Baru Semalam Umno Kata Sokong Pn Muhyiddin Kemudian Buat Hal Pulak Celaru Umno Ni Pun


 
Tiada jaminan Umno sokong Belanjawan 2021 jika Muhyiddin abai permintaan, kata orang dalamMinderjeet Kaur -October 27, 2020 Seorang orang dalam Umno berkata kerjasama antara Umno dan PPBM bergantung kepada Muhyiddin Yassin sama ada beliau memenuhi permintaan Umno sebelum undian Belanjawan.PETALING JAYA: Susulan keputusan semalam untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, sebahagian ahli Umno berkata mereka akan beri Muhyiddin masa 1 bulan sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
Orang dalam parti itu berkata walaupun Belanjawan akan dibentangkan pada 6 Nov, undian hanya akan dibuat kira-kira 3 minggu kemudian atau lebih.
“Dari masa sekarang hingga mengundi nanti, jika kes Covid-19 berkurangan secara drastik, sebahagian daripada kami mungkin masih boleh menggesa presiden mendesak pilihan raya kilat serta-merta dengan tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan,” kata seorang orang dalam Umno kepada FMT.
Untuk mengelak keadaan ini berlaku, Muhyiddin perlu menerima permintaan Umno, termasuk meletak ahli Parlimen Umno di jawatan “strategik” untuk meningkatkan imejnya.
Menambah Umno sudah “betul-betul bosan” dilayan seperti rakan yang tidak setaraf dalam gabungan pemerintah, beliau berkata mereka akan menunggu dan melihat komitmen Muhyiddin kepada menjadikan Umno setaraf.
“Jika Muhyiddin mahu kami bertolak ansur, beliau juga harus bertolak ansur dengan kami. Tidak boleh sepihak sahaja,” katanya.
Orang dalam yang lain pula menambah kerjasama antara Umno dan PPBM bergantung kepada sama ada Muhyiddin memenuhi permintaan Umno sebelum pengundian Belanjawan 2021.
“Walaupun Umno dilihat lemah selepas kuasa kembali kepada Muhyiddin, beliau tidak boleh mengabaikan kami kerana pentadbirannya akan runtuh jika kami desak adakan pilihan raya kilat,” tambahnya.
Semalam, Umno memberi ruang kepada pemerintahan Muhyiddin untuk bertahan dengan memutuskan tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.
Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan majlis kerja tertinggi bersetuju ahli Parlimennya harus terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan susulan mesyuarat berakhir pada sekitar 12.15am di Pusat Dagangan Dunia Putra, ia juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi.
Muhyiddin, Umno terperangkap
Selain itu, penganalisis politik Azmi Hassan berkata Umno memutuskan untuk bersama dengan Muhyiddin dalam PN kerana pilihannya terhad.
“Jika bukan Muhyiddin, maka Anwar Ibrahim tetapi Umno tidak mahu bekerjasama dengan DAP,” katanya.
Umno tidak dapat mendesak pilihan raya kilat kerana bilangan kes Covid-19 adalah tinggi pada setiap masa, dengan 1,240 kes dilaporkan semalam.
“Kedua-duanya terperangkap. Jika Umno tarik diri daripada PN, Muhyiddin tiada angka sokongan secukupnya, dan jika Umno tidak pilih Muhyiddin, pilihan seterusnya Anwar yang mana ramai orang dalam Umno tidak bersetuju dengannya,” katanya.
Untuk maju ke depan, pilihan yang tinggal adalah Muhyiddin bertolak ansur dengan Zahid dan presiden Umno itu pula memberi kerjasama kepada perdana menteri itu, tambah beliau.
Azmi berkata Umno dan PPBM masih akan kebuntuan dalam isu pengagihan kerusi, terutamanya kerusi yang dimenangi Umno tetapi kini milik PPBM disebabkan penghijrahan wakil rakyat.
Ini termasuk kerusi menteri PPBM seperti Hamzah Zainudin (Larut) dan Mustapa Mohamed (Jeli).
“Umno mahu ambil balik kerusi yang diambil PPBM semasa zaman Pakatan Harapan. Sebahagian kerusi ini kini milik menteri PPBM.
“Untuk kedua-dua pihak bekerjasama, mereka perlu bertolak ansur di kerusi-kerusi itu untuk mengelak kebuntuan yang lain pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Pada 13 Okt, Umno mengejutkan negara apabila ia mengumumkan ia menimbang sokongannya kepada PN. Turut dilaporkan beberapa ahli Parlimen Umno menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu.
Muhyiddin seterusnya meminta Agong mengisytiharkan darurat, yang boleh menyebabkan Parlimen digantungkan.
Bagaimanapun, permintaan itu ditolak Agong selepas berbincang dengan Raja-raja Melayu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/baru-semalam-umno-kata-sokong-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Minta Umno Perinci Syarat Baru Kerjasama Secara Bertulis Kata Ahmad Maslan

Muhyiddin Minta Umno Perinci Syarat Baru Kerjasama Secara Bertulis Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 480 hits
October 16 2020 2 43 PMSetiausaha Agung Umno berkata beliau menangguhkan penghantaran surat kepada perdana menteri sehingga selesai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Selasa depan PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassi...
Jumlah Mp Umno Sokong Pn Saya Matematik Tak Bagus Kata Ku Li

Jumlah Mp Umno Sokong Pn Saya Matematik Tak Bagus Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 530 hits
B Nantha Kumar Kow Gah ChiePemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi alasan bahawa matematiknya kurang bagus ketika diajukan soalan berhubung peratusan ahli parlimen Umno yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional Saya mat...
Pendirian Umno Sokong Muhyiddin Hanya Sementara Tunggu Waktu Sesuai Untuk Bertindak Semula

Pendirian Umno Sokong Muhyiddin Hanya Sementara Tunggu Waktu Sesuai Untuk Bertindak Semula

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 417 hits
Shahbudin HusinWalaupun keputusan mesyuarat MT UMNO semalam memberi gambaran tidak lebih seperti wal hasil balik asal realitinya kedudukan Muhyiddin Yassin belum boleh dikira benar benar selamat Dalam mesyuarat itu keputusan yang dibuat ial...
Umno Kekal Sokong Muhyiddin Dan Perkasakan Mn

Umno Kekal Sokong Muhyiddin Dan Perkasakan Mn

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 371 hits
FAZLI RADZIKesemua ahli Parlimen Umno akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di ibu negara malam tadi Dalam keny...
Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

Umno Mungkin Tak Sokong Bajet 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 455 hits
Susulan keputusan semalam untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sebahagian ahli Umno berkata mereka akan beri Muhyiddin masa 1 bulan sebelum memutuskan tindakan seterusnya Orang dalam parti itu berkata walaupun Bela...
Pas 100 Sokong Muhyiddin Gesa Umno Kekal Pendirian

Pas 100 Sokong Muhyiddin Gesa Umno Kekal Pendirian

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 315 hits
October 27 2020 8 23 AMPAS berkata 18 ahli Parlimennya turut bersama kerajaan PN untuk memastikan keselamatan ekonomi ketenteraman negara dan kehidupan rakyat terjamin PETALING JAYA PAS menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional pimpinan M...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 606 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 442 hits
Seorang penganalisis politik berkata Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan kebanyakan cawangan dan bahagian Umno PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebaran...
Ph Kecewa Bn Terus Sokong Muhyiddin Kata Annuar

Ph Kecewa Bn Terus Sokong Muhyiddin Kata Annuar

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 374 hits
OLEH HASBULLAH AWANG CHIKSelasa 27 Okt 2020 10 43 AM MYTSetiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan parti itu menyokong Perikatan Nasional demi kesejahteraan bersama Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 27 Okt Kep...
Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups