Barang Yang Perlu Dibawa Untuk Mengembara Di Musim Sejuk


Barang yang perlu dibawa untuk mengembara di musim sejuk-Di sini saya kongsikan 15 barang yang perlu dibawa ketika mengembara dalam musim sejuk.

1. Winter coat / jacket
Kredit foto: http://images.starpulse.com
Dalam gambar ini dinamakan down jacket. Jaket jenis ini mampu menebat kesejukan. Selain daripada itu, down jacket juga kalis air.Ciri penting lain pada jaket adalah ada hood (penutup kepala). Hood melindungi kepala kita daripada tiupan angin yang sungguh dingin.Biasa juga dilihat winter coat dengan hood berbulu-bulu. Ini bukanlah untuk stail bergaya diva semata-mata. Bulu-bulu itu berfungsi menghalang angin dan memberi kehangatan yang lebih baik berbanding hood kosong.Ada banyak lagi pilihan winter coat selain down jacket. Ikut selera kita mahu yang bagaimana. Yang paling penting ia mesti mampu melindungi tubuh kita daripada kesejukan.—
2. Fleece jacket / sweater
Kredit: http://www.momofali.com
Fleece jacket / sweater yang diperbuat daripada kapas ataupun poliester ini dipakai di bawah winter coat. Terutama apabila suhu begitu rendah. Tetapi ada juga orang yang mampu bertahan hanya pakai winter coat tanpa fleece jacket. Terpulang pada ketahanan badan masing-masing.Fleece jacket juga berguna dipakai di dalam rumah, sekiranya cuaca amat sejuk dan heater yang dipasang tidak mencukupi.—
3. Thermal wear
Kredit: http://www.aliexpress.com
Thermal wear ataupun long john ini dipakai di bawah baju harian kita seperti t-shirt / kemeja / blaus. Oh, untuk kembara musim sejuk, elakkanlah pakai kemeja / blaus kerana nipis dan kainnya sejuk.Biasanya thermal wear dijual sepasang – baju dan seluar. Walau bagaimanapun, saya jarang pakai seluarnya kerana sukar untuk ke tandas, selain jadi tak muat pula nak pakai seluar biasa. Jadi, saya pakai seluar yang diperbuat daripada denim apabila keluar berjalan-jalan.Untuk perempuan, saya cadangkan pakai inner shirt nipis di bawah thermal wear supaya (1) melindungi kulit daripada gatal-gatal kerana ada thermal wear yang boleh menyebabkan kegatalan dan (2) hanya perlu tukar inner saja setiap hari – lebih nipis dan boleh dibawa sehingga lima helai untuk trip seminggu selain mudah dicuci. Tapi, tak perlulah cuci baju semasa trip winter. Kalau tiada mesin pengering, memang susah nak kering – dan ada potensi hapak!Satu lagi, inner shirt yang nipis itu taklah semahal thermal wear. Jadi, tentulah lebih baik beli dan bawa inner shirt banyak-banyak, daripada beli thermal wear banyak-banyak untuk dipakai pada setiap hari kembara, tapi hakikatnya itulah sekali saja tempoh memakainya dalam setahun.Walau bagaimanapun, ada juga thermal wear nipis iaitu Heattech daripada Uniqlo yang menggunakan teknologi Jepun.
Kredit: http://www.uniqlo.com
Jadi, untuk pakaian semasa musim sejuk, lapisan yang biasanya saya sendiri pakai adalah:Inner shirtThermal wearT-shirtFleece jacket / sleeveless down jacketWinter coat—
4. Topi
Sebagaimana hood, topi juga berfungsi melindungi kepala daripada kesejukan.
Ada pelbagai jenis winter hat, seperti yang biasa dipanggil snow cap ini:
Kredit: http://nirvannadesigns.comDan ada juga jenis yang siap dengan ear flaps seperti di bawah ini:
Kredit: http://nirvannadesigns.comMalah ada juga winter hat seperti gaya eskimo, Mongolia, China, dan Rusia. Itu semua bergantung pada gaya pilihan kita.

5. Thermal earmuffs
Kredit: https://bravastylefile.wordpress.com
Telinga adalah satu daripada pintu masuk suhu sejuk ke dalam badan. Jadi, telinga juga perlu dilindungi.Sekiranya kita tidak mahu pakai jaket dengan hood dan tidak suka topi dengan ear flaps, maka boleh pilih earmuffs sahaja.

