Baru Tedi Faham Tujuan Konfrontasi Indonesia Malaysia
Tedi sempat ke rumah kelahiran HAMKA di Tasik Maninjau semasa ke Padang.Ekspedisi ke Padang kira ok, tapi satu pengalaman yang amat menarik adalah mendengar sejarah mengenai HAMKA di rumah kelahirannya di Tasik Meninjau, Padang, Indonesia.
Salah satu kisah adalah mengenai kemasukan ideologi komunis di Indonesia yang dibawa oleh Sukarno di atas alasan menentang Amerika.
Sukarno tampak relevan untuk menentang Amerika Syarikat namun dia telah memilih sekutu yang salah apabila berbaik-baik dengan komunis yang memegang fahaman atheist atau tidak percayakan Tuhan.
HAMKA menentang komunis.HAMKA adalah salah seorang alim-ulama yang menentang kuat situasi ini dan beliau menjalankan siri ceramah menerangkan siapakah sebenarnya komunis kepada rakyat Indonesia.
Komunis bertapak di Jawa dan cuba menyebarkan pengaruhnya di kepulauan Nusantara. Namun tentangan Nusantara amat kuat terhadap komunis.
Oleh itu mereka memerlukan satu objektif yang boleh menyatukan rakyat Indonesia di bawah ideologi mereka.
Jalan yang mereka pilih adalah memerangi Malaysia dengan slogan Ganyang Malaysia.HAMKA nampak situasi sebenar dan terus menentang dan memberi penjelasan kepada rakyat. Baginya, kenapa harus ikut komunis menyerang dan membunuh saudara serumpun dan seagama?
Aktivitinya itu menyebabkan HAMKA ditangkap dan dipenjara, di mana ketika inilah beliau menyiapkan Tafsir al-Azhar yang tersohor itu.
Battalion ke-3, Royal Australian Regiment menaiki helikopter Belvedere milik British untuk dihantar ke pos kawalan di Borneo. Penggunaan helikopter adalah amat sesuai dengan keadaan muka bumi di sana. Sumber [http://se-asia.commemoration.gov.au/australian-operations-in-indonesian-confrontation/]Sementara itu ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia berlangsung, komunis di Jawa masuk ke pulau-pulau di Indonesia. Mereka "meminta" rakyat Indonesia menggali lubang di bawah rumah mereka kononnya sebagai kubu jika askar Malaysia menyerang, sebaliknya kubu itu dijadikan kubur rakyat Indonesia sendiri oleh komunis.
Akhirnya rakyat Indonesia sedar dan mereka menggulingkan dan menghapuskan komunis di Indonesia.
HAMKA dibebaskan dari penjara selepas kejadian itu.
Persoalan terjawab setelah sekian lama.
Gambaran kawasan yang terlibat di bawah Gagasan Indonesia Raya. Ini adalah sekelumit kisah HAMKA yang menjawab persoalan Tedi selama ini kenapa Indonesia sanggup memerangi Malaysia? Takkan hanya kerana Malaysia tidak sertai Indonesia dalam Gagasan Indonesia Raya?
Rupa-rupanya ada helah lain di sebalik kejadian itu, dan Tedi berterima kasih kepada HAMKA di atas ketegasan beliau mempertahankan akidah.
20140903
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2014/09/baru-tedi-faham-tujuan-konfrontasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29