Bapak Udang Dari Endau
Assalamualaikum...
BAPAK beso! Udang ni kami pancing dari Pasar Endau semasa perjalanan pulang dari Kelantan. Memang setiap kali ke pantai timur, kami pasti akan singgah di Endau ini untuk melihat hasil laut yang ada. Walaupun masa tu tak ada tong polisterin untuk meletakkan hasil pancingan, gigih kami ke pekan Endau mencari polisterin baru. Walaupun boot kereta dah penuh, gigih tau Sk susun semula demi memuatkan tong polisterin nak letak bapak udang ni, hahaha
Tak silap Sk, jumlahnya ada 14 ekor semuanya. Dalam 14 ekor tu, lima ekor darinya lebih besar dari tapak tangan Sk, yang lain tu kecik sikit jer dari yang besar nak mampuih gedabak tu, haaa. Bila nak simpan tu, Sk bahagi dua bekas, setiap bekas ada tujuh ekor. Satu bekas tu dah selamat dimasak sambal beberapa minggu lepas.
Lepas tu, lupa terus kewujudan udang-udang tu, hahaha. Sebab, lepas tukan, raya haji. Jadi, asyik makan makanan raya, lepas tu asyik makan di luar sehinggalah semalam baru SK teringat nak memasak baki udang dari Endau ni. Pak Inche macam biasalah nak masak sambal tapi Sk kata, nak bagi adil, kali ni kena masak masakan kegemaran Sk dan Iman, Udang Masak Lomak Cili Api Stail Nogori, hehehe. Oh, ya, masak tujuh ekor, makan empat jer, ada lagi tiga ekor, malam ni panaskan, jadi tinggal goreng ikan masin dan telur dadar jer, cukup. Senang kerja Sk malam ni, hahaha. Iman kata, kuah bonda power! Well 😝😝😝😝😝
Resepi Udang Masak Lomak Cili Api Stail Nogori DI SINItapi yang ni Sk guna kaedah lain iaitu dengan mengisar kunyit, halia dan cili api. Bahan kisar dan serai, Sk renih dulu atas api kecil hingga cili masak barulah Sk masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan udang, bila udang dah bertukar warna, baru masukkan santan pekat dan asam gelugor serta daun kunyit. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/08/bapak-udang-dari-endau.html