Basi Bagi Dia Dan Macai Tapi Tidak Bagi Rakyat


 


MOHD ZAIDI MOHD ZABRI


'𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗗𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘀𝗶': 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗨𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻

Kurang lebih seminggu sudah, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mendakwa bahawa isu 1MDB sudah basi.

Pertamanya, sebagai seorang ahli akademik yang tidak menyertai mana-mana parti politik, saya amat meminati citra berpolitikan (politicking) Tok Mat.

Terutama sekali bagaimana beliau sangat menjaga Negeri Sembilan sebagai seorang Menteri Besar selama 14 tahun (2004-2018). Di bawah pentadbiran beliau juga, Negeri Sembilan muncul sebagai satu-satunya negeri yang melunaskan hutang secara tunai kepada Kerajaan Pusat dan peningkatan simpanan (reserve) yang baik.

Namun begitu, bercakap mengenai perihal hutang 1MDB ini, saya memohon untuk berbeza pendapat dengan Tok Mat.

Sebagai seorang pensyarah yang mengajar subjek Pasaran dan Instrumen Modal Islam (Islamic Capital Market and Instruments), saya sering menggunakan 1MDB sebagai salah satu daripada kajian kes (case study) terutama sekali dalam bab sukuk (Islamic bonds).

Tak mengapalah. That's besides the point.

Untuk menyanggah premis Tok Mat, mari kita gunakan permainan yang saya namakan sebagai "the what-if game."

Bagaimana kiranya wang 1MDB itu digunakan untuk tujuan lain? Khususnya bagi belanjawan pembangunan (development expenditure). Pembinaan hospital misalnya.

Kita gunakan contoh pembinaan Hospital Pasir Gudang yang dijangkakan siap pada 2024 dan bakal menelan kos sebanyak RM472.5 juta. Dan kita ambil kira jugalah kos lebihan (cost overrun) sebanyak 5% (I'm being very generous here). Jumlahnya besarnya ialah RM496.14 juta. Kita bundarkan sahajalah jumlahnya menjadi RM500 juta.

Setakat awal 2022, hutang 1MDB berjumlah RM38.81 bilion.

Sekiranya kita bahagikan RM38.81 bilion ini dengan RM0.5 bilion untuk pembinaan sebuah hospital misalnya, kita boleh membina sebanyak 77 buah hospital, tuan-tuan.

Tuan-tuan tak mahukan hospital baharu? Baiklah. Kita naikkan taraf hospital sedia ada. Siapa-siapa yang pernah merasai pengalaman dimasukkan ke wad hospital kerajaan bakal faham akan peri pentingnya kita menaik taraf hospital-hospital lama kita. Baik dari segi infrastruktur, teknologi maklumat, bilangan katil dan bermacam lagi.

Bangunan baharu di Hospital Segamat misalnya bakal menelan belanja sebanyak RM90.5 juta. Kita bundarkan sahajalah menjadi RM100 juta dengan mengambil kira cost overrun.

Hutang 1MDB sebanyak RM38.81 bilion itu misalnya dapat menambah sebanyak 388 bangunan hospital baharu di Malaysia ini. Bersamaan dengan 27 buah bangunan baharu bagi setiap hospital di Malaysia.

Okay, kita aplikasikan permainan "what-if" ini dengan menggunakan contoh sekolah pula. Kos bagi pembinaan sebuah sekolah rendah misalnya, kurang lebih berjumlah RM20 juta. Jika hutang 1MDB dibahagikan dengan RM20 juta, kita boleh membina sebanyak 1,940 buah sekolah baharu, tuan-tuan. Makna kata, dengan hutang 1MDB, kita boleh membina sebanyak 138 sekolah baharu bagi setiap negeri di Malaysia ini, tuan-tuan.

I can go on and on and on, actually.

Tapi, pokoknya, sebagai seorang pensyarah kewangan, isu 1MDB masih lagi malar segar. Sekurang-kurangnya sehingga tahun 2039 (tahun matangnya sukuk 1MDB).

Namun begitu, akan ada juga soalan seperti berikut, "Takkanlah 1MDB langsung tiada aset yang boleh dijual untuk membayar hutangnya?"

Jawapan pendeknya, "ya, 1MDB memang beraset."

Menurut YAB Menyeri Kewangan, setakat 30 Jun lalu, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya didapatkan kembali adalah sebanyak RM19.28 bilion.

Kendatipun begitu, dana itu sebanyak RM10.84 bilion sudah digunakan untuk tujuan pelunasan hutang 1MDB.

Pendek kata, kita kena faham betapa hutang 1MDB ini merupakan satu hutang yang tak diperlukan. Unproductive and absolutely unnecessary debts. Other than to line up Jho Low and you know who's pockets. Kerana pokok pangkalnya, kita sudah punya Khazanah sebagai sovereign wealth fund bagi negara.

Untuk memahami bagaimana liciknya modus operandi 1MDB, saya sarankan kalian membaca buku Billion Dollar Whale. Ingat, membaca jambatan ilmu. Tak membaca pula membawa kepada jambatan kejahilan.

Barangsiapa yang suruh saya lukiskan mengenai kira-kira di atas, saya doakan dia caj handphone tetapi suisnya tak dihidupkan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/basi-bagi-dia-dan-macai-tapi-tidak-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Kelantan Lebih Bahagia Dari Selangor Yang Kaya Tapi Rakyatnya Tak Bahagia Kajian

Rakyat Kelantan Lebih Bahagia Dari Selangor Yang Kaya Tapi Rakyatnya Tak Bahagia Kajian

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 210 hits
Rakyat Kelantan lebih bahagia dari Selangor yang kaya tapi rakyatnya tak bahagia KajianLaporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 mendedahkan Kelantan berada di kedudukan kelima sekali gus membuktikan rakyat di negeri itu berpuas hati ...
Hutang Negara 1 Triliun Cerdik Tapi Bod H Rakyat Yang Pulihkan Ekonomi

Hutang Negara 1 Triliun Cerdik Tapi Bod H Rakyat Yang Pulihkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 172 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Dana Rm500k Beli Ubat Qarziba Adam Hadid Dah Cukup

Terima Kasih Rakyat Malaysia Dana Rm500k Beli Ubat Qarziba Adam Hadid Dah Cukup

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 224 hits
Rakyat Malaysia sangat prihatin dan pemurah Itu yang boleh digambarkan setelah dana RM500 000 diperlukan oleh adik Adam Hadid 3 untuk membiayai kos pembelian ubat Qarziba kini dah mencukupi Pada 1 Ogos lalu keluarga Adam Hadid membuka pelua...
Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 211 hits
Perebutan kuasa berterusan antara BN dan PN yang membentuk Kerajaan Persekutuan seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka tidak mengambil berat kesusahan orang lain pada era pasca pandemik Covid 19 Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda K...
Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 161 hits
Skandal LCS RM6 bilion duit rakyat hilang begitu sahaja Posted By on August 09 2022Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara pada 4 Ogos la...
Spin Yahudi Najib Razak Yang Terbaru Takyah Pemimpin Ph Pun Jawab Biar Rakyat Marhein Je Jawab

Spin Yahudi Najib Razak Yang Terbaru Takyah Pemimpin Ph Pun Jawab Biar Rakyat Marhein Je Jawab

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 154 hits
Spin yahudi Najib Razak yang terbaru Takyah pemimpin PH pun jawab Biar rakyat marhein je jawab Ni faktanya agar semua tahu 1 Projek mula tahun 2011 Bukan 2014 ye Dato Seri Dari tahun 2011 sampai 2017 peratusan siap untuk 6 tahun hanya 44 Ma...
Berdoalah Wahai Semua Rakyat Semoga Ph Menjadi Kerajaan Kita Nak Tangkap Kaki Sapu Duit Merengkok Dalam Negara

Berdoalah Wahai Semua Rakyat Semoga Ph Menjadi Kerajaan Kita Nak Tangkap Kaki Sapu Duit Merengkok Dalam Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 305 hits
Selamba saja jawab ya kalau dulu la jadi zaman oh Hishammuddin yakin kapal pertama LCS akan siap setahun dua August 8 2022 11 20 Hishammuddin Hussein berkata tiada sebuah pun kapal LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini walaupun RM6 0...
Rasuah Perkara Biasa Bagi Rakyat Malaysia

Rasuah Perkara Biasa Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 212 hits
Rakyat Malaysia tidak hairan tentang budaya rasuah Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad bangkitkan isu semburit dan bukan isu rasuah untuk singkirkan Anwar Ibrahim
Billion Billion Habis Tak Siap Baik Pindah Dulu Pada Kebajikan Rakyat Kata Anwar

Billion Billion Habis Tak Siap Baik Pindah Dulu Pada Kebajikan Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 149 hits
PERUNTUKAN RM500 JUTA ALIH KEPADA RAKYAT HENTI PROJEK KAPALPeruntukan RM500 juta alih kepada rakyat henti projek kapalPosted By on August 06 2022Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship bagi Tentera Laut Diraja Malaysi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba