Bawa Melawat Kapal Tak Siap Ibarat Bns Terjerlus Ke Lubang Sendiri




 Dua hari lalu, sekumpulan wartawan telah dibawa oleh BNS melawat tapak pembinaan kapal perang LCS di Lumut, Perak.
Lawatan itu adalah susulan kontroversi berterusan berkaitan pembinaan kapal perang LCS yang didakwa masih tidak siap, walaupun RM6 bilion sudah dibayar dan tempoh masa sepatutnya siap juga sudah lama berlalu.
Dalam lawatan itu, pihak media dibawa melihat kemudahan simpanan di tapak pembinaan sebagai langkah ketelusan berhubung pembinaan kapal-kapal tersebut.
Media turut dibenarkan naik dan melihat sendiri kapal pertama iaitu LCS1, yang setakat April lalu sudah siap 60 peratus.
Kemudian dimaklumkan kepada media bahawa lima kapal yang dibina serentak iaitu LCS2 sudah siap 48 peratus, LCS3 (43 peratus), LCS4 (36 peratus) dan LCS5 (22 peratus).
Pembinaan LCS6 iaitu kapal terakhir bagaimanapun diberitahu belum lagi dimulakan.
Pihak media diberitahu bahawa LCS1 yang sudah siap 60 peratus itu memerlukan kira-kira dua tahun lagi untuk siap sepenuhnya.
Kesimpulan mudah yang ditunjukkan kepada media dalam lawatan itu ialah ialah tiada satu pun lagi kapal LCS yang siap dibina, malah LCS1 yang paling tinggi proses kemajuannya iaitu 60 peratus, masih memerlukan tempoh dua tahun lagi untuk disiapkan.
Kapal-kapal lain dan kapal LCS6 yang belum dibina memerlukan berapa tahun lagi proses penyiapannya?
Walaupun ada pelbagai perkara lain yang disentuh dalam laporan PAC seperti peningkatan kos berbanding harga kontrak dan peralatan serta barangan yang disimpan dalam gudang BNS dikatakan hampir usang, perkara terpokok yang menimbulkan kegemparan umum sehingga menarik minat seluruh rakyat bercakap mengenainya ialah tiada satu pun kapal LSC dapat disiapkan di sebalik RM6 bilion sudah pun dibayar kerajaan.
Itulah isu yang terpenting sekali, manakala yang lain-lain hanyalah isu tambahan yang menyumbang kepada kegagalan kapal LCS disiapkan.
Lantaran itulah timbul sindiran mengatakan kapal LCS adalah projek halimunan.
Halimunan yang dimaksudkan di sini bukanlah ertinya tiada langsung kapal yang dibina, tetapi kerana tiada satu pun kapal yang dapat disiapkan sepenuhnya di sebalik RM6 bilion sudah diterima sebagai bayaran.
Kalau beli pisang goreng dengan harga RM6 pun dapat dilihat bungkusannya dan boleh dibawa balik ke rumah, maka halimunanlah sindiran paling tepat untuk menggambarkan kos RM6 bilion sudah dibayar, tetapi masih tiada kapal dapat dilihat belayar di lautan.
Dalam hal ini dan paling menjadi kerisauan rakyat, ke mana perginya RM6 bilion itu dan berapa lagi kos tambahan diperlukan untuk menyiapkan semua enam kapal itu?
Melalui tindakan BNS membawa media melawat limbungan tempat kapal LCS sedang dibina, tiada apa-apa yang berubah daripada segi tanggapan umum terhadap projek tersebut.
Ia sebaliknya hanya mengesahkan kepada dunia dan sebagamana dilaporkan PAC, memang tiada satu pun kapal perang LCS sudah siap dengan bayaran RM6 bilion sudah diterima oleh BNS.
Keadaan atau persepsi rakyat hanya boleh berubah jika yang ditunjukkan kepada media itu kapal yang sudah siap dan hanya menunggu masa saja untuk berada di dada lautan.
Ini masih perlu masa dua tahun lagi untuk sebuah kapal disiapkan, sedangkan projek sudah dimulakan sejak 2011 lagi.
Jadi, apa tujuan dibawa media melawat tapak limbungan, selain untuk mengesahkan bahawa memang benar tiada satu pun kapal LCS telah siap dibina?
Tidakkah sekarang ini BNS sebenarnya telah terjerlus ke lubang yang ada di depan matanya sendiri? – ShahbudinHusin 14/08/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/bawa-melawat-kapal-tak-siap-ibarat-bns.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir Menurut laporan mengenai perolehan LCS mendedahkan pada asal...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 158 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Hishammuddin Yakin Kapal Pertama Lcs Akan Siap Setahun Dua

Hishammuddin Yakin Kapal Pertama Lcs Akan Siap Setahun Dua

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 143 hits
freemalaysiatoday com August 8 2022 11 20 AMHishammuddin Hussein berkata tiada sebuah pun kapal LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini walaupun RM6 08 bilion sudah dibayar kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd KUALA LUMPUR Menteri Ka...
Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap

Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mendedahkan Kapal Tempur Pesisir tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang pernah dilancarkan pada 2017 sebenarnya dalam keadaan tidak siap Pengerusi PAC Wong Kah Woh ...
Wak Zahid Jangan Lari Tiada Satu Kapal Siap Tapi Rm6 Billion Sudah Dibayar

Wak Zahid Jangan Lari Tiada Satu Kapal Siap Tapi Rm6 Billion Sudah Dibayar

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 223 hits
Bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisir Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggung...
Duit Habis Kapal Tidak Siap Sprm Apa Khabar

Duit Habis Kapal Tidak Siap Sprm Apa Khabar

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 141 hits
Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara pada 4 Ogos lalu merupakan satu pendedahan yang menggemparkan Hal itu hanya berlaku apabila PAC d...
Kami Sepakat Untuk Berpisah Bawa Haluan Sendiri Noh Mizz Nina Bercerai Talak Satu

Kami Sepakat Untuk Berpisah Bawa Haluan Sendiri Noh Mizz Nina Bercerai Talak Satu

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 507 hits
Pasangan selebriti Noh Hujan Dan Mizz Nina dilaporkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur kelmarin Difahamkan pasangan itu terdahulu memfailkan perceraian di mahkamah sama pada 14 Jun lalu di bawah kod k...
Pengerusi Pac Sanggah Ceo Bns Angka 15 Peratus Peralatan Usang Disebut Sendiri Oleh Beliau

Pengerusi Pac Sanggah Ceo Bns Angka 15 Peratus Peralatan Usang Disebut Sendiri Oleh Beliau

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 122 hits
Saya telah membaca laporan bahawa CEO BNS Ir Azhar telah menyangkal Laporan PAC yang menyatakan dianggarkan 15 daripada barangan bernilai RM1 7 bilion telah pun usang Pendirian BNS Ogos 2022 boleh disangkal dengan keterangan BNS Disember 20...
Selain Kapal Tldm Kapal Apmm Pun Tak Siap Lagi

Selain Kapal Tldm Kapal Apmm Pun Tak Siap Lagi

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 343 hits
Asasnya Kapal LCS TLDM yang kini berada dalam kategori halimunan atau Stealth itu adalah satu projek yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Bousted Naval Shipyard Menariknya Kapal kategori Stealth buatan Malaysia ini bukan radar s...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator