Batal Lebuh Raya Masih Ada Peluang Untuk Kerajaan Jadi Lebih Prihatin


 

Saya menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan Jemaah Menteri membatalkan projek lebuh raya PJD Link, yang mana dalam beberapa tahun kebelakangan ini ditentang hebat oleh penduduk setempat.
Rakyat di kawasan terbabit membuat pendirian yang tegas dari 2013 lagi, di mana waktu itu lebuh raya yang hampir sama iaitu Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) ditentang dengan keras dan akhirnya dibatalkan oleh kerajaan Selangor.
Pada 2017, muncul lagi lebuh raya yang serupa tetapi sedikit tidak sama, di panggil Petaling Jaya Dispersal Link atau nama ringkas, PJD Link ini. Inilah lebuh raya yang ditolak oleh Jemaah Menteri kelmarin atas dasar tidak memenuhi syarat-syarat pra-kelayakan.
Dalam euforia dan kegembiraan teman-teman yang lain di Damansara semalam, saya juga terfikir bahawa apakah ini satu keputusan yang agak aneh? Selepas tujuh tahun berlalu, pemilik konsesi masih belum memenuhi syarat-syarat pra-kelayakan dalam perjanjian konsesi yang ditandatangi bersama pihak kerajaan pada 2020 yang lalu.
Sekiranya inilah situasi sebenar, maka sememangnya wajar pihak Jemaah Menteri menolak permohonan untuk lanjutan masa bagi memenuhi syarat-syarat tersebut. Tetapi saya juga berpendapat bahawa sebagai kerajaan yang berlaku adil dan mesra rakyat, sepatutnya tindakan pembatalan itu dibuat berdasarkan atas sebab-sebab bantahan dan pandangan negatif daripada rakyat.
Isu perumahan
Kita belajar daripada kesilapan dan pengajaran yang lalu itulah seharusnya kita akan menjadi lebih waras.
Mengikut persatuan penduduk yang terlibat, lebuh raya ini akan memburukkan lagi persekitaran di kawasan-kawasan yang terlibat.
Lebuh raya bertingkat di kawasan bandar, seperti yang kita semua tahu, tidak dapat lari daripada kemusnahan hartanah dan nilainya, juga pada masa yang sama tidak akan dapat menyelesaikan masaalah kesesakan lalu lintas. Tidak ada manfaat ekonomi yang terhasil daripada berdepan jejantas setinggi 40 kaki di depan rumah.
Lebuh raya cuma akan menambah kenderaan persendirian dan memburukkan kesesakan jalan raya. Ini banyak terbukti terutama di bandar-bandar besar seperti KL, PJ, Shah Alam, Penang, JB, Kuching, dan KK. KL dan PJ mempunyai rangkaian lebuh raya yang terbanyak dan kawasan ini juga antara kawasan yang paling teruk mengalami kesesakan lalu lintas setiap hari.
Jadi di mana letaknya kebenaran bahawa lebuh raya akan dapat menyuraikan kesesakan?
Kita semua akan terperangkap di lebuh raya yang tidak ke mana seperti apa yang berlaku kepada mereka yang baru pulang berhari raya beberapa hari yang lalu.
Seruan saya ialah sudah tiba masanya kerajaan berlaku adil dengan bertindak tegas dan tidak lagi membenarkan kawasan-kawasan bandar di mana tanah yang sedia ada, yang mahal harganya, digunapakai cuma untuk lebuh raya.
Tanah-tanah tersebut seperti di PJ Selatan misalnya lebih diperlukan untuk membina rumah-rumah baharu dan boleh diatur bagi rakyat yang tidak mempunyai kediaman sendiri.
Apa gunanya lebuh raya di pinggir rumah sekiranya rakyat sekitar masih termangu dalam kediaman yang lapuk dan usang di atas tapak tanah tanpa hak milik?
Pengangkutan awam
Masalah perumahan di bandar masih menjadi isu utama yang mesti diselesaikan oleh pihak kerajaan, bukan lebuh raya yang tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada rakyat setempat. Langkah seterusnya, kerajaan harus mengambil pendekatan untuk mengadakan lebih banyak perkhidmatan pengangkutan awam.
Pihak kerajaan masih ada peluang untuk membuat kajian baharu ke arah meningkatkan jumlah dan kapasiti pengangkutan awam, yang pada masa sekarang amat rendah tahap penggunaannya. Di banyak kawasan direntang lebuh raya masih ada tempat yang belum mempunyai sistem pengangkutan awam yang teratur dan berkesan.
Inilah peluang keemasan bagi pihak kerajaan untuk menjadi lebih prihatin dan melihat masalah rakyat dengan lebih dekat, bukan daripada sudut lebuh raya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/batal-lebuh-raya-masih-ada-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Menang Lebih Cerah Di Kkb Jika Calon Melayu Kata Perikatan

Peluang Menang Lebih Cerah Di Kkb Jika Calon Melayu Kata Perikatan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 157 hits
JIKA Perikatan Nasional memutuskan untuk memberi laluan kepada Gerakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu parti itu diharap dapat meletakkan calon Melayu kata Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor Bercakap
Sangkut Dalam Tren Lebih 4 Jam Pada Malam Raya

Sangkut Dalam Tren Lebih 4 Jam Pada Malam Raya

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 184 hits
KOSMO Keadaan penumpang ETS yang tersangkut lebih empat jam ekoran sistem talian elektrik terputus PETALING JAYA Suasana malam raya buat penumpang perkhidmatan tren elektrik Keretapi Tanah Melayu Bhd bertukar suram apabila tersangkut lebih ...
Masih Ada Peluang Buat Pemain Tomislav Steinbruckner

Masih Ada Peluang Buat Pemain Tomislav Steinbruckner

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 270 hits
Foto TFCKuaIa Terengganu JuruIatih Terengganu FC TomisIav Steinbruckner akui beIiau sudah ada bayangan kesebeIasan utama pasukannya yang bakaI membawa cabaran skuad itu daIam kancah Liga MaIaysia musim 2024 2025 JeIas juruIatih yang Iebih m...
Tiada Tindakan Saman Terhadap Pemandu U Turn Di Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama

Tiada Tindakan Saman Terhadap Pemandu U Turn Di Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Tiada tindakan saman terhadap pemandu kenderaan yang melakukan u turn melawan arus di laluan keluar Raub Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama bypass Raub seperti yang tular di media sosial semalam Sebaliknya Ketua Polis Nega...
Terima Wang Ihsan Kenapa Tidak Beri Bantuan Raya Kakitangan Kerajaan Negeri

Terima Wang Ihsan Kenapa Tidak Beri Bantuan Raya Kakitangan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 137 hits
Kenyataan Kementerian Kewangan minggu lalu bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima lebih RM700 juta wang ihsan sumbangan Kerajaan Persekutuan seharusnya dipanjangkan dengan pemberian bantuan khusus kepada kakitangan Kerajaan Negeri...
Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 186 hits
LLM berkata setakat 9 malam tidak berlaku kesesakan teruk di Plaza Tol Jalan Duta Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam lancar dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilapork...
Bhaya Untuk Kesihatan Tapi Masih Ada Yang Jual

Bhaya Untuk Kesihatan Tapi Masih Ada Yang Jual

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 114 hits
Sham Ghaz Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih di...
Kejadian Berlaku Depan Mata Masih Trauma Isteri Suspek Kes Tembak Di Klia Bersuara

Kejadian Berlaku Depan Mata Masih Trauma Isteri Suspek Kes Tembak Di Klia Bersuara

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 180 hits
Isteri suspek tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 baru baru ini akhirnya bersuara selepas kejadian itu berlaku Masih trauma Wanita yang bernama Ustazah Farah Cie berkata di lama Faceboknya bahawa dirinya kini mas...
Geramnya Panglima Tni Soal Danramil Aradide Ditembak Opm Saat Persemayaman Pun Masih Diganggu

Geramnya Panglima Tni Soal Danramil Aradide Ditembak Opm Saat Persemayaman Pun Masih Diganggu

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 135 hits
Geramnya Panglima TNI soal Danramil Aradide Ditembak OPM Saat Persemayaman pun Masih Diganggu
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah