Batu Puteh Benarkah Sekadar Batu Di Lautan


 
Pada 10 Januari 2025, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata ‘Batu Puteh sekadar batu, buat apa kecoh‘ ketika mengulas mengenai tindakan kerajaan di bawah pimpinannya menarik balik permohonan semakan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Negarawan itu dilaporkan membuat kenyataan bahawa negara tidak banyak untung memiliki Batu Puteh, yang luasnya kira-kira sebuah padang bola sepak.
Benarkah Batu Puteh sekadar batu di lautan?
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh atau Pedra Branca kepada Singapura. Walaubagaimanapun, Batuan Tengah atau Middle Rocks, batuan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Batu Puteh menjadi milik Malaysia. ICJ bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenai kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge).
ICJ telah pun menamatkan pertikaian perebutan ke atas Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura, namun, terdapat banyak lagi pertikaian yang boleh lahir daripada keputusan ICJ ini:
Negara manakah yang akan memiliki Tubir Selatan?Bagaimanakah Malaysia dan Singapura menetapkan sempadan maritim di kawasan sempit di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh?Dengan pemilikan Batu Puteh, bolehkah Singapura menuntut zon ekonomi ekslusif (EEZ) dan pelantar benua di Laut China Selatan?Persoalan-persoalan ini wajar dijawab dengan merujuk kepada kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (LOSC). Malaysia dan Singapura adalah negara anggota bagi LOSC.
Negara manakah yang akan memiliki Tubir Selatan?
Pada 2008, ICJ menetapkan Batu Putih di bawah kedaulatan Singapura manakala Batuan Tengah disahkan milik Malaysia. Pihak ICJ tidak membuat keputusan jelas mengenai kedudukan Tubir Selatan, ciri maritim yang hanya muncul waktu air surut, kerana ianya terletak di kawasan perairan bertindih di antara tanah besar Semenanjung Malaysia, Batu Puteh dan Batuan Tengah.
Malaysia dan Singapura menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk menggariskan sempadan maritim di kawasan sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah serta menentukan kedaulatan ke atas Tubir Selatan.
Sebelum memiliki Batu Puteh secara sah, Singapura tidak boleh membuat sebarang tuntutan wilayah perairan di kawasan Laut China Selatan kerana wilayah induk negara tersebut dibatasi wilayah Johor di kedua-dua sisi – daerah Pontian di Barat dan daerah Mersing di Timur. Di sebelah selatan menghadap Selat Singapura, negara tersebut bersempadan dengan Pulau Batam dan Pulau Bintan, Indonesia.
Setelah memiliki Batu Puteh secara sah pada 2008, seperti Malaysia dan Indonesia, Singapura boleh menuntut kedaulatan ke atas perairan di Laut China Selatan yang berbatasan langsung dengan Batu Puteh.
Tubir Selatan kini dituntut oleh Singapura atau Malaysia dan sehingga sekarang, Malaysia dan Singapura masih belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini.
Bagaimanakah Malaysia dan Singapura menetapkan sempadan maritim di kawasan sempit di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh?
Jarak di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh adalah lebih kurang 1km dari satu sama lain.
Oleh kerana sesebuah negara boleh menuntut wilayah perairan seluas 12 nautika batu, sudah pasti tuntutan wilayah di antara Malaysia dan Singapura boleh bertindih di kawasan ini.
Sekiranya Batu Puteh kekal milik Malaysia, perairan ini hanya akan dimiliki Malaysia dan Indonesia tanpa Singapura.
Dengan pemilikan Batu Puteh, bolehkah Singapura menuntut EEZ atau pelantar benua di Laut China Selatan?
Batu Puteh boleh dianggap sebagai sebuah batuan yang mana sebuah rumah api dibina di atasnya sejak 1851. Secara dasarnya, sebuah pulau adalah daratan dikelilingi air yang tidak tenggelam sewaktu air pasang. Ia boleh mendukung kependudukan manusia serta menjana ekonomi dengan sendirinya.
Contoh-contoh pulau di Malaysia adalah seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Kukup, Pulau Tioman, dan Pulau Payar. Pulau-pulau ini adalah pulau dalam erti kata sebenar.
Menurut Artikel 121 (2), pulau-pulau boleh menjana bukan sahaja wilayah perairan, malah EEZ dan pelantar benua.
Tidak seperti Langkawi, Tioman mahupun Payar, Batu Puteh dengan sendirinya sekadar batuan yang mana tidak ada pohon boleh tumbuh di atasnya secara semulajadi. Tanpa Rumah Api Horsburgh yang dibina oleh British, Batu Puteh tidak layak didiami oleh manusia.
Batu ataupun pulau, kenyataannya jelas bahawa kedaulatannya ke atas Batu Puteh membenarkan Singapura kini menuntut kawasan perairan di Laut China Selatan yang dahulunya mungkin negara tersebut tidak berhak.
Kesimpulan
Kedaulatan Malaysia ke atas Batu Puteh direnggut pada 2008 dan ini memeranjatkan banyak pihak. Ianya patut dijadikan pengajaran buat kita semua bahawa sebarang wilayah, walau kecil sekelumit mana pun harus dijaga dan dipertahankan oleh semua rakyat.
Kenyataan seperti ‘Batu Puteh sekadar batu, buat apa kecoh’ tidak patut diutarakan.
Batu Puteh kini milik orang.
Janganlah kita mengulangi kesilapan dan kelalaian pemerintah kita yang terdahulu, sewaktu ataupun setelah zaman penjajahan British berakhir, agar wilayah yang sepatutnya milik kita tidak direbut lagi oleh negara lain.
Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan felo penyelidik di Asian Institute of International Affairs and Diplomacy, Universiti Utara Malaysia. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/batu-puteh-benarkah-sekadar-batu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapore Says Malaysia S Rci On Batu Puteh Shouldn T Affect Bilateral Ties

Singapore Says Malaysia S Rci On Batu Puteh Shouldn T Affect Bilateral Ties

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 141 hits
Singapore foreign minister Vivian Balakrishnan said the RCI which was established in Feb 2024 to look into matters related to the sovereignty of Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge was Malaysia s internal matter PETALING JAYA Malaysia s...
Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum wbt Keratan akhbar Berita Harian 25 Februari 2024 shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 139 hits
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi di Abu Dhabi National Exhibition Centre pada ...
Wanna Ali Feat Aiman Ismail Bukan Sekadar Lafaz Chord

Wanna Ali Feat Aiman Ismail Bukan Sekadar Lafaz Chord

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 155 hits
G m G m E Cuba kau fikir saja dahulu F B Atas keputusanmu untuk mencintaiku G C m Kernaku hanya insan biasa A D Aku takut kau menyesal nantinya G m E Aku sangat tulus mencintaimu F B Aku tak peduli siapa dirimu G C m Yang aku mahu hanya dir...
Wisata Indoor Di Batu Paling Hits

Wisata Indoor Di Batu Paling Hits

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 91 hits
Itu dia beberapa rekomendasi wisata indoor di Kota Batu semoga dapat menjadi inspirasi liburan kalian di akhir pekan bersama keluarga dan sahabat tercinta Tidak lupa untuk mengabadikan banyak momen disana dengan berfoto karena dipenuhi cuku...
Terengganu Kedai Runtuh Dibadai Ombak Besar Di Batu Rakit

Terengganu Kedai Runtuh Dibadai Ombak Besar Di Batu Rakit

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 94 hits
BernamaPemilik chalet Abdul Wahab Othman 65 melihat keadaan chaletnya yang runtuh ekoran hakisan akibat ombak besar yang melanda semasa tinjauan di Kampung Tanjung Batu Rakit hari ini Foto BERNAMAKUALA NERUS Seorang peniaga makanan dan hasi...
Mic To Hold Solidarity Prayers For Najib At Batu Caves Instead

Mic To Hold Solidarity Prayers For Najib At Batu Caves Instead

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 141 hits
MIC deputy president M Saravanan said the special prayers at Batu Caves will be held at 11am on Monday PETALING JAYA MIC will be holding special prayers at Batu Caves for Najib Razak instead of joining the planned rally for solidarity with ...
Pisang Batu

Pisang Batu

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 65 hits
Pisang batu betul ke nama dia Pernah nampak ada orang sebut pisang ni pisang batu sebab banyak biji Nama lain dia LM pun tak tau Assalamualaikum semua Hai selamat pagi Ada yang kenal pisang ni Pokok dia mirip Pisang Abu atau mirip juga pisa...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord