Baru Dua Bulan Jalin Hubungan Zahirah Macwilson Dedah Sifat Yang Sebenar Aiman Hakim Ridza
Siapa sangka, tatkala hati mengimpikan jejaka tinggi lampai mewarnai kanvas hidupnya, bagai mimpi jadi kenyataan buat bintang jelita Zahirah MacWilson apabila muncul Aiman Hakim Ridza.
Penghujung tahun lalu kecoh dalam media sosial mengenai hubungan mesra Zahirah dan aktor kacak itu apabila masing-masing memuat naik foto berdua di Instagram.
Meski ramai menyifatkan mereka ‘bagaikan pinang dibelah dua’, baik Zahirah mahupun Aiman enggan mengesahkan taman hati yang sedang berbunga mekar itu.
Zahirah ketika dihubungi Selebriti baru-baru ini berkata, hubungan yang terjalin itu benar-benar jujur dan ikhlas.
“ Jawapan saya masih sama, saya menemui seseorang yang terbaik dalam hidup. Saya jujur dan ikhlas dalam hubungan ini.
“ Soal bibit perkenalan dan bagaimana semuanya bermula, nantilah saya kongsi. Saya akan cerita apabila tiba masanya nanti.
“ Bukan mahu berahsia tapi biarlah kami menikmati detik ini terlebih dulu,” katanya.
Dihujani ucapan tahniah dan mesej positif daripada kenalan serta peminat, Zahirah tidak menyangka hubungan rapat diantaranya dan Aiman mendapat ‘restu’ semua pihak.
“ Memang ramai yang menghantar ucapan tahniah dan mesej positif. Saya anggap ia permulaan yang baik buat hubungan ini.
“ Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang baik dan matang. Dia punya misi dalam hidup dan saya selesa bersamanya,” katanya.
Bisnes Kafe studio..
Siapa sangka, meskipun hubungan yang dibina ini masih baru, masing-masing optimis dengan bidang perniagaan sebagai bekalan masa depan.
Zahirah berkata, dia dan Aiman bakal membuka kafe studio bagi memudahkan orang ramai berkongsi dan mengetengahkan bakat dalam bidang muzik.
Kafe yang yang diberi nama Bakersfellas itu bakal mula beroperasi di Ara Damansara hujung bulan ini.
“ Kafe studio ini inspirasi dan impian Aiman. Ia berkonsepkan kandungan hab digital. Kiranya, ia bukan kafe untuk orang berkumpul semata-mata sebaliknya mereka juga boleh berkongsi kreativiti dimiliki.
“ Saya terbabit dalam kafe ini pada saat-saat akhir sebagai pelabur dan kini kami sibuk melakukan persiapan akhir sebelum premis ini dibuka sepenuhnya.
“ Kafe ini juga menempatkan studio rakaman yang akan diselia penyanyi Awi Rafael. Kami bekerjasama dalam menjayakan projek ini,” katanya yang ligat mencari kakitangan dan cef.
Ini azam 2019
Menyentuh mengenai azam tahun baru, aktres berusia 24 tahun itu memberitahu, dia ingin mencari keseimbangan di antara karier, bisnes dan perhubungan.
Katanya, dia mengharapkan perjalanan karier seninya terus konsisten sekali gus mendapat tempat di hati peminat.
“ Saya mahu sibukkan diri dengan kerja. Alhamdulillah, impian saya untuk membintangi filem juga tercapai apabila penggambaran Bulan Dan Pria bakal tamat minggu ini.
“ Saya juga berharap tahun ini diberikan lebih banyak peluang dan rezeki. Saya bercadang untuk mengeluarkan produk tahun ini.
“ Insya-Allah, saya mahu kembangkan karier seni selain berharap hubungan yang terjalin berada di landasan yang betul,” katanya.
Perkembangan lain, Zahirah bakal terbabit dalam drama bersiri yang akan memulakan penggambaran hujung bulan ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
sumber : hmetr0
The post Baru Dua Bulan Jalin Hubungan, Zahirah MacWilson Dedah Sifat Yang Sebenar Aiman Hakim Ridza appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/01/13/baru-dua-bulan-jalin-hubungan-zahirah-macwilson-dedah-sifat-yang-sebenar-aiman-hakim-ridza/