Who Gesa Pengeluaran Vaksin Covid 19 Ditingkatkan Besar Besaran


 
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluar vaksin supaya berkongsi teknologi bagi membantu melonjakkan kadar penghasilannya dalam perjuangan memerangi COVID-19.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi amaran bahawa kemajuan usaha mengekang wabak itu dikhuatiri terjejas sekiranya akses terhadap vaksin berkenaan tidak dipertingkatkan.
Hingga kini, katanya, jumlah vaksin COVID-19 yang diberikan sudah melebihi lebih 100 juta jangkitan dilaporkan di seluruh dunia.
Walaupun ia adalah perkhabaran baik, beliau menzahirkan kebimbangan berikutan lebih tiga per empat vaksin itu diberikan di 10 negara berpendapatan tinggi sahaja.
“Sesetengah negara sudah memvaksin sebilangan besar populasi mereka yang berisiko rendah untuk mengalami penyakit kronik atau kematian.
“Pada masa sama, hampir 130 negara dengan 2.5 bilion penduduk, masih belum memberikan sebarang dos,” katanya kepada pemberita, semalam, tanpa memperincikan contoh secara khusus.
Program COVAX yang disokong WHO dengan sasaran memastikan akses saksama kepada vaksin COVID-19 di seluruh dunia, dijangka memulakan penghantarannya pada akhir bulan ini.
Namun, Tedros memberi amaran bahawa pengedaran vaksin secara tidak seimbang ketika ini mencetuskan risiko terhadap kemajuan usaha melawan pandemik berkenaan.
“Melainkan kita mengekang virus itu di serata tempat, kita berkemungkinan boleh kembali ke titik permulaan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa negara supaya berkongsi vaksin selepas masing-masing selesai memberikannya kepada petugas kesihatan dan warga emas.
Pada masa sama, Tedros menegaskan, pengeluar vaksin juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan lebih besar.
“Ada keperluan untuk meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran,” katanya sambil menyarankan beberapa langkah boleh diambil bagi mempertingkat penghasilan vaksin berkenaan.
Antaranya, mengeluarkan lesen tidak eksklusif bagi membenarkan pengeluar lain menghasilkan vaksin mereka – langkah yang pernah dilakukan sebelum ini bertujuan memperluas akses kepada rawatan HIV dan Hepatitis C.
Sehubungan itu, Tedros memuji syarikat seperti Sanofi dan Novartis yang memaklumkan kesediaan menggunakan infrastruktur mereka untuk membantu menghasilkan vaksin Pfizer-BioNTech, sekali gus meminta syarikat lain mencontohi langkah berkenaan.
Beliau turut menggesa perkongsian data dan teknologi secara sukarela bagi membolehkan ‘penggunaan segera kapasiti pengeluaran yang belum dicapai serta membantu membina pangkalan pengeluaran tambahan, khususnya di Afrika, Asia dan Amerika Latin’. – AFP

The post WHO gesa pengeluaran vaksin COVID-19 ditingkatkan besar-besaran appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/06/who-gesa-pengeluaran-vaksin-covid-19-ditingkatkan-besar-besaran/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=who-gesa-pengeluaran-vaksin-covid-19-ditingkatkan-besar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Jokowi Tolong Hentikan Who Tak Yakin Vaksin Bisa Atasi Covid 19

Pak Jokowi Tolong Hentikan Who Tak Yakin Vaksin Bisa Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 241 hits
Tampaknya pemerintah RI terkhusus Presiden Joko Widodo harus menghentikan sementara proses vaksinasi Covid 19 yang tengah berjalan di Indonesia Alasannya Organisasi Kesehatan Dunia baru baru ini menyatakan kekhawatiran dan rasa tidak yakin ...
China Akan Siapkan 10 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Kebutuhan Global

China Akan Siapkan 10 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Kebutuhan Global

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 126 hits
Vaksin COVID 19 Sinopharm dan Sinovac telah diluncurkan di sejumlah negara termasuk di Brazil Indonesia Turki dan Uni Emirat Arab
Mui Yakinkan Vaksin Covid 19 Halal Jangan Pertentangkan Agama Dengan Sains

Mui Yakinkan Vaksin Covid 19 Halal Jangan Pertentangkan Agama Dengan Sains

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 188 hits
Jadi kita tak bisa berpaku kepada dalil tanpa mempunyai pengalaman atau pemahaman yang utuh tentang masalah tertentu ucapnya
Menkes Tak Ada Efek Samping Khusus Dialami Lansia Yang Disuntik Vaksin Covid 19

Menkes Tak Ada Efek Samping Khusus Dialami Lansia Yang Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 150 hits
BPOM menyatakan vaksin Sinovac untuk orang lanjut usia di atas 60 tahun memiliki efek samping Menteri Kesehatan RI Budi Gunadi Sadikin justru menyatakan tidak ada efek samping khusus yang ditimbulkan oleh para lansia setelah disuntikkan vak...
62 Sukarelawan Jadi Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin Kajian Klinikal Covid 19

62 Sukarelawan Jadi Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin Kajian Klinikal Covid 19

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 153 hits
Abd Hadi Che AwangJanuari 30 2021 Majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di hospital berkenaan adalah dari kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang Foto Astro AWANISUNGAI PETANI 6...
Bekalan Vaksin Covid 19 Pfizer Ke Malaysia Tidak Terjejas

Bekalan Vaksin Covid 19 Pfizer Ke Malaysia Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM KHAIRY JAMALUDDINPUTRAJAYA Pembekalan vaksin Covid 19 dari syarikat Pfizer tidak terjejas biarpun Kesatuan Eropah mengumumkan untuk mengenakan tindakan kawalan eksport vaksin berkenaan yang dikilangkan di negara n...
Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 170 hits
Oleh KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini j...
Satgas Masyarakat Jangan Ragu Untuk Disuntik Vaksin Covid 19

Satgas Masyarakat Jangan Ragu Untuk Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 174 hits
Jikalau ada paling hanya gejala ringan Tidak ada yang perlu dikhawatirkan karena itu hal umum kata dia
Jutaan Vaksin Covid 19 Diproduksi Bio Farma Tunggu Lot Release Dari Bpom

Jutaan Vaksin Covid 19 Diproduksi Bio Farma Tunggu Lot Release Dari Bpom

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 236 hits
Direktur Utama Bio Farma Honesti Basyir menyatakan setelah mendapat lot release vaksin yang berhasil diproduksi didistribusikan melalui pemerintah provinsi kota hingga kabupaten
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis