Bawa Anak Anak Bermaafan Dengan Ibu Video Dr Sheikh Muszaphar Buat Wargamaya Sebak
Sekatan perjalanan rentas negeri dan daerah yang dikeluarkan kerajaan sempena hari raya nanti membuatkan kita turut bersedih kerana tidak dapat beraya bersama ibu dan ayah di pagi raya.
Sehari sebelum PKP semalam, ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk bertemu ibu dan ayah. Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak terkecuali menziarahi ibunya sebelum PKP.
Menerusi Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video yang pastinya meruntun hati kita. Bukan hanya menziarahi bahkan Dr Sheikh bersama isteri, Dr Halina dan keenam-enam anak mereka sudah pun bermaafan kerana tidak dapat bermaafan di pagi raya nanti.
Kata beliau, sayu dan sebaknya terpaksa berpisah sementara dengan ibunya walau tinggal berdekatan.
“Beraya tanpa Ibu.
Malam terakhir bersama Ibu.
Sebak di dada hanya Allah yang tahu
Tanpa Ibu tiada hala tuju
Walaupun Rumah hanya berbatu
Namun terasa sukar buat diriku
Tabahlah wahai Ibu
Ia hanya untuk sementara waktu
Semoga Allah permudahkan dirimu
Ku panjat Doa buatmu
InsyaAllah akan ketemu …
Amiinn Ya Rabb
“Salam Ramadhan semua, hanya berkongsi. Juga buat Abah & Umi di Seremban yang sudah setahun tak bertemu. Begitu pasrah tanpa kehadiranmu. Ku pohon Doa sepanjang hayatmu,” tulisnya di kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)
Perkongsian video bersalam-salaman raya itu buat wargamaya turut tersentuh malah masing-masing berkongsi nasib yang sama kerana tidak dapat beraya bersama kedua orang tua buat kali kedua.
“Dr. buat pagi-pagi ni saya sedih. Saya dah tak ada kedua ibu bapa tapi tetap merindui mereka, lebih-lebih lagi di bulan mulia ini. Dulu boleh juga ziarah pusara tapi sekarang dah tak dapat berbuat demikian.”
“Berhabuk mata pagi ni, masin lajak lauk sahur, rindunya mak ayah kt alor setar, mak abah kt paka, semoga ALLAH berikan kesihatan buat mak ayah mak abah di kampung untuk kami terus berbakti pada mereka”
“Your video brought tears to my eyes… may our parents will always be healthy n sentiasa pjg umur..Amin”
Menarik: Tabiklah Tak Marah Anak Pun, Lembut & Sabar Marah Anak Lompat Atas Kereta, Wargamaya Puji Didikan Dr Sheikh Muszaphar
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drsheikhmuszaphar
The post Bawa Anak-Anak Bermaafan Dengan Ibu, Video Dr Sheikh Muszaphar Buat Wargamaya Sebak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bawa-anak-anak-bermaafan-dengan-ibu-video-dr-sheikh-muszaphar-buat-wargamaya-sebak/