Barisan Ciri Kemas Kini Baharu Twitter Untuk Warga Malaysia Pada S1 2022
Zaman ini berita bergerak dengan pantas sekali, namun kadangkala Twitter bergerak lebih pantas. Daripada Spaces dan Communities, sehinggalah kepada Birdwatch dan ciri pin DM, Twitter telah memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyampaikan kemas kini dan ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman menggunakan Twitter pada separuh pertama 2022. Di Malaysia, Twitter mencipta cara baharu untuk rakyat Malaysia meluahkan perasaan mereka; dengan berbagai tambahan baharu pada Spaces yang membuka lebih banyak ruang untuk orang ramai berhubung dan berbual. Tahun lalu, Twitter juga terus meningkatkan servisnya bersama komuniti pencipta kandungan dan memperkenalkan Twitter Create, ciri baharu untuk sumber pencipta kandungan.
“Daripada muzik dan sukan sehinggalah kepada kewangan dan teknologi; Twitter ialah tempat di mana semua orang berkumpul untuk menyertai perbualan global mengikut keinginan mereka sendiri. Kami sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya agar pengalaman penggunaan Twitter menjadi lebih baik untuk semua orang dan perniagaan yang menggunakan servis kami di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Kelajuan kami dalam memperkenalkan ciri-ciri dan kemas kini baharu pada separuh pertama tahun 2022 membuktikan komitmen Twitter dalam memberi khidmat perbualan umum,” kata Mitchell Kreuch, Pengarah Urusan Twitter Asia Tenggara.
Dengan komitmen terhadap Open Internet dan berkhidmat untuk perbualan awam, Twitter terus memperkasakan rakyat Malaysia dalam menggunakan Twitter mengikut keinginan mereka sendiri, menyediakan rasa aman sambil menambah konteks kepada perbualan yang sedang berlangsung, dan juga menjadikan imej serta video di Twitter lebih mudah diakses.
Berikut adalah ciri-ciri dan kemas kini baharu Twitter yang telah dinikmati rakyat Malaysia pada S1/2022:
Memperkasakan orang ramai untuk menggunakan Twitter sesuai keinginan
Twitter sentiasa mencari cara baharu untuk membolehkan orang ramai meluahkan perasaan mereka dan berhubung dengan orang lain, oleh itu Twitter akan terus meningkatkan pengalaman Spaces denganpeningkatan berikut yang telah dilaksanakan sejak Januari 2022:
● Rakaman & Ulangan – Spaces kini boleh dirakam oleh Pengacara, dan rakaman boleh dimainkan semula selamanya selepas sesi Spaces tamat.
● Keratan (Clipping) – kini pengguna boleh mengerat & berkongsi 30 saat terbaik daripada perbualan Spaces mereka.
● Kemudahan – Kini lebih mudah untuk Pengacara memulakan sesi Spaces dan Tweet mengenai sesi Spaces, layari & menjumpai Spaces, bertindak balas kepada sesi Space, beralih daripada Tweets ke Spaces, dan mengakses analisis selepas itu.
Membantu orang ramai berasa selamat & menambah konteks di Twitter
Twitter mahu para pengguna untuk mempunyai peralatan & konteks yang mereka perlukan untuk berasa selamat di Twitter. Twitter faham akan betapa pentingnya konteks apabila memutuskan sesuatu perkara dan siapa yang boleh dipercayai, serta menjadikan perbualan awam lebih selamat untuk kita semua.
Label Akaun Automatik (Februari 2022)
Twitter melancarkan cara baharu untuk pengguna di malaysia yang menjalankan akaun automatik dalam mengenal pasti akaun mereka sendiri. Ini juga akan membantu pengguna Twitter yang berinteraksi dengan akaun automatik (atau bot) untuk lebih mengetahui siapa di sebalik akaun tersebut. Untuk lebih banyak bot yang bagus di Twitter, lihat artikel ini di Common Thread.
Mengadakan perbincangan peribadi di Direct Messages (DM)
Direct Messages ialah bahagian peribadi di Twitter. Twitter telah melancarkan keupayaan untuk pengguna dengan menyematkan perbualan DM mereka ke bahagian atas inbox direct message mereka. Twitter turut memperluaskan keupayaan carian di mana selain daripada nama pengguna, orang ramai kini boleh mencari perbincangan peribadi yang ada di dalam inbox mereka dengan menaip kata kunci dan nama pengguna.
Dasar privasi yang lebih mudah difahami dan permainan Twitter Data Dash (Mei 2022)
Laman dasar privasi Twitter telah dikemas kini untuk lebih mudah difahami dengan permainan yang menyeronokkan untuk belajar tentang privasi.
Aliran pelaporan baharu (Jun 2022)
Twitter mahu menjadikan proses pelaporan Tweet yang mungkin berbahaya atau berbunyi kesat lebih mudah untuk semua orang di seluruh dunia. Kemas kini baharu ini hadir selepas Twitter melihat laporan yang diambil tindakan telah meningkat sebanyak 50% semasa fasa ujian.
Reply Prompts (Februari 2022)
Selepas melihat bahawa orang menukar atau memadamkan lebih 30% balasan (reply) yang mungkin berbahaya dalam satu-satu masa apabila digesa dalam bahasa Inggeris dan 47% pula dalam bahasa Portugis (BR), Twitter melancarkan gesaan balasan (reply prompt) kepada semua orang dengan tetapan peranti mereka dalam bahasa Inggeris secara global, bahasa Portugis di Brazil, bahasa Sepanyol di Mexico, bahasa Turki di seluruh dunia, dan bahasa Arab di Arab Saudi.
Label Media Sensitif (Februari 2022)
Kini, pengguna Twitter boleh menambah amaran sekali sahaja pada Tweet foto dan video mereka yang mengandungi kandungan sensitif. Ciri ini kini tersedia secara global di laman web Twitter dan aplikasi Twitter di Android, manakala aplikasi Twitter di iOS masih pada tahap ujian.
Unmention (Julai 2022)
Sebuah kawalan baharu yang membolehkan pengguna untuk mengalih keluar diri secara senyap-senyap daripada sesuatu Tweet, bebenang atau perbualan tanpa pengetahuan orang lain.
Alatan baharu untuk pencipta kandungan di Twitter
Pencipta kandungan di seluruh dunia aktif dalam mendorong perbualan budaya di Twitter dengan berkongsi pandangan mereka dan membina komuniti di sekelilingnya. Twitter sedang membangunkan sesuatu yang baharu yang mementingkan pencipta kandungan; Twitter komited untuk membantu para pencipta kandungan di Malaysia dan juga di seluruh dunia dalam mencari suara tersendiri, membina jumlah pengikut, serta menyerlahkan perniagaan mereka.
Pada separuh pertama 2022, Twitter melancarkan laman web baharu untuk Twitter Create (yang dulu dikenali sebagai Twitter Media); sebuah destinasi baharu untuk pencipta kandungan mengakses sumber penciptaan kandungan, maklumat produk, dan petua yang terbaik, sambil turut berkongsi temu bual yang menampilkan pencipta kandungan di Twitter.
Menjadikan Twitter lebih mudah diakses
Twitter perlu boleh diakses oleh semua orang demi menyampaikan perbualan awam secara global. Twitter telah bekerja keras dalam membuat penambahbaikan pada ciri kebolehaksesannya, dengan tumpuan kepada media, termasuk:
Lencana teks ALT (April 2022)
Lencana ALT, yang menerangkan sesebuah imej untuk membantu meningkatkan kebolehaksesan, kini tersedia secara global pada iOS, Android dan twitter.com.
Togol Kapsyen Tertutup (Jun 2022)
Pilih dengan mudah sama ada Anda ingin memaparkan kapsyen tertutup (closed caption) atau tidak apabila melihat Tweet video dengan butang togol baharu. Tersedia secara global pada iOS, Android dan twitter.com.
Dengan tujuan membimbing perbualan awam di Twitter, Twitter akan terus berinovasi, membangunkan idea, dan ciri baharu yang memperkasakan orang ramai untuk menggunakan Twitter. Hal ini boleh membantu pengguna untuk berbual mengikut citarasa mereka sendiri dengan cara yang menyeronokkan dan lebih terkawal. Ikuti @Twitter untuk perkembangan terbaharu tentang kemaskini yang ada dengan #WhatsHappening di Twitter.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/barisan-ciri-dan-kemas-kini-baharu-twitter-untuk-warga-malaysia-pada-s1-2022/