Bapa Sakit Dialah Bantu Keluarga




KOTA BHARU - Rutin harian remaja berusia 16 tahun ini perlu bangun seawal jam 6 pagi dan menghantar tiga adik ke sekolah sebelum menguruskan keperluan bapa yang terlantar.


Alif Iqbal Fauzi kemudian keluar pula untuk mencari rezeki dengan menjual jagung madu di pasar malam bagi menampung hidup keluarganya di rumah sewa di Kampung Kota Jembal, Kedai Lalat.

Bapanya, Fauzi Mustpha, 55, lumpuh akibat serangan angin ahmar selain menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung serta memerlukan perbelanjaan ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang kira-kira RM100 sehari atau RM3,000 sebulan.

Alif Iqbal berkata, dia dan ibunya, Noor Razira Seman, 43, akan bangun awal pagi menyiapkan tiga adik berusia lima tahun yang bersekolah di Tadika Kemas dan berusia lapan dan 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.

“Selepas saya hantar mereka ke sekolah, saya akan pulang untuk bantu ibu urus bapa seperti lap badan, sedut kahak, menukar lampin serta memberi makan dan minum.

“Saya bantu kerana kudrat ibu sendirian tidak mampu untuk mengangkat atau mengalihkan badan bapa. Sudah selesai semua itu baharulah saya keluar siap-siap untuk berniaga jagung,” katanya ketika lawatan Presiden Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK), Pui Tiong Lam hari ini.

Alif Iqbal mempunyai susuk tubuh setinggi 150 sentimeter dengan berat 80 kilogram memungkinkan ramai yang tidak menjangkakan usianya masih muda dan wajar mendapatkan pendidikan demi masa depan namun persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 1 ditangguhkan akibat desakan itu.

“Saya minat dalam bidang automotif dan teringin untuk masuk ke sekolah vokasional namun ketika ini ibu bapa saya sedang susah dan sayalah sebagai anak sulung yang perlu memikul tanggungjawab menolong ibu bapa saya.

“Sebagai abang yang sulung juga saya perlu menjaga adik-adik. Mereka perlu diberi makan dan kalau saya tidak cari duit nanti mereka akan lapar,” katanya sayu sambil meneruskan kerja-kerja membersihkan jagung.

Alif Iqbal gigih membersihkan jagung sebelum direbus dan dijual di pasar malam untuk menampung perbelanjaan persekolahan adik-adik dan perubatan bapanya.
Alif Iqbal gigih membersihkan jagung sebelum direbus dan dijual di pasar malam untuk menampung perbelanjaan persekolahan adik-adik dan perubatan bapanya.
Katanya, proses menjual jagung rebus dilakukan seorang diri bermula dengan mengambil stok dua hari berniaga sebanyak 400 batang bekalan jagung daripada pembekal di Tumpat sebelum dibawa pulang dan dibersihkan di rumah di rumah neneknya di Kampung Gajah Mati, Wakaf Zin, Tawang Bachok.

“Selepas direbus saya akan membawa jagung ini ke Pasar Malam Padang Tembak, Pengakalan Chepa pada hari Isnin dan Rabu. Jagung madu dijual dengan harga tiga batang RM5, dapatlah untung bersih RM100 setiap kali berniaga.

“Modal saya guna niaga seterusnya dan baki duit saya bagi pada ibu untuk perbelanjaan ubatan bapa, makan minum dan persekolahan adik-adik. Kadang-kadang adik-adik datang tolong sebab mereka kumpul duit hendak beli basikal,” katanya.

Alif Iqbal menangguhkan sementara hasratnya untuk ke sekolah dan mencari rezeki dengan berniaga jagung madu di pasar malam Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Alif Iqbal menangguhkan sementara hasratnya untuk ke sekolah dan mencari rezeki dengan berniaga jagung madu di pasar malam Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Sementara itu, Noor Razira berkata, dia amat mementingkan pelajaran anaknya dan akan menghantar Alif Iqbal ke sekolah semula kelak.

Menurutnya, sebelum ini mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun terhenti sementara ditukar ke kategori pesakit kronik.

“Apabila suami dimasukkan ke wad, Alif Iqbal yang menjaga adik-adik. Dia memang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab walaupun baru berusia 16 tahun,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun Agro Bank Norazira Seman 2-00-6631-00032088-0 atau hubungi talian 0139957775.

Sumbar dari link ini







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/bapa-sakit-dialah-bantu-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Bapa Terlantar Sakit Sanggup Naik Ambulans Hadir Majlis Pernikahan Anak

Seorang Bapa Terlantar Sakit Sanggup Naik Ambulans Hadir Majlis Pernikahan Anak

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 279 hits
Pernikahan adalah detik terpenting bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga Perkara yang paling diharapkan oleh anak anak adalah kehadiran ibu bapa pada saat itu Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa dan masih sihat Oh...
Hukum Isteri Bantu Suami Sakit Ambil Wudhu Tanpa Lapik

Hukum Isteri Bantu Suami Sakit Ambil Wudhu Tanpa Lapik

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 350 hits
SOALAN Ayah saya sudah tidak larat untuk berjalan dan tangannya juga tidak kuat untuk bergerak bagi menyapu ke atas anggota wudhu Soalan saya jika mak saya tolong ambilkan wudhu untuk ayah saya seperti menyapu muka dan lain lain sah tak wud...
Abang Syed Saddiq Umum Sertai Umno Hari Bersejarah Untuk Saya Keluarga Dan Kawan Kawan

Abang Syed Saddiq Umum Sertai Umno Hari Bersejarah Untuk Saya Keluarga Dan Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 256 hits
POLITIK adalah pilihan peribadi Demikian kata Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mengenai keputusannya menyertai Umno pada Isnin Keputusan itu ternyata mengejutkan ramai kerana adiknya bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq merupakan ...
Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai Setuju

Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai Setuju

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 206 hits
Setelah Peguam Negara yang baharu dilantik ini permintaan terkini dari keluarga arwah Adib pada peguam negara Baca selanjutnya Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai SETUJU
Intip 5 Potret Keluarga Kecil Raisa Dan Hamish Daud Yang Tak Pernah Terekspos

Intip 5 Potret Keluarga Kecil Raisa Dan Hamish Daud Yang Tak Pernah Terekspos

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 391 hits
Sejak kelahiran sang anak Raisa dan Hamish tak pernah membagikan potret lucu Zalina secara terang terangnya Keduanya sepakat untuk tidak mempublikasikan wajah buah hatinya Namun kini momen kebersamaan keluarga kecil mereka kerap diunggah di...
Resmi Bebas Karen Agustiawan Pilih Berkumpul Dengan Keluarga

Resmi Bebas Karen Agustiawan Pilih Berkumpul Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 187 hits
Karen yang keluar dari lift Kantor Kejaksaan Agung lantai 2a terlihat menggunakan baju berwarna biru sambil ditemani suami anak serta cucunya tersebut Sambil melambaikan tangan ke awak media sambil tersenyum
Dituduh Rancang Rampas Kuasa 4 Kerabat Keluarga Diraja Arab Saudi Ditahan

Dituduh Rancang Rampas Kuasa 4 Kerabat Keluarga Diraja Arab Saudi Ditahan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1061 hits
SEORANG lagi ahli kerabat diraja telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi dalam komplot rampasan kuasa kerajaan negara teluk itu Tangkapan terbaharu itu melibatkan anak kepada adik raja yang juga bekas anggota perisikan tentera Putera Nayef ...
7 Fakta Calon Suami Vebby Palwinta Sosok Pria Yang Dekat Dengan Keluarga

7 Fakta Calon Suami Vebby Palwinta Sosok Pria Yang Dekat Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 327 hits
Hubungan keduanya selama ini tidak terlalu banyak mendapat sorotan Namun Vebby Palwinta dan Razi Bawazier terlihat sudah lama saling mengenal
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia