Ramai Puji Budak Umur 7 Tahun Tak Guna Kelebihan Anak Bongsu Gigih Menabung Demi Sebuah Basikal Walau Kakak Mampu Beli
SIAPA sahaja yang tidak mencembvrui kelebihan yang sering diperolehi anak bongsu?
Setiap yang diminta pasti akan dapat, sama ada diberikan ibu bapa mahupun ditunaikan adik-beradik yang lain.
Begitulah yang dialami Mohammad Azraei Iddzzulzafran Abd Jalil yang baru berusia tujuh tahun.
Menerusi satu video pendek yang berdurasi 30 saat, Azraei yang merupakan anak kelima daripada lima beradik menunjukkan tabung kepada kakaknya, Nur Anisha Irwayu, 24.
“Ni kak Sha, nak buat beli kereta ‘pasar nita’. Tak jadi (beli basikal), lambat gohek (go ahead),” ceritanya.
Menceritakan perihal si kecil ini, kakak ketiganya, Nur Athirah Irsalila berkata, adik bongsunya bukan hanya dimanjakan tetapi turut beruntung kerana apa yang diingini pasti akan diperoleh.
Namun katanya, Azraei lebih gemar menabung bagi mendapatkan apa yang dihajati.
“Adik suka simpan duit sejak berusia lima tahun lagi dan duit itu akan digunakan apabila dia ingin membeli sesuatu barang.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Azraei gembira dengan basikal barunya.
“Dia lebih suka mengumpul duit yang diberikan kepadanya berbanding meminta daripada ibu atau ayah… apabila tak cukup, baru dia akan minta,” ceritanya ketika dihubungi mStar.
Menurut wanita berusia 21 tahun itu lagi, adiknya juga pernah menabung kerana mahu membeli basikal.
“Basikal lama dia dah rosak, jadi dia simpan duit untuk beli basikal baru.
“Kira-kira dua bulan menabung, dia dihadiahkan basikal oleh kakak pada penghujung Disember tahun lepas.
Ketika berusia 7 tahun.
“Kakak kedua memang selalu memanjakan dia. Masa tu, dia buat panggilan video dengan kakak dan cerita yang dia kumpul duit untuk beli basikal,” ujar anak jati Bukit Payong, Terengganu itu.
Katanya, pada masa itu kakak dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuantan, Pahang.
Bercerita lanjut, Athirah yang baru mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu berkata, kakaknya sudah pun membeli basikal baharu untuk adik tetapi tidak memaklumkan kerana mahu membuat kejutan.
“Apabila kakak sampai di rumah, dia minta adik ambilkan barang dari dalam kereta.
Bersama keluarga.
“Masa tu adik sangat terkejut sebab nampak basikal yang diinginkan ada dalam tu,” katanya lagi.
Video yang dikongsikannya itu ditonton lebih 1.1 juta pelayar TikTok selain mendapat kira-kira 73,000 tanda suka.
Bagus! Kecil-kecil pandai simpan duit.NETIZENRata-rata warganet memuji semangat Azraei yang suka menabung sejak kecil.
“Bagus! Kecil-kecil pandai simpan duit.
Antara reaksi netizen.
“Terbaik sangat adik ni, semoga membesar dengan hebat.
“Pandai dia menabung.
“Bagus adik ni, himpun duit sendiri nak beli apa-apa pun.
“Pandainya menabung,” ujar beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber :
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/05/ramai-puji-budak-umur-7-tahun-tak-guna.html