6. Muffler scarf
Kredit: http://www.favecrafts.com
Selain telinga, leher juga perlu dilindungi sepanjang musim sejuk. Muffler adalah pelindung leher daripada ditembusi suhu sejuk yang boleh menyebabkan masalah pernafasan.Ada banyak jenis muffler. Saya cadangkan pakai yang diperbuat daripada benang kait kerana kurang gatal-gatal jika digunakan untuk menutup muka semasa angin bertiup kuat. Ada juga yang hanya guna shawl / pashmina tebal. Boleh juga.Ada lelaki kata, pakai muffler scarf ini macam perempuan. Hakikatnya, lelaki gagah berjambang di negara empat musim sana pun pakai juga. Demi kesihatan, bukan gaya semata-mata. Jadi, luaskan pemikiran kita dengan mengembara dalam suasana berbeza ya.—
7. Glove
Kredit: http://sa-impex.com
Amatlah penting sarung tangan yang sesuai dipakai dalam musim sejuk.Ada banyak jenis sarung tangan. Ada yang diperbuat daripada bulu kambing biri-biri (wool) dan ada juga daripada kulit. Terpulang kepada kita lebih selesa yang mana.Ada juga sekarang dijual glove yang ada fungsi boleh tekan skrin handfon. Ini disebabkan, apabila musim sejuk, untuk menggunakan handfon jadi sangat mencabar kerana perlu buka sarung tangan. Dengan adanya glove begini, tiada masalah lagi untuk guna Google Maps, hantar WhatsApp, mahupun kamera handfon sewaktu suhu di bawah 0 darjah Celcius.Kredit: http://www.prisjakt.nu—
TRAVELLER’S WORKSHOP: TRAVEL WRITING & PHOTOGRAPHY
19 DECEMBER 2015 | KAJANG, MALAYSIA—
8. Stoking
Kredit: http://porhomme.comSepanjang musim sejuk, pakailah stoking tebal yang diperbuat daripada wool.
Ada dua keperluan stoking. Yang pertama, untuk dipakai dengan kasut. Yang kedua, untuk dipakai semasa tidur.

9. Winter boots
Kredit: http://blog.tradetang.com
Untuk kembara dalam musim sejuk, sport shoes sahaja tidak mencukupi.Perlu pakai winter boots dan cari yang anti-slip terutama apabila mahu pergi ke tempat bersalji.Salji itu licin ya. Umpama berjalan di atas ais. Sport shoes walaupun hiking shoes amat tidak sesuai.Apabila membeli winter boots, pastikan ambil satu saiz lebih besar daripada saiz yang kita pakai kerana perlu pakai stoking wool yang tebal.—
10. Ubat-ubatan
Kredit: http://www.irishhealth.com
Disebabkan kita ini tidak biasa dengan cuaca di bawah 20 darjah Celcius, maka ubat-ubatan amat perlu dibawa sebagai persediaan kepada serangan penyakit yang tidak dijangka. Contoh penyakit paling biasa dalam musim sejuk ialah semput, demam, dan selsema + air hidung mengalir keluar tak henti-henti.Jika kita ada sejarah asthma, bawalah inhaler.Selain daripada itu, bawa minyak panas, balm, dan ubat-ubat seperti paracetamol dan ubat selsema anti-mengantuk. Yalah, kalau makan yang mengantuk, jadi kembara dalam bilik hotel sahajalah jawabnya.—
11. Krim / losyen muka dan badan.
Kredit: http://www.heartbowsmakeup.com
Ini juga satu perkara yang bukan hanya sesuai untuk orang perempuan.Dalam winter, kulit kita jadi sangat kering sehingga boleh menyebabkan gatal dan mengelupas. Ini disebabkan oleh dua keadaan. Yang pertama, disebabkan badan kekurangan air – dalam suhu sejuk, kita selalu terlupa mahu minum air. Yang kedua, disebabkan angin sejuk. Dua keadaan ini tidak peduli sama ada kita perempuan, lelaki, muda, tua, tourist, backpacker.Jadi, bawa losyen pelembab sebaiknya yang khas untuk extra dry skin dan jangan kedekut untuk guna. Guna saja, habis trip, habis satu botol pun tak mengapa. Tak payah bawa balik. Lebih baik daripada pulang ke Malaysia dengan kulit mengelupas sebagai ‘souvenir.’—
12. Lip balm / petroleum jelly
Kredit: http://beautyxpose.com
Ini satu lagi keperluan tanpa mengira jantina.Apabila badan kita mengalami dehidrasi, bibir juga akan jadi amat kering sehingga boleh luka hanya disebabkan mahu senyum!Jadi, lip balm ataupun petroleum jelly diperlukan untuk mengatasi dan merawat keadaan ini. Sentiasa bawa ke mana-mana, letakkan dalam day pack supaya sentiasa boleh sapu setiap kali bibir mengalami kekeringan.—
13. Flask
Kredit: https://www.gifts2indiaonline.com
Bawa flask untuk isi air panas dan jadi bekal sewaktu berjalan-jalan.Ada waktunya, badan kita tidak tahan sejuk walaupun sudah pakai baju berlapis-lapis. Maka, kita perlu minum air panas untuk meredakannya.Bagus juga untuk makan mi segera ataupun minum kopi 3 in 1 di mana-mana kita berhenti rehat.Tapi pastikan selepas buka, segera tutup semula kerana air panas jadi sangat cepat sejuk dalam suhu sejuk.Pilih flask bersaiz mudah diselitkan pada day pack dan yang terbaik adalah penutupnya boleh dibuat cawan.—
14. Cermin mata hitam
Kredit: https://www.sunsvision.com/
Walaupun matahari dalam winter tidak sesilau summer, cermin mata hitam tetap diperlukan untuk menghadang angin daripada menjadikan mata kering dan pedih.Baca di sini untuk tahu mengapa cermin mata hitam perlu untuk musim sejuk.Tidak perlu yang mahal dan berjenama. Yang RM10 pun okey. Asalkan mata dapat dilindungi.—
15. Heat pack
Kredit: http://magazine.tripzilla.comIni juga salah satu talian hayat kita apabila mengembara dalam musim sejuk.

Sumber : http://azuzafu.com



Visit: Wansite
Kredit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2017/07/barang-yang-perlu-dibawa-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umpama Di Eropah Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Umpama Di Eropah Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 289 hits
Musim sejuk telah mula melanda Thailand sejak semalam selepas suhu di negara itu dicatatkan semakin menyejuk dan purata taburan hujan menurun di bahagian atas negara tersebut Phuwiang Prakhammin Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand p...
Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 792 hits
Artikel ini menceritakan tips dari seorang pelajar yang berpengalaman bercuti di Turki pada musim sejuk selama 6 minggu Turki adalah salah sebuah dari negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk musim luruh musim panas dan musim bun...
Musim Melimbang Harta Karun Di Cengal

Musim Melimbang Harta Karun Di Cengal

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 306 hits
Dua setengah jam perjalanan tibalah di lokasi pencarian harta karun Merdeka com disambut ratusan sepeda motor dan beberapa mobil terparkir tak jauh dari lokasi Posisinya berada di perbatasan lahan perusahaan dan persawahan milik warga
Konsert Gegar Vaganza Musim Ke 6 Minggu Ke 3 Ameer Sofarz Tersingkir

Konsert Gegar Vaganza Musim Ke 6 Minggu Ke 3 Ameer Sofarz Tersingkir

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 715 hits
Gegar Vaganza musim ke 6 minggu ke 3 membuka tirai dengan persembahan Dayang Nurfaizah bersama penampilan Khas fesyen designer Dato Rizalman Dato Rizalman juga adalah juri jemputan Selepas 2 minggu kita dijamu dengan komen main2 dari juri j...
Marvel S Cloak Dagger Dibatalkan Selepas 2 Musim Di Freeform

Marvel S Cloak Dagger Dibatalkan Selepas 2 Musim Di Freeform

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 377 hits
Menjelang siaran perdana episod crossover diantara Cloak Dagger dan Marvel s Runaways Deadline melaporkan bahawa stesen penyiar Freeeform membatalkan semua siri superhero Marvel mereka Pembatalan tersebut hadir selepas penerbit eksekutif Je...
Musim Pelaporan Korporat Membantu Dolar As Untuk Pulih Euro Menjangkakan Mesyuarat Ecb Dan Pound Diniagakan Dalam Julat

Musim Pelaporan Korporat Membantu Dolar As Untuk Pulih Euro Menjangkakan Mesyuarat Ecb Dan Pound Diniagakan Dalam Julat

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 270 hits
Musim laporan korporat menyebabkan pertumbuhan indeks saham AS dan menyokong Dolar AS Oleh itu syarikat syarikat menunjukkan hasil yang lebih tinggi daripada ramalan pasaran Hari ini ketidakstabilan boleh meningkat pada penghujung hari Di A...
Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 339 hits
Jabatan Meteordologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan musim tengkujuh dijangka akan berlaku bermula pada 24 Oktober 2019 hingga Mac 2020 Lima hingga enam episod hujan lebat juga diramal akal berlaku dalam tempoh berkenaan Hujan lebat f...
Spr Siap Siaga Hadapi Prk Tanjong Piai Sepanjang Musim Tengkujuh

Spr Siap Siaga Hadapi Prk Tanjong Piai Sepanjang Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 281 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Semasa Musim Banjir Pastikan Anggota Keluarga Sentiasa Dipantau

Semasa Musim Banjir Pastikan Anggota Keluarga Sentiasa Dipantau

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 233 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia