Baru Dapat Rasa Ermm Sedap Ke Oreo Ice Cream Sandwich Dan Kitkat Gold Ni
Beberapa hari yang lepas, aku sempat rasa 2 jenis askrim keluaran Nestle tarbaru iaitu OREO Ice-Cream Sandwich Dan KITKAT Gold. Setiap kali buka tv atau di internet ada je mana-mana iklan dia, jadi tergerak la untuk beli dan cuba sendiri.
Kedua-dua aiskrim ni mungkin kita tidak asing lagi. Pada awalnya, ianya datang dari biskut dan bukannya aiskrim. Kemudian barulah diolah dan dijadikan aiskrim. Untuk OREO, ini bukanlah pertama kali diolah dalam bentuk aiskrim. Sebelum ini sudah ada aiskrim cone dan batang. Sama juga seperti aiskrim KITKAT.
Untuk kali ini, mereka sekali lagi kembali dalam bentuk aiskrim, tetapi ada sedikit perbezaa. Askrim OREO dibentuk secara sandwich manakala KITKAT dengan rasa gold. Yang penting sekali, sedap ke aiskrim-aiskrim ni? Jadi sini, aku kongsi la sedikit pendapat peribadi best ke idok aiskrim ni.
BACA : Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh
"Oreo Ice-Cream Sandwich", Nampak Sama Tapi Buka DiaKalau korang beli aiskrim ni, korang boleh nampak bentuknya seakan sama dengan biskut Oreo sendiri. Dari segi luaran, paling ketara sudah tentu saiznya yang lebih besar iaitu sebesar tapak tangan tau. Aiskrim tersebut diapik atas bawah oleh 'biskut' dan jadilah macam sandwich.
Untuk rasa, ianya sama sahaja dengan aiskrim Oreo sebelum-sebelum ini, tapi kali ini kurang sedap sikit apabila 'biskut' tersebut tidak rangup tetapi lembik dan pastinya ianya bukan aiskrim. Jadi seolah-olah anda makan aiskrim yang dah lemau. Rasanya kalau betul-betul letak biskut, Mesti sedap.
Anda boleh mula dapatkan di kedai-kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia dengan tanda harga RM4.90 seketul. Anda juga boleh beli secara online di Nestle Ice-Cream Shopee atau di Lazada
Dapat Emas Ke Makan Kitkat Gold Ni?Tidak cukup dengan Oreo, cuba pula aiskrim Kitkat Gold ni. Dari segi bentul luaran, aiskrim tersebut sama sahaja dengan Askrim Kitkat sebelum ini tetapi berbeza pada bungkusan dan warna luaran aiskrim tersebut iaitu warna keemas-emasan. Sebab itulah dipanggil Kitkat Gold.
Aiskrim ni berwarna sedemikian kerana ianya disaluti dengan coklat putih dan diadun dengan kepingan karamel. Asas Kitkat masih ada pada bahagian luar dan dalam. Jadi rasa Kitkat Gold ni padanan dengan coklat putih dan karamel. Jadi sudah tentu la sedap dimakan, sebab feveret karamel. Lagi-lagi makan waktu cuaca panas. Rangup diluar, manis di dalam.
Kitkat Gold boleh didapati dengan harga RM4.20 juga di kedai-kedai dan pasaraya di seluruh Malaysia. Boleh juga beli online di Shopee Nestle dengan klik Shopee atau di Lazada
KesimpulanAku tak beli dah kot aiskrim Oreo Sandwich tu, better beli yang batang atau cone la tapi kalau Kitkat Gold mungkin aku boleh beli lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2021/02/review-aiskrim-oreo-sandwich-kitkat-gold.html