunjukkan jalan terbaik untuk UMNO dan bangsa Melayu, insya-Allah.
Dato Seri Utama
Hj Mohamad bin Hj Hasan
Timbalan Presiden UMNO




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/05/bawalah-segala-lamaran-ke-meja-rundingan-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lamaran Terhadap Umno Tok Mat Nasihat Jangan Gopoh

Lamaran Terhadap Umno Tok Mat Nasihat Jangan Gopoh

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 335 hits
SEGALA lamaran terhadap UMNO perlu di bawa ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lamaran terhadap parti itu perlu dibahaskan dengan mendalam dan jujur agar tidak terperan...
Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 307 hits
Umno belum membuat sebarang keputusan berhubung usul menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawa PAS pada sidang Parlimen Mac ini Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai...
Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 345 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa Katanya Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua oran...
Tok Mat Focus On Coronavirus And Economy Not Politicking

Tok Mat Focus On Coronavirus And Economy Not Politicking

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 345 hits
Malaysians are too busy politicking and have failed to realise that the country is facing two major crises says Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan He said instead of coming up with a radical plan to support its economy from the ...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 330 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Umno Will Pay Dearly In Ge15 If It Collaborates With Dr Mahathir Says Tok Mat

Umno Will Pay Dearly In Ge15 If It Collaborates With Dr Mahathir Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 365 hits
A government that is formed without the blessing of voters will be killed off in the next general election warns Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan The Rantau state assemblyman said that it was against Umno s stand to form a pol...
Akhirnya Tok Mat Hasan Bersuara Mengenai Isu Kerjasama Dengan Dr Mahathir Muga Dapat Menginsafkan Semua

Akhirnya Tok Mat Hasan Bersuara Mengenai Isu Kerjasama Dengan Dr Mahathir Muga Dapat Menginsafkan Semua

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 408 hits
Sejak bocor rahsia konspirasi pihak pihak tertentu dalam kepimpinan tertinggi UMNO mahu lakukan kerjasama dengan Dr Mahathir ramai tertanya tanya kenapa Timbalan Presiden UMNO Tok Mat Hasan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan Apa pendiria...
Henti Main Politik Dan Fokus Selesai Masalah Ekonomi Gesa Tok Mat

Henti Main Politik Dan Fokus Selesai Masalah Ekonomi Gesa Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 273 hits
Mohamad Hasan berkata Malaysia memerlukan pelan radikal untuk menangani kemapanan ekonominya PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan usaha meningkatkan ekonomi negara s...
Stop Politicking Malaysia Is The One That Needs A Confidence Vote Mat Hasan

Stop Politicking Malaysia Is The One That Needs A Confidence Vote Mat Hasan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 407 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan has lamented about the level of politicking in the country stressing that it is Malaysia that requires a vote of confidence This is after PAS revealed that it plans to move a vote of confidence for Prime ...
Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Beli Putu Bambu World Di Senawang

Cara Buat Sos Carbonara Homemade Sekali Masak Dapat Sekuali Mudah Jimat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Alfina Braner Antah Iyo Antah Tido Chord

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Kedah Lima Langkawi 2025 17th Edition

Kenapa Barang Bundle Ada Nilai Tertentu Dan Peminatnya Dari Dalam Dan Luar Negara

Cuaca Panas Kering Luar Biasa