Hukum Isteri Bantu Suami Sakit Ambil Wudhu Tanpa Lapik



SOALAN:
Ayah saya sudah tidak larat untuk berjalan dan tangannya juga tidak kuat untuk bergerak bagi menyapu ke atas anggota wudhu’. Soalan saya, jika mak saya tolong ambilkan wudhu’ untuk ayah saya seperti menyapu muka dan lain-lain, sah tak wudhu’ ayah saya?

JAWAPAN:
Sikap tolong-menolong dalam perkara kebaikan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam Islam lebih-lebih lagi budaya itu disemai dalam ruang lingkup keluarga yang melibatkan suami isteri, adik-beradik, dan anak-beranak.

Berdasarkan situasi di atas, hukum asal bagi seorang isteri yang menyentuh suaminya atau lelaki ajnabiy yang sudah berwudhu’ tanpa berlapik ialah batal. Perkara ini jelas disebut di dalam kitab-kitab mazhab Syafie bahawa tidak kira sama ada sentuhan itu berlaku secara sengaja, tidak sengaja, bersyahwat ataupun tidak, hukumnya mutlak tetap batal. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/63)

Dalil yang digunakan seperti mana firman Allah SWT tatkala memperihalkan keadaan yang membatalkan wudhu’:

أَوْلَامَسْتُمُ النِّسَاء
“Atau kamu menyentuh perempuan…” (Surah al-Nisa’: 34)

Namun begitu, Islam dengan sifat anjalnya memberikan pengecualian hukum asal mengikut kepada keperluan dan hajat di samping tetap menjaga keaslian prinsipnya. Pengecualian diberikan berdasarkan kaedah fiqh yang menyebut:

إذا ضاق الأمر اتسع وإذا اتسع ضاق
“Ketika dalam kesempitan, diberikan keringanan (rukhsah). Apabila hilang kesempitan, kembali kepada hukum asal.”

Penetapan kaedah ini ditetapkan para ulama’ berdasarkan pelbagai ayat al-Quran dan hadith yang menunjukkan Syariah memberikan jalan keluar dan penyelesaian kepada beberapa keadaan yang mendesak. Contohnya ayat al-Quran yang menyebut:

يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّما بُعِثْتُم مُيَسِّرينَ ولَمْ تُبْعَثوا مُعَسِّريْنَ
“Sesungguhnya kalian diutuskan untuk menjadi pemudah cara bukan memberi kesusahan dan kesukaran.” [Riwayat al-Bukhari (220)]

Dalam situasi di atas, sebagai jalan keluar kepada permasalahan yang menimpa suaminya, kami mengatakan wudhu’ suaminya tetap sah mengikut kepada maslahah dan situasi tersebut. Pandangan ini juga merupakan sebahagian daripada pendapat lemah dalam mazhab Syafie seperti dinukilkan oleh Imam Nawawi (wafat 676H) bahawa sentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu’. (Lihat: al-Majmu', 2/24)

Selain itu, mazhab Hanafi juga ada menyebut bahawa persentuhan di antara lelaki perempuan termasuk suami isteri tidak membatalkan wudhu’ secara mutlak. Hujahnya, mereka menafsirkan zahir ayat “menyentuh” kepada maksud bersetubuh. Tafsiran sebegini juga dipilih oleh Ibn Abbas R.A. (Lihat: al-Bahru al-Raiq, 1/47)

Walau bagaimanapun, keluasan yang diberikan untuk mengikut pendapat lemah dalam mazhab Syafie mahupun mazhab Hanafi tidaklah bersifat mutlak sebaliknya terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipenuhi seperti ketiadaan orang lelaki, mahram (anak atau adik-beradik) ataupun ketiadaan sarung tangan (jika isterinya sendiri yang hendak melakukan). Ini jelas berdasarkan konsep kaedah Fiqh yang menyebut,

الضرورة تقدر بقدرها
“Keadaan darurat diharuskan mengikut kadarnya sahaja (tidak boleh berlebihan).”

Prinsip seperti ini sewajarnya dipegang oleh masyarakat Muslim demi memastikan aturan dan pelaksanaan Syariah dalam kehidupan seharian sentiasa tampak teratur dan tersusun dalam masa yang sama mengelakkan sikap bermudah-mudah dalam urusan agama.

Berdasarkan situasi di atas, kami cenderung mengatakan bahawa perkara ini boleh mendapat rukhsah atau keringanan dalam Syarak. Walau bagaimanapun, hendaklah aturannya mengikut pertimbangan maslahah-mudarat beserta garis panduan yang diletakkan supaya tidak termasuk dalam perbuatan bermain-main dan talfiq yang bermudah-mudah dalam urusan agama.

Wallahua'lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-isteri-bantu-suami-sakit-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Minta Hadiah Pujian Kalau Suami Luang Masa Bantu Apa Yang Patut Isteri Pun Tambah Sayang

Isteri Tak Minta Hadiah Pujian Kalau Suami Luang Masa Bantu Apa Yang Patut Isteri Pun Tambah Sayang

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 334 hits
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri Dalam hubungan suami isteri ada masanya kita alami satu perselisihan faham yang kecil Maklum sahaja bila dengan orang yang tersayang dia punya kecil hati tu cepat je walaupun k...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 596 hits
Kematian ahli keluarga yang tercinta semestinya merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan Seperti seorang isteri yang kehilangan suaminya perasaan tersebut sudah pasti akan memberi kesan mendalam kepada seseorang Segala kenangan manis ...
Tak Boleh Kongsi Sakit Bersalin Suami Jaga Isteri Berpantang Untuk Balas Pengorbanan

Tak Boleh Kongsi Sakit Bersalin Suami Jaga Isteri Berpantang Untuk Balas Pengorbanan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 370 hits
Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga Kadang kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah b...
Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 2090 hits
Pasti ramai yang terbaca kisah suami susah bangun solat subuh dan suami malas bangun pagi dan macam macam lagi Begitu juga ada yang tertanya apakah hukum isteri kejut suami untuk menunaikan solat dan sebagainya serta apakah hukum suami iste...
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 413 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Isteri Lebih Cepat Mati Kalau Hari Hari Hadap Suami Yang Pemalas

Isteri Lebih Cepat Mati Kalau Hari Hari Hadap Suami Yang Pemalas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 261 hits
Mana mana wanita yang memiliki suami yang pemalas boleh makan hati Hanya kesabaran demi kesabaran sahajalah yang boleh menyelamatkan rumahtangga yang terbina Tanpa kesabaran yang kuat silap haribulan rumahtangga boleh goyah Sikap pemalas ya...
5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 318 hits
Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan Lebih lebih lagi jika ini adalah kandungan pertama Walaupun setiap pengalaman bersalin ibu adalah berbeza namun rata rata pasti ramai yang bersalin no...
Macam Mana Baik Pun Suami Kita Isteri Kena Ada Income Sendiri

Macam Mana Baik Pun Suami Kita Isteri Kena Ada Income Sendiri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 240 hits
Gambar hiasanIni betul baik macam mana pun suami kita tolonglah jangan malas jaga penampilan diri dan tak ragu ragu nak cari income sendiri Bukan nak menghasut benda tak elok tetapi ujian kahwin di depan sana macam macam Kalau pun suami kit...
Suami Jangan Mengadu Kalau Isteri Dah Tak Cantik Selekeh Mereka Berkorban Demi Tanggungjawab

Suami Jangan Mengadu Kalau Isteri Dah Tak Cantik Selekeh Mereka Berkorban Demi Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 336 hits
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik selekeh mula menjerit asyik marah marah selalu mengadu sakit sakit layanan mereka tidak sempurna Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu Jawab saya cuba kit...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang