Barua Pengkhianat Dah Jadi Pengecut


 

PAU bermula semalam dengan majlis Taklimat Presiden. Khabarnya majlis yang konon tertutup itu merupakan peluang Zahid menutup pekung di badannya dengan cerita khayal yang cuba menutup bangkai gajah dengan daud terup sekeping. Di khabarkan juga sambutan dingin perwakilan mendengar cerita tahyul Zahid yang menurut perintah gurunya Anwar juga antara sebab puak Shafie Wangsa Maju @ Shafie hatrick mengumpulkan lebih kurang 60 - 70 orang Ketua Bahagian di Royale Chulan malam tadi.


Maka menyalak lah langkah Chulan malam tadi apabila dengan sombong berbohong mengatakan bahawa seramai 140 orang KB menyokong Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan. Betul apa yang di tulis oleh Budin di bawah ni. Kalau dah dapat sokongan 140 bahagian apa yang takut dan kecut membuka gelanggang pemilihan? Apa yang jadi bacul tak tentu pasal? Kecuali mereka sebenarnya sedang menayang jilatan siapa yang paling licin untuk mendapat laba dari kerusi kerajaan sekarang ini? Pastinya juga mahu menonjolkan koloman siapa yang paling kuat kerana watikah yang belum lagi bernama di dalam PRN 6 negeri akan datang. Tak gitu? Untuk ahli dan untuk party???


Di ceritakan juga dalam taklimat petang semalam bahawa, langkah pembersihan di dalam parti akan lebih tajam di lakukan. Nada suara ancaman dan dendam jelas didengari. Bagi Zahid dan sekutu jahatnya, ameno ini hanya parti mereka. Ameno bukan lagi parti yang mewakili bangsa melayu. Ameno sudah jadi alat dan kuda tungganggan Zahid dan konco konconya. Dengan tunggangan anak murid pasti cikgu akan lebih mudah menonggeng di depan tuhan politiknya DAP.
Itu sebab Mad Hasan dalam ucapannya malam tadi, jelas mengatakan bahawa DAP lebih baik. Bahasa mudanya DAP ialah pilihan yang terbaik bagi ameno dan bieen.



Mana pergi hilangnya kata kata Mad Hassan yang menjadi kebanggaan ahli ameno sebelum ini yang bukan main menepuk meja di warung kopi yang mengatakan bahawa ameno masih sihat, ameno masih elok? elek..pocit..! 'Mad Hassan pun dah tersampok Zahid rupanya,' kata abang aji pagi ini sambil menyedut ayak teh tariknya.


Jadi sebenarnya parti keramat melayu ini menjaga kepentingan siapa? Kepentingan Zahid dan konconya semata. Cukup la ahli di bawah yang setia terus di tipu dan di bohongi oleh mereka. Sampai bila ameno nak buat pembetulan jika mereka yang terang terang menjadi beban dan merosakan di dalam parti masih kekal berkuasa. Selagi ada barua dan pengkhianat ini, rasanya ameno akan semakin jauh di pinggirkan oleh bangsanya sendiri.
Sekarang giat di jalankan usaha untuk menuntut PAU mengambil pendirian menolak pertandingan di peringkat Presiden dan Timbalan. Tapi jawatan lain boleh pulak. Ini jelas agenda yang terus terusan akan membungkam ameno. Ini betul betul sokong dah rebah.  Apa untungnya ahli dan parti? 
Baca dan fahamkan tulisan Budin ni..
Sekumpulan 140 Ketua UMNO Bahagian, kononnyalah, dilaporkan berkumpul malam tadi untuk menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, sokongan mereka bukan bagi mempertahankan Zahid Hamidi dan Mohamad untuk siap sedia berlawan atau sebagai benteng hadapan dalam pertandingan, tetapi agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.
Maknanya, mereka berkumpul malam tadi adalah agar Zahid Hamidi dan Mohamad diberi kemenangan percuma atau “menang secara betina” dalam pemilihan UMNO akan datang ini.
Jurucakap kumpulan terbabit, Mohd Shafei Abdullah daripada Wangsa Maju dilaporkan berkata, Ketua-Ketua UMNO bahagian berkenaan sepakat mendesak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Beliau berkata, tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.
“Untuk berdepan enam PRN tahun ini, kita perlu parti UMNO yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan memastikan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti,” katanya pada sidang media itu.
Kehkehkeh…tikus di sawah padi pun barangkali ketawa dengan mereka ini – berkumpul beramai-ramai, tapi takut nak berlawan.
Kalau begitu, buat apa berkumpul dan bersolidariti?
Jika benar ada 140 bahagian berada di belakang Zahid Hamidi dan Mohamad sekarang, kenapa masih takut dan pengecut dengan pertandingan?
Dengan mendakwa memiliki 140 sokongan daripada 191 bahagian UMNO yang ada di seluruh, mereka yang berkumpul malam tadi sepatutnya bersuara dengan gagah – “marilah berlawan dengan kami kerana kami ada sokongan majoriti”.
Tetapi, kenapa berkumpul beramai-ramai dan mendakwa memiliki sokongan daripada 140 bahagian, namun masih pengecut untuk berlawan?
Konon ada 140 Ketua Bahagian, hairannya semacam kecut perut nak berlawan dengan lawan yang hanya tinggal 51 bahagian bersama mereka.
Betulkah ada 140 sokongan daripada bahagian-bahagian sebagaimana didakwa itu?
Pernahkah kita lihat lihat di dunia ini orang yang mendakwa ia kuat dan memiliki sokongan majoriti, tetapi bersikap pengecut dan tidak berani berdepan pertandingan?
Ataukah dakwaan ada sokongan 140 bahagian itu hanya sekadar propa untuk mendapat upah dan melobi jawatan daripada Zahid Hamidi dan Mohamad yang kini berkedudukan dalam kerajaan?
Sebenarnya, berdasarkan daripada pelbagai maklumat yang diterima, sokongan yang didakwa mewakili 140 bahagian itu “jauh panggang dari api”.
Sokongan mereka tidak sampai pun 100 bahagian, kata seorang pemimpin bahagian yang dihubungi.
Maklumat daripada media pula mengatakan, kehadiran Ketua-Ketua UMNO bahagian di Royal Chulan malam tadi juga jauh lebih rendah daripada 140 yang didakwa itu.
Ohhhh…patut lerrrr….– ShahbudinHusin 12/01/2023. sumber
Sepatah kata seorang pemimpin negara sebelum ini, 'dahulu UMNO ada hampir 3000 perwakilan yang membuat pengundian mewakili bahagian di seluruh negara. So you nak beli 3k orang tu pun bukan mudah dengan macam macam latar belakang jawatan, pendidikan, taraf ekonomi dan kecenderungan pemikiran politik yang mereka imani. TAPI sekarang you cuma perlu jaga dan pelihara 100 lebih sikit sahaja Ketua Bahagian you dah boleh menang MT.' kata tokoh berjasa tersebut.
'Umpama...dulu ada 3k pelacur you kena pilih dan beli, but now you hanya perlu jaga Super Pelacur yang hanya sekitar 100 orang lebih...But super la' tambah beliau.
Apa nak cakap??? Lu Fikir La Sendiri..!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2023/01/barua-pengkhianat-dah-jadi-pengecut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tugas Barua Pengkhianat Perlu Di Teruskan

Tugas Barua Pengkhianat Perlu Di Teruskan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 241 hits
2 hari ni bukan main sebok barua Poad LP dan Nurjazlan hatrick mempertahankan tuhan politik mereka si Zahid Hakikat bahawa sejak PAU melabuhkan tirai minggu lalu telah menyebabkan ameno semakin jauh di tolak oleh ahli dan rakyat kesan darip...
Barua Pengkhianat Ok Ajer

Barua Pengkhianat Ok Ajer

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 109 hits
Semalam di bangkitkan isu ini di Jabatan Pendidikan Negeri Johor cepat menjawab isu ini seperti mana yang di muatkan di atas tu lewat petang semalam juga Menjawab cepat kerana isu ini menular di bibir rakyat bagus la namun ianya masih tidak...
Azam Barua Pengkhianat Empty

Azam Barua Pengkhianat Empty

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 149 hits
Pasti akan menjadi barua DAPig yang tulen bagi mempastikan kelansungan perjuangan Malaysian Malaysia DAP terus subur dan mutlak berjaya di samping mempastikan kelansungan hidup para barua dan sekutu jahat mereka Parti di tunggang DAP perlu ...
Buang Pengkhianat Dalam Umno Sertai Kempen Asal Bukan Zahid

Buang Pengkhianat Dalam Umno Sertai Kempen Asal Bukan Zahid

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 163 hits
agendaily com04 01 2023Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyokong kempen Asal bukan Zahid digerakkan ketua ketua bahagian UMNO di seluruh negara Semua ketua bahagian UMNO ketua Pemuda Puteri dan perw...
Pengkhianat Yang Curi Balak Bangsa Apa Yang Melindungi Pencuri Bangsa Apa

Pengkhianat Yang Curi Balak Bangsa Apa Yang Melindungi Pencuri Bangsa Apa

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 84 hits
Lindungi kegiatan curi balak SPRM Pahang tahan 2 lelakiBernamaKUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang menahan seorang penjawat awam dan pesara kerajaan yang dipercayai menerima wang habuan bagi melindungi kegiatan mencuri kayu...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 69 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
Tian Chua Musuh Lama Yang Didakwa Pengkhianat Telah Berdamai Membentuk Kerajaan Perpaduan

Tian Chua Musuh Lama Yang Didakwa Pengkhianat Telah Berdamai Membentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 270 hits
Bekas naib presiden PKR Tian Chua menyifatkan keputusan untuk memecatnya dari parti itu bertentangan dengan pendekatan rekonsiliasi dalam politik negara pada masa ini Pada masa sama Tian Chua berkata dia tetap akur dengan keputusan itu dan ...
Lokman Bangsat Pengkhianat Takkan Boleh Dipisahkan

Lokman Bangsat Pengkhianat Takkan Boleh Dipisahkan

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 157 hits
Araikian disebutkan bahawa si bangsat Lokman Adam sejak selesai PRU15 yang lalu menjelajah ke pelusok negara mengutuk dan membelasah siapa jua yang di lihat tidak sehaluan dengan tuhan politiknya Modus operandi si bangsat Lokman ni sebenarn...
Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Kes Denggi Meningkat

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office