Baru Nak Tegur Sekali Dia Toleh Tak Ada Muka Anggota Sar Kongsi Pengalaman Mencari Orang Hilang


The Reporter



Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


Saya bekerja sebagai anggota mencari dan menyelamat (SAR di Amerika Syarikat) sejak beberapa tahun yang lalu dan sepanjang karier ini saya telah menyaksikan beberapa kejadian yang saya rasa awak semua mungkin berminat untuk mengetahuinya. 


Saya mempunyai rekod prestasi yang baik dalam hal mencari orang hilang. Kebanyakan kes orang hilang dilaporkan berlaku di hutan kerana mereka gagal mencari jalan pulang. Majoriti orang hilang ini, mereka hanya kekal berada di lokasi dan tidak berjalan jauh. 


Tetapi ada dua kes di mana perkara itu tidak berlaku. Dua kes itu amat mengganggu saya dan saya jadikan kes itu sebagai motivasi untuk diri untuk mencari orang hilang dalam kes yang dikendalikan oleh saya. 



TERLEPAS PANDANG BEBERAPA SAAT


Ada dua anak kecil keluar memetik buah beri dengan ibu bapanya. Dia dan adiknya hilang pada masa yang sama. Ibu bapanya hanya terlepas pandang beberapa saat ketika dua kanak-kanak itu berkeliaran. 


Gagal mencari dua beradik itu, pasangan suami isteri berkenaan kemudian menghubungi kami untuk meminta bantuan. Kami datang ke lokasi dan mula melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut. 


Anak perempuan pasangan itu berjaya ditemui tidak beberapa lama kemudian dan apabila kami bertanya di mana keberadaan abangnya. Dia memberitahu kami abangnya telah dibawa oleh 'lelaki beruang'. Katanya, 'lelaki beruang' itu telah memberi buah beri dan memintanya untuk mendiamkan diri sementara dia mahu bermain dengan abangnya sebentar. Kali terakhir dia melihat abangnya sedang duduk di atas bahu 'lelaki beruang' itu.


Sudah tentu di fikiran kita bahawa ini adalah kes penculikan. Tetapi kami tidak menemui sebarang jejak manusia lain di kawasan itu. Kanak-kanak perempuan itu menegaskan lelaki itu bukan lelaki normal, orangnya bertubuh tinggi dan berbulu seperti beruang serta mempunyai wajah yang pelik. 


Selama beberapa minggu kami mencari kanak-kanak hilang itu di kawasan tersebut, malangnya kami tidak pernah menemui jejak mangsa.



HILANG SELEPAS PANJAT POKOK


Ada seorang perempuan muda keluar mendaki bersama dengan ibu dan datuknya. Menurut si ibu, anak perempuannya memanjat pokok untuk memlihat pemandangan hutan. 


Ibu dan datuknya menunggu di bawah berjam-jam lamanya. Puas menunggu, mereka cuba memanggilnya turun tetapi panggilan tidak disahut sebelum menghubungi kami untuk datang membantu. 


Tiba di lokasi, kami cuba mencari mangsa. Tetapi jejaknya tidak pernah ditemui. Saya tidak tahu ke mana dia pergi dan ibu serta datuknya langsung tidak melihat mangsa turun dari pokok tersebut. 



TAKKAN LUPA SUARA TANGISAN IBU MANGSA


Ada satu kes yang melibatkan penemuan mayat mangsa hilang. Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terjatuh dan tertusuk pokok mati. Itu adalah kejadian yang dahsyat. 


Yang saya tidak akan pernah lupakan, suara tangisan ibunya apabila kami memaklumkan mengenai penemuan mayat anaknya. Tatkala dia melihat beg mayat dimasukkan ke dalam ambulans, dia mengeluarkan tangisan yang paling menghantui yang pernah saya dengar. Seperti keseluruhan hidupnya telah hancur dan sebahagian dari hidupnya telah mati bersama anak perempuannya. 


Saya dimaklumkan oleh seorang anggota SAR yang ibu mangsa telah membunuh diri, beberapa minggu selepas kejadian itu. Dia tidak dapat meneruskan hidup setelah kehilangan anak perempuannya. 



LELAKI TIDAK BERWAJAH


Saya ditugaskan bersama anggota SAR lain selepas menerima laporan penampakan beruang di satu kawasan gunung. Kami dikehendaki mencari seorang lelaki yang belum pulang dari pendakiannya pada waktu yang sepatutnya. 


Kami terpaksa melakukan pendakian untuk sampai ke tempat yang kami jangka dia akan berada di lokasi itu. Setelah diperiksa, mangsa terperangkap di celah gunung dan kakinya patah. Sudah hampir dua hari dia berada di situ dan kakinya mengalami jangkitan serius. Kami berjaya menyelamatkan dia dan membawanya keluar menggunakan helikopter. 


Menurut mangsa, dia pada awalnya baik-baik saja. Apabila tiba di puncak, dia ternampak seorang lelaki yang tidak mempunyai peralatan mendaki, hanya memakai jaket dan seluar ski. Mangsa cuba mendekati lelaki itu dan sebaik saja dia menolah, mangsa terkejut lelaki itu tidak mempunyai wajah. Mangsa terus panik dan terus turun dari gunung itu dalam keadaan tergesa-gesa sebelum terjatuh. 


Sepanjang malam mangsa terdengar bunyi lelaki itu menuruni gunung dan jeritan yang sangat mengerikan. Kisah yang dialaminya itu sangat mengganggu saya, mujurlah bukan saya yang mengalaminya. 



'KENAPA DIA IKUT KITA?'


Salah satu kes yang paling menakutkan saya ketika kami keluar mencari seorang wanita muda yangg terpisah dari kumpulan pendakiannya. Lewat malam itu kami dikehendaki bertugas mencari mangsa dengan bantuan anjing pengesan. Mangsa ditemui bersembunyi di bawah pokok balak yang mereput. Kasut dan begnya hilang, wajahnya kelihatan pucat dan terkejut namun tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Sepanjang perjalanan pulang ke pusat operasi, mangsa kerap memandang ke belakang dan sesekali bertanya kepada kami, "Kenapa lelaki besar itu dengan mata hitam ikut kita?'. Bila ditoleh ke belakang, tiada sesiapa. Jadi kami menganggap mungkin mangsa mengalami simptom kejutan. 


Apabila kami hampir tiba ke pusat operasi, mangsa semakin gelisah dan meminta saya untuk memberitahu benda itu berhenti membuat muka kepadanya. Sehingga satu ketika, dia berhenti lalu berpaling ke belakang sambil menjerit ke arah hutan meminta benda itu berhenti mengekorinya dan dia tidak akan kembali kepadanya. 


Kami terus memaksanya meneruskan perjalanan dan dari saat itu kami mula terdengar bunyi-bunyi pelik yang datang dari sekeliling seperti batuk tetapi berirama dan mendalam. Bunyinya macam serangga, tetapi tak tahu bagaimana hendak menggambarkannya. 


Hampir sampai di kawasan pusat operasi, mangsa menoleh ke arah saya dan matangnya terbeliak. Dia menyentuh bahu saya dan berkata, 'Dia suruh awak cepat, dia tak suka tengok parut di leher awak!'. Memang ada parut kecil di leher saya tetapi tersorok di sebalik kolar baju. Saya tak tahu bagaimana dia boleh nampak parut itu. 


Sebaik saja dia berkata demikian, saya terus terdengar bunyi batuk di sebelah telinga membuatkan saya terkejut. Apa lagi, saya terus bergegas membawa mangsa ke pusat operasi dan cuba menyembunyikan rasa takut dalam diri. Saya benar-benar gembira bila kami dah keluar dari kawasan itu. 



TANGGA DI TENGAH HUTAN


Saya tidak tahu sama ada pasukan SAR yang lain juga mengalami pengalaman yang sama. Boleh cuba bertanya kepada mereka tetapi, walaupun mereka tahu mereka enggan bercerita mengenainya. Kami telah dimaklumkan oleh pihak atasan untuk tidak bercerita perkara seperti itu. Dan setelah banyak melakukan operasi SAR, semua perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan. 


Dalam setiap kes di mana kami perlu masuk jauh ke hutan kira-kira 50 hingga 70 kilomter, pasti akan terjumpa tangga di tengah-tengah hutan. Tangga seperti tangga di rumah, yang telah dipotong dan diletakkan di hutan. 


Saya pernah ternampak tangga itu beberapa kali dan cuba bertanya kepada anggota SAR yang lain, mereka kata saya tidak perlu bimbang mengenainya kerana kemunculan tangga itu adalah perkara biasa. Apabila saya ingin mendekati tangga itu, mereka menghalang dan menegaskan jangan sesekali mendekati tangga itu. Sudahnya, saya abaikan saja bila ternampak tangga itu di tengah hutan. 


Sumber: No Sleep (Reddit)


June 24, 2021 at 03:51AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/06/baru-nak-tegur-sekali-dia-toleh-tak-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salma Hayek Hilang Tawaran Jadi Trinity Dalam The Matrix Sebab Malas Nak Berlakon Babak Aksi

Salma Hayek Hilang Tawaran Jadi Trinity Dalam The Matrix Sebab Malas Nak Berlakon Babak Aksi

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 410 hits
Pelakon Salma Hayek mendedahkan yang dia nyaris nyaris terlibat dengan filem The Matrix sebagai watak Trinity Filem yang ditayangkan pada tahun 1999 itu adalah permulaan kepada francais besar yang diteruskan dengan dua filem sekuel The Matr...
Kad Bank Hilang Cara Buat Kad Baru

Kad Bank Hilang Cara Buat Kad Baru

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 566 hits
KAD BANK HILANG CARA BUAT KAD BARU Kad bank adalah amat penting pada sesorang Ini adalah kerana kad debit credit boleh digunakan untuk mengambil atau mengeluarkan wang tunai pada simpanan Anda pada bila bila masa dan boleh gunakan di mesin ...
Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 357 hits
GAMBAR SEKADAR HIASAN Balik kerja dengan baju tak sempat tukar kadang kadang isteri ni terus je ke dapur untuk bersilat memasak Tapi bila ada tak kena suami terus kritikan masakan isteri tu
Fungsi Paru Paru Tinggal 48 Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti

Fungsi Paru Paru Tinggal 48 Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 257 hits
Akibat virus Covid 19 separuh daripada paru paru Amira Ruslan kini sudah tidak boleh berfungsi malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya hampir mustahil untuk pulih Itu kesan yang perlu dihadapi Amira yang sebelum ini terpaksa bertaru...
Ingatkan Gunting Paling Sakit Contraction Lagi Sakit Doktor Kongsi Pengalaman Tip Bersalin

Ingatkan Gunting Paling Sakit Contraction Lagi Sakit Doktor Kongsi Pengalaman Tip Bersalin

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 364 hits
Bagi ibu ibu pertama kali hamil pastinya tidak ada pengalaman menghadapi situasi kelahiran Saat yang paling sakit yang perlu ditempuhi adalah sakit kontraksi Ada yang perlu bertahan berbelas jam menunggu kelahiran Jadi bagaimana untuk mengu...
Mtf Kongsi Senario Dan Hala Tuju Bagaimana S 039 Pura Keluar Dari Pandemik Ke 039 Kebiasaan Baru 039

Mtf Kongsi Senario Dan Hala Tuju Bagaimana S 039 Pura Keluar Dari Pandemik Ke 039 Kebiasaan Baru 039

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 150 hits
SINGAPURA Bayangkan senario ini Sebahagian besar daripada pesakit COVID 19 sembuh tanpa perlu dimasukkan ke hospital dan mereka hanya memerlukan sedikit ubat ubatan atau tidak memerlukannya langsung untuk pulih Seseorang yang dijangkiti COV...
Ibu Hamil Keliru Nak Cucuk Vaksin Waktu Bila Dr Izzar Kongsi Masa Sesuai Perlu Cucuk Vaksin

Ibu Hamil Keliru Nak Cucuk Vaksin Waktu Bila Dr Izzar Kongsi Masa Sesuai Perlu Cucuk Vaksin

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 273 hits
Pengumuman pemberian vaksin yang dibolehkan kepada ibu hamil pastinya memberi kelegaan kepada semua ibu hamil Dengan adanya vaksin pastinya lebih perlindungan buat ibu ibu hamil Namun pastinya ada ibu yang keliru sambil menunggu bila waktu ...
Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 357 hits
Hanya tinggal menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat tidak lama lagi penyanyi Siti Sarah memanjatkan rasa syukur kerana diberikan rezeki ini bersama suaminya AdvertisementMenerusi video hantaran terbaru di akaun Instagramnya Sar...
Hiburan Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi Miera Leyana Dah Sebulan Bersalin

Hiburan Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi Miera Leyana Dah Sebulan Bersalin

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 245 hits
Pelakon Miera Leyana memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 16 Mei yang lalu beliau turut berkata bukan niatnya untuk merahsiakan berita gembira ini namun dia hanya ingin fokus kepada proses bersalin itu BA...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan