Baru Usia 5 Tahun Hanif Disahkan Menghidap Penyakit Buah Pinggang Jalani Dialisis Air 10 Jam Semalam


Siapa sangka anak yang baru berusia 5 tahun, aktif dan lasak tiba-tiba disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Akibatnya, tatkala anak-anak lain seusianya bermain gembira, lain pula dengan Muhammad Hanif yang perlu menjalani Dialisis Peritoneal Automatik (APD).
Menurut Norhayani Nayan, 39 dan suami, Ahmad Hafiez Garigis, 41 penyakit yang dihidapi oleh anak keempatnya itu tidak dapat dikesan daripada awal. Bermula dengan demam, Hanif seterusnya dikesan mempunyai masalah dengan buah pinggang.

Lasak & Aktif Menurut Norhayani atau mesra dipanggil Yani, penyakit Hanif itu tidak dapat dikesan daripada awal.
“ Hanif atau kami panggil Anip, seorang anak yang lasak dan aktif walau pun sejak kecil dia menghidap asma, tapi terkawal. Cuma, dalam tempoh dua ke tiga bulan sebelum disahkan sakit buah pinggang, dia kerap jatuh sakit.
“ Pada satu hari, dia demam dan saya dan suami bawa dia ke hospital Alor Gajah. Doktor ambil ujian darah dan didapati HB dia rendah iaitu 5. Doktor kemudian pindahkan Anip ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Di sana, sekali lagi dia menjalani ujian darah dan kali ini keputusannya lebih mengejutkan.
“ Doktor beritahu kami, kretinen dan ureanya tinggi dan keesokan hari Anip menjalani ujian ultrasound dan doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang.
Hanif ketika menjalani rawatan dialisis air selama 10 jam Terdapat cyst di dalam buah pinggang kiri, iaitu polycystic left kidney. Cyst sudah penuh dalam buah pinggang kiri dia tapi buah pinggang kanan masih ok. Memandangkan Hospital Melaka tak ada pakar nefrologi kanak-kanak, doktor cadangkan Anip dihantar ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban atau HKL. Akhirnya saya memilih Hospital Tunku Jaafar kerana lebih dekat dengan tempat tinggal saya di Melaka,” ujar Yani memulakan bicaranya.
Yani juga mengalami masalah batu di luar buah pinggang namun keadaannya tidak serius. Manakala suami dan anak-anak yang lain sihat. Empat lagi anaknya ialah Nurul Liyana, 14, Hafizul Rahman, 13, Mohammad Afiq Fitri, 7, Nordiyana Hani, 3.
Dialisis waktu tidur Dialisis Peritoneal Automatik (APD) ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil. Menurut Yani, kesihatan Anip semakin baik selepas menjalani rawatan ini.
Yani bersyukur kerana semua kos ditanggung oleh Hospital Tunku Jaafar Seremban.  Anip bertuah kerana doktor nefrologi buah pinggang kanak-kanak iaitu Dr. Caroline dan Dr. Lee mencadangkan Anip untuk menggunakan mesin APD.
Mulanya Sukar Tapi Kini Reda Yani mengakui, agak sukar pada mulanya untuk terima keadaan Anip.
“ Tak ada ibu bapa yang boleh terima anak mereka menghidap penyakit kronik secara tiba-tiba. Tapi lama-kelamaan saya reda dengan keadaan Anip. Apabila lihat dia di dalam wad berseorangan, luluh hati saya. Hospital bagaikan rumah kedua, anak-anak lain ditinggalkan di rumah kerana saya perlu menjaga Anip di wad. Mujur ada mak dan ayah serta ahli keluarga yang lain yang jaga anak-anak lain di rumah.

“ Setelah menjalani rawatan APD, Anip jadi lebih sihat dan aktif serta menjalani hidup seperti biasa. Cuma dia kena elakkan yang berkaitan air, contohnya mandi kolam. Kawasan yang dipasang dengan tiub di perut tak boleh terkena air untuk menggelakkan risiko jangkitan.
Lebih Sensitif Sejak Sakit Menurut Yani, emosi Anip lebih sensitif sejak dia sakit. Disebabkan dia seorang yang aktif, Yani juga perlu mengawasi Anip supaya adik beradik yg lain tidak tersentuh kawasan perut ketika bermain. Kebersihan tempat rawatan juga perlu dititikberatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan.
“ Selain daripada itu, saya kena memantau ubat-ubatan yang perlu diambil, juga pengambilan jumlah air harian iaitu 700ml. Banyak juga yang Anip perlu pantang terutama makanan bergaram dan yang tinggi fosfat.
“ Dengan melihat orang yang lebih susah daripada saya, telah memotivasikan diri supaya lebih tabah dan kuat supaya Anip lebih sihat serta boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” akhiri Yani menutup perbualan.
sumber: Mingguan Wanita
The post Baru Usia 5 Tahun, Hanif Disahkan Menghidap Penyakit Buah Pinggang. Jalani Dialisis Air 10 Jam Semalam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baru-usia-5-tahun-hanif-disahkan-menghidap-penyakit-buah-pinggang-jalani-dialisis-air-10-jam-semalam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Lelaki Terkejut Burger Yang Didakwa Disimpan Hampir 25 Tahun Bagaikan Baru Dibeli Semalam

2 Lelaki Terkejut Burger Yang Didakwa Disimpan Hampir 25 Tahun Bagaikan Baru Dibeli Semalam

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 354 hits
Sebiji burger dari sebuah restoran makanan segera yang didakwa dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam sebuah bangsal di Australia selama bertahun tahun dipercayai masih lagi kelihatan elok nyata dua lelaki yang kini menganggap burger ber...
Umur Baru Nak Setahun Dah 3 Kali Jalani Pembedahan Moga Iman Haziq Terus Bertahan

Umur Baru Nak Setahun Dah 3 Kali Jalani Pembedahan Moga Iman Haziq Terus Bertahan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 579 hits
Baru sahaja berusia hampir setahun tapi adik Muhamad Iman Haziq terpaksa melalui ujian kesakitan yang cukup hebat buat si kecil seusianya menghidap penyakit paru paru kronik penderitaan bayi yang dilahirkan pada usia pramatang ini bermula s...
Evali Penyakit Baru Disebabkan Vape Punca 35 Maut Ribuan Menderita Penyakit Paru Paru

Evali Penyakit Baru Disebabkan Vape Punca 35 Maut Ribuan Menderita Penyakit Paru Paru

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 594 hits
Washington Amerika Penyakit yang meragut 35 nyawa dan menyebabkan lebih kurang 1 600 yang lain dimasukkan ke hospital dipercayai berkait amalan menghisap vape kini telah mendapat nama EVALI atau e cigarette or vaping product use associated ...
Lebih 40 Jam Terperangkap Dalam Lubang Perigi Suara Tangisan Budak 2 Tahun Menangis Jadi Perhatian Dunia

Lebih 40 Jam Terperangkap Dalam Lubang Perigi Suara Tangisan Budak 2 Tahun Menangis Jadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 742 hits
Di saat masyarakat India sibuk meraikan perayaan Deepavali seorang kanak kanak berusia dua tahun menderita dipercayai jatuh ke dalam lubang perigi sedalam 100 kaki di Narukattupatti Daerah Trichy India Satu video yang menyayat hati di mana ...
Derita Pemilik Rumah Usang Di Tengah Apartemen Thamrin 5 Tahun Kesulitan Air Bersih

Derita Pemilik Rumah Usang Di Tengah Apartemen Thamrin 5 Tahun Kesulitan Air Bersih

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 295 hits
Rumah tua itu masih berdiri tegak Dari kejauhan terlihat genteng batu bata merah tak terawat Fisiknya tidak berubah Plafon kayu lapuk Begitu pula cat putih rumah yang tak terurus
Pelni Sabet Penghargaan Tetap Berjaya Di Usia 67 Tahun

Pelni Sabet Penghargaan Tetap Berjaya Di Usia 67 Tahun

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 273 hits
PT Pelayaran Nasional Indonesia atau Pelni menyabet penghargaan The Indonesian Living Legend Companies 2019 pada kategori BUMN yang diselenggarakan oleh Majalah SWA dan SWANETWORK Pelni menjadi salah satu pemenang dari total 50 pemenang pad...
Gugat Ke Mk 4 Politikus Muda Ingin Syarat Calon Kepala Daerah Usia Minimal 21 Tahun

Gugat Ke Mk 4 Politikus Muda Ingin Syarat Calon Kepala Daerah Usia Minimal 21 Tahun

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 237 hits
Empat politisi muda yakni Faldo Maldini Tsamara Amany Dara Adinda Kesuma Nasution dan Cakra Yudi Putra mengusulkan syarat usia kepala daerah yang diatur dalam Undang Undang Nomor 1 Tahun 2015 menjadi 21 tahun
Sabah Senarai Enam Spesies Ikan Baru Terancam Tahun Ini

Sabah Senarai Enam Spesies Ikan Baru Terancam Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 352 hits
Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan spesies ikan terancam terbaru itu melibatkan empat spesies ikan yu dan dua spesies ikan pari Foto oleh Julia ChanSANDAKAN 8 Nov Jabatan Perikanan Sabah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu d...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Change

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting