Barang On Hold Kat Jnt Berhari Hari
Selepas lebih 10 hari barang on hold di J&T. Hari ni baru k.fiezz terima barangnya. Isi parcel ni cleansing balm Obsess. K.fiezz dah lama slow down jual barang-barang Obsess ni sebab k.fiezz susah nak jual. Mungkin k.fiezz tak reti nak jual atau buat promotion. Tak ada bakat meniaga. hehe. Nak promote, kena rajin share kat sosial media. Buat video, snap gambar produk & share kelebihan produk. Kalau yang jenis malas macam k.fiezz ni memang susah lah barang nak jual. adeh. Itu yang k.fiezz slow down jual produk Obsess ni.Bukan lah salah produk ni. Salah k.fiezz sebab malas nak buat effort untuk jual produk.
Habis dah slow down, yang ni order kenapa?
Ceritanya seorang pegawai tempat k.fiezz berminat nak cuba Cleansing Balm Obsess ni. Dekat k.fiezz memang dah habis stok cleansing balm obsess. K.fiezz try tanya leader kalau kat dia ada stok. Dia pun dah kehabisan juga. So beli kat Chief leader a.k.a manager team kitaorang.
K.fiezz order 11hb Januari. Lepas 2 hari, baru di pos. So tak apa lah k.fiezz agak sehari dua sampai lah cleansing balm obsess ni kat k.fiezz.
Tapi sangkaan meleset weiii..11 hari kena on hold di J&T. amikkk ko..
Lepas 2 hari baru post out parcel ni.
BARANG ON HOLD DI J&T
K.fiezz excited tunggu Cleansing Balm Obsess ni sebab ada potential customer yang kebetulan kerja sama tempat dengan k.fiezz berminat nak beli CB. Kalau kita kat tempat customer pun excited tunggu barang yang nak. Tapi excited tu jadi annoying bila barang sangkut weiii. Bukan sehari dua. Lebih 10 hari tau barang on hold di J&T. K.fiezz pun tak pasti kenapa barang on hold.
Parcel ni sebabkan nak cepat kononnya, k.fiezz terus buat alamat pejabat. Sampai je cleansing balm obsess ni, terus bagi kat officer k.fiezz. Gitu lah yang k.fiezz plan. Sekali bila barang on hold kat J&T berhari-hari, k.fiezz dah kebuntuan nak buat apa. Ada k.fiezz cuba call Customer Service tapi no response from number you've dial. haha. Bengang tu memang bengang. Tapi dah berusia ni, malas nak marah-marah.
K.fiezz #redha je barang ni hilang. Sejujurnya k.fiezz memang assume parcel ni hilang sebab berhari-hari status sama. K.fiezz duk syak, tinggal airwaybill dia je. Itu yang J&T scan on hold sampai berhari-hari.
Selepas lebih 10 hari tersadai kat hub J&T, cleansing balm obsess berjaya sampai ke tangan k.fiezz. Jumpa pun alamat.. haha.
Tapi officer k.fiezz dah beli cleansing balm obsess kat orang lain sebab k.fiezz kesian tengok dia tunggu lama sangat. So memang k.fiezz yang advice dia beli kat agen lain.
So tak apa lah yang ni buat stock kat tangan k.fiezz. Siapa berminat, boleh roger k.fiezz.
Pm kat facebook pun boleh - Fieza Sani..
Harga Cleansing Balm Obsess ni RM20/seketul. Ambil kombo 3 ketul RM57. Tak termasuk postage. Kos untuk postage tengok pada kawasan. Semenanjung atau Sabah Sarawak.
Lepas ni memang idak lah k.fiezz nak guna alamat pejabat untuk hantar barang. Memang buat alamat rumah je. Kat area rumah k.fiezz, J&T memang okey sangat. Budak kurier tu bila hantar barang kat rumah k.fiezz, tak payah nak call. Dia selit je kat celah pagar & hantar gambar melalui whatsapp. Budak kurier tu pun dah cam nama k.fiezz. hehe
JnT ooo JnT...ada setengah kawasan, okey sangat servis dia. ada pula kawasan lain, bertabah je lah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/01/Barang-On-Hold-Kat-JnT-Berhari-Hari.html