Banyak Persoalan Adakah Ending The World Of The Married Bakal Berbeza Dengan Drama Asal Doctor Foster


Selepas memasuki separuh akhir tayangan, semakin ramai yang tertanya-tanya kesudahan yang akan disajikan oleh “The World Of The Married”. Adakah ia akan mengambil simpang yang berlainan daripada drama adaptasi asalnya iaitu “Doctor Foster”?
Persamaan dengan “Doctor Foster” Kalau anda nak tahu, jalan cerita musim pertama “Doctor Foster” sudah pun habis dihadamkan sehingga ke episod ke-6 “The World Of The Married”. Di mana Ji Sun-woo mula sedar bahawa suami kesayangan rupanya bermain kasih dengan perempuan lain di belakangnya dan perkara nista ini diketahui oleh kenalan di sekelilingnya. Disebabkan berasa dikhianati, doktor tersebut telah memulakan pelan balas dendamnya bagi menjatuhkan Lee Tae-oh.
Plot musim kedua “Doctor Foster” juga dapat dilihat dalam drama Korea ini apabila lelaki durjana itu pulang semula ke Gosan bersama isterinya, Yeo Da-kyung dan anak mereka iaitu Jenny. Dalam cerita asal, Simon telah membeli rumah mewah baru bersama perempuan simpanannya iaitu Kate dan kembali menetap di bandar yang diduduki oleh bekas isteri dan anaknya. Bahkan, babak Lee Tae-oh menjemput anak lelakinya ke majlis kepulangan di rumah barunya adalah sama dengan drama asalnya.

Jun-young watak penting dalam perkembangan drama Walaubagaimanapun, bermula daripada titik itu, terdapat sedikit kelainan dalam perkembangan cerita “The World Of The Married” daripada “Doctor Foster”. Kunci utamanya terletak pada watak Lee Jun-young, anak lelaki Ji Sun-woo dan Lee Tae-oh yang menyebabkan rasa ingin tahu penonton memuncak dalam meramalkan kesudahannya. Perangainya yang lebih memenangkan ayahnya buat masa ini adalah sama dengan watak anak lelaki dalam “Doctor Foster”.
Pun begitu, kalau nak dibandingkan dengan yang asal, Jun-young nampaknya lebih bergantung kepada Lee Tae-oh adalah kerana ibunya yang terlampau sibuk untuk meluangkan masa dengannya. Bahkan, faktor utama yang menyebabkan dia mempunyai hubungan sayang-benci dengan Ji Sun-woo adalah lebih kompleks daripada drama asal lantas membuka banyak kemungkinan kepada penghujung ceritanya.

Tambahan pula, individu di United Kingdom tidak lagi bergantung dengan ibu bapa mereka bermula umur 16 tahun namun tidak di Korea. Menurut persekitaran norma, remaja di Korea hanya bebas pada usia 19 tahun lantas mematahkan ramalan bahawa dia akan mengikut cerita asal di mana anak lelaki tersebut hidup sendiri dan jauh daripada kedua ibu bapanya pada penghujung drama “Doctor Foster”.
Oleh sebab itu, Jun-young merupakan watak yang penting dalam menentukan sama ada ia akan mengikut plot cerita asal atau sebaliknya.
Adakah watak lain akan berubah arah? Selain itu, Lee Moo-saeng yang merupakan antara penyokong rapat Ji Sun-woo juga tidak dapat diramal perkembangan wataknya dalam drama ini. Ini kerana wataknya adalah sangat berlainan daripada apa yang ditonjolkan dalam “Doctor Foster”. Tidak pasti sama ada dia akan terus ‘membantu’ doktor wanita itu atau pun bakal menikam belakangnya suatu hari nanti.

Bagi penonton setia “The World Of The Married”, anda mesti tahu bahawa watak Yeo Da-kyung mempunyai kehadiran yang sangat penting sebagai perempuan yang mebolak-balikkan rumah tangga Ji Sun-woo pada awalnya. Ada yang menebak bahawa wanita ini mungkin berpaling daripada kesetiannya dengan Lee Tae-oh dan berjabat tangan dengan Ji Sun-woo, secara tak langsung membawa sinergi baru kepada perkembangan drama ini.

Kesudahan “Doctor Foster” Tambahan pula pada penghujung musim kedua “Doctor Foster”, digambarkan bahawa si suami telah melakukan kerja gila dengan menyerang bekas isterinya di hadapan anak mereka. Walaubagaimanapun, dengan stigma orang Korea yang tidak bersetuju dengan adegan seperti ini, berkemungkinan besar “The World Of The Married” tidak akan menyajikan pengakhiran yang sama.
Oleh kerana “The World Of The Married” merupakan drama semusim sahaja, sudah pasti ia tidak akan meninggalkan penonton dengan ‘penutup terbuka’ pada episod akhir nanti. Jadinya, para peminat drama ini berharap agar ia dapat memberikan kesudahan yang mampu melegakan hati mereka selain berdoa semua watak antagonis mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan jahat mereka.

Dengar cerita skrip drama ini sudah pun ditulis sehingga episod ke ahirnya, jadi sama-samalah kita nantikan perkembangan kisah ini yang hanya tinggal lagi 4 episod sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/banyak-persoalan-adakah-ending-the-world-of-the-married-bakal-berbeza-dengan-drama-asal-doctor-foster/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok The World Of The Married

Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok The World Of The Married

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 540 hits
Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok THE WORLD OF THE MARRIED Mengisahkan Sun Woo seorang doktor yang mempunyai segalanya kekayaan bahagia bersama suami yang ada rupa dan mempunyai seorang anak lelaki sampai la satu hari Sun Woo dapat tahu ...
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 810 hits
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon Drama terbaru yang bersiaran mulai 27 Mac 2020 Drama The World Of The Married akan bersiar sebanyak 16 episod penuh Drama ini adalah adaptasi drama britain berjudul Doctor Fo...
Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 556 hits
Apalah jampi yang dipakai oleh The World Of The Married ini sampaikan semua orang tak berhenti menyebut tentang drama tersebut siang dan malam Walaupun memulakan cerita dengan kisah pengkhianatan di antara pasangan suami isteri tetapi setel...
Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 476 hits
Sudah pun dijangka sebelum ini The World Of The Married kini sudah berjaya mencipta sejarah baru dalam industri drama Korea Disebabkan oleh plotnya yang mendebarkan sejak daripada episod awal lagi drama ini telah menjadi kegemaran ramai di ...
Awal Dibenci Kini Dikasihani Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam The World Of The Married

Awal Dibenci Kini Dikasihani Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam The World Of The Married

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 356 hits
Fenomena The World Of The Married nyata telah mengganas bukan sahaja di Korea bahkan di seluruh pelosok dunia Bahkan rakyat Malaysia sendiri nampaknya dah tenggelam sekali dengan kehebatan drama ini sehingga banyak entri mengenai naskhah in...
Berlakon Sendiri Babak Terjun Laut Kim Heeae Lee Moosaeng Nyaris Dibawa Ombak Deras Dalam The World Of The Married

Berlakon Sendiri Babak Terjun Laut Kim Heeae Lee Moosaeng Nyaris Dibawa Ombak Deras Dalam The World Of The Married

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 444 hits
Semakin menghampiri ke penghujungnya semakin mendebarkan drama The World Of The Married Dengan pelbagai spekulasi dan tebakan penonton tiada siapa tahu kesudahan nasib Ji Sun woo Lee Tae oh dan Yeo Da kyung Episod ke 14 baru baru ini menyaj...
Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 519 hits
Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang sangat konservatif dan sering mengkritik sesiapa yang melanggar undang undang negara itu tambahan lagi sekiranya ia melibatkan selebriti Terbaru pelakon remaja yang kian popular menerusi drama The ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking