Fungsi Paru Paru Tinggal 48 Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti



(Bernama) – Akibat virus Covid-19, separuh daripada paru-paru Amira Ruslan kini sudah tidak boleh berfungsi, malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya, hampir mustahil untuk pulih.
Itu kesan yang perlu dihadapi Amira, yang sebelum ini terpaksa bertarung nyawa sebagai pesakit Covid-19 tahap lima selama 33 hari, termasuk sembilan hari “ditidurkan” di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.
Eksekutif pentadbiran berusia 29 tahun itu disahkan positif Covid-19 pada 7 Jan lalu.
“Paru-paru saya sekarang berfungsi (sekitar) 48% sahaja, kira macam separuh daripada paru-paru tu macam dah ‘mati’. Menurut doktor, ia sudah tidak boleh kembali normal dan saya juga tidak boleh bergerak cergas macam dulu.
“Ini adalah sindrom ‘Long Covid’ yang memberi kesan pada rutin harian saya. Bercakap pun rasa penat, buat aktiviti mudah macam jemur kain pun penat,” katanya baru-baru ini.
Amira yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius, tidak menyangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar, menyebabkannya terpaksa berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi pernafasan.
Bukan itu sahaja, katanya, beliau masih merasa sakit pada saluran kerongkong dan dada, akibat pernah dimasukkan tiub ke paru-paru semasa di ICU, selain daya ingatan yang lemah kesan daripada ubat.
“Saya masih terbayang lagi kesakitan apabila tiub dimasukkan menerusi saluran kerongkong ke paru-paru.
“Ada satu kejadian apabila petugas kesihatan perlu mengalihkan saya ke katil lain dan tiub tersebut berganjak dan bergerak dalam badan, sakitnya seperti ‘minta nyawa’,” katanya.
Mengimbau kembali saat sebelum dikomakan, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, beliau diberi peluang untuk bercakap dengan ibunya menerusi panggilan video.
“Doktor beritahu, jika jadi apa-apa pada saya, inilah yang terakhir saya bercakap dengan ibu. Saya sempat mohon maaf dan ibu saya terus menjerit, adik (nama panggilan Amira) kena kuat, mak tunggu adik di luar ni.
“Ketika itu ada dua perkara yang bermain di fikiran, pertama ibu, yang kedua ketika saya bangun nanti, sama ada masih berada di dunia ini atau dunia lain,” katanya yang sedar daripada koma sepenuhnya pada 28 Jan lalu.
Pengalaman berada dalam keadaan koma selama sembilan hari memberi pengajaran serta keinsafan buat dirinya.
Peluang untuk terus hidup disifatkannya seperti “keajaiban” selepas melalui fasa kritikal sewaktu dalam keadaan koma.
“Memang tidur, tapi mimpi di alam lain, berjalan di satu tempat asing yang mana badan kita sahaja yang bercahaya, kiri kanan depan belakang semua gelap, berada di jalan asing dan saya terus-menerus cari jalan keluar dan kadang-kadang berlari,” katanya.
Katanya, mengikut cerita keluarganya, semasa berada dalam keadaan koma, paras oksigen dalam badannya turun sehingga tahap 60%, menyebabkan doktor yang merawatnya menghubungi ibunya bagi memaklumkan keadaan itu dan meminta supaya berdoa agar berlaku keajaiban dengan izin Allah.
Berkat doa ibu dan ahli keluarganya yang lain, anak kelahiran Johor itu bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama insan tersayang walaupun perlu menyesuaikan dengan keadaan kesihatan terkini.
Katanya, jika dahulu beliau aktif berniaga, bergerak ke sana sini, dan mampu mengangkat barang berat, namun kini segala pergerakannya terbatas.
Berikutan itu, Amira menasihatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak lalai untuk mengelak dijangkiti wabak yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia ketika ini.
“Covid-19 benar-benar wujud dan daripada apa yang saya lihat kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka,” katanya yang turut menasihatkan masyarakat segera mengambil vaksin.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/28/fungsi-paru-paru-tinggal-48-bekas-pesakit-covid-19-kongsi-pengalaman-dijangkiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Bagai Kubu Pelindung Dalam Tubuh Kata Bekas Pesakit Covid 19

Vaksin Bagai Kubu Pelindung Dalam Tubuh Kata Bekas Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 260 hits
Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin Warga emas Rinumbizal Masadai 63 membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima sunt...
Mayat Pesakit Covid Terapung Di Sungai

Mayat Pesakit Covid Terapung Di Sungai

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 240 hits
NEW DELHI Banjir monsun mengakibatkan ratusan mayat dipercayai mangsa Covid 19 dikebumikan di sepanjang Sungai Ganges dilaporkan terapung
Serdang Sindiket Roti Tebuk Untuk Pesakit Covid Dikuarantin

Serdang Sindiket Roti Tebuk Untuk Pesakit Covid Dikuarantin

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 269 hits
Tidak ubah seperti penyeludup profesional apabila ada antara rokok dirampas ditemui disembunyikan dalam kepingan roti tebuk Malah ada juga kotak rokok yang atau peranti rokok elektrik disorokkan di dalam bungkusan mi segera dan kotak makana...
Ingatkan Gunting Paling Sakit Contraction Lagi Sakit Doktor Kongsi Pengalaman Tip Bersalin

Ingatkan Gunting Paling Sakit Contraction Lagi Sakit Doktor Kongsi Pengalaman Tip Bersalin

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 363 hits
Bagi ibu ibu pertama kali hamil pastinya tidak ada pengalaman menghadapi situasi kelahiran Saat yang paling sakit yang perlu ditempuhi adalah sakit kontraksi Ada yang perlu bertahan berbelas jam menunggu kelahiran Jadi bagaimana untuk mengu...
Peningkatan Kes Covid 19 Tambah Pesakit Mental

Peningkatan Kes Covid 19 Tambah Pesakit Mental

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 313 hits
PADA 3 Jun lalu jangkitan Covid 19 di negara ini berjumlah 8 209 kes Bilangan itu sepatutnya menyedarkan kita semua betapa ramai penduduk negara ini yang berjuang untuk terus hidup Oleh kerana pandemik itu menyerang semua penduduk di dunia ...
Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Sehingga Rm5 000 Kepada Waris Pesakit

Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Sehingga Rm5 000 Kepada Waris Pesakit

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 596 hits
Sekiranya anda mengetahui tentang sesiapa atau rakan keluarga mereka yang meninggal dunia akibat Covid 19 boleh minta mereka membuat permohonan Bantuan Khas sehingga RM5 000 dari kerajaan yang diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara...
Anak Bekas Presiden Soekarno Meninggal Akibat Covid 19

Anak Bekas Presiden Soekarno Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 225 hits
AGENDA DAILY Rachmawati Soekarnoputri meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 Gambar Tempo Ahli politik terkenal Rachmawati Soekarnoputri anak ketiga bekas Presiden pertama Indonesia Soekarno meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke...
Bengang Dituduh Dijangkiti Covid Di Bali Bcl Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Bengang Dituduh Dijangkiti Covid Di Bali Bcl Akhirnya Dedah Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 159 hits
PENYANYI dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari menafikan dirinya dijangkiti Covid 19 selepas pulang bercuti di Bali Melalui sebuah perkongsian di Instagram story Bunga atau lebih mesra disapa BCL menjelaskan kronologi keberadaa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator