Berlakon Sendiri Babak Terjun Laut Kim Heeae Lee Moosaeng Nyaris Dibawa Ombak Deras Dalam The World Of The Married


Semakin menghampiri ke penghujungnya, semakin mendebarkan drama “The World Of The Married”. Dengan pelbagai spekulasi dan tebakan penonton, tiada siapa tahu kesudahan nasib Ji Sun-woo, Lee Tae-oh dan Yeo Da-kyung.
Episod ke-14 baru-baru ini menyajikan penonton dengan sisi lemah Ji Sun-woo selepas sering tampil kuat ketika menghadapi pelbagai kesusahan sebelum ini. Dek kecewa dengan nasibnya, doktor itu mengambil keputusan drastik dengan cuba melemaskan dirinya dalam laut yang berombak deras namun sempat diselamatkan oleh Kim Yoon-ki.

Sesiapa yang menonton adegan meruntun jiwa tersebut pasti dapat meyaksikan air laut yang mengganas dan nampak berbahaya itu. Mengagumkan kerana kedua-dua pelakon berbakat itu telah melakonkannya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
Pun begitu, seorang wakil daripada institusi menyelam yang berada di kawasan penggambaran di Pantai Hajodae, bandar Gangneung itu telah menceritakan situasi mencemaskan yang berlaku.
Terdapat situasi di mana kami terpaksa menyelamatkan pelakon tersebut daripada dibawa arus deras. Namun pasukan penyelamat sempat menarik mereka daripada dihanyutkan lebih jauh.

Kedua-dua pelakon tak berhenti mengucapkan terima kasih kepada para penyelamat yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan mereka. Malah, Lee Moo-saeng tidak berhenti mengucapkan terima kasih dan sering memanggil pasukan itu sebagai penyelamat hidupnya.
Penonton yang menyaksikan situasi bahaya itu telah meluahkan rasa risau mereka selain memuji kedua-dua teraju tersebut kerana mengambil serius mengenai tanggungjawab mereka sebagai pelakon dan mahu memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.
Semua penonton boleh nampak yang ombaknya adalah tinggi dan deras.
 
Situasi tersebut nampak sangat berbahaya tetapi mengetahui bahawa Kim Hee-ae dan Lee Moo-saeng tidak menggunakan pelakon ganti membuatkan mereka nampak sangat hebat.
 
Saya ingatkan mereka gunakan pelakon lagak ngeri atau sunting babak tersebut dengan efek, tak sangka langsung…
 
Nasib baik pihak produksi menyedari betapa bahayanya situasi tersebut dan mengupah pasukan penyelamat untuk para pelakon…
 
Saya lega Kim Hee-ae dan Lee Moo-saeng baik-baik sahaja…
Berdebar jantung masa tengok babak ni!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/berlakon-sendiri-babak-terjun-laut-kim-heeae-lee-moosaeng-nyaris-dibawa-ombak-deras-dalam-the-world-of-the-married/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 841 hits
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon Drama terbaru yang bersiaran mulai 27 Mac 2020 Drama The World Of The Married akan bersiar sebanyak 16 episod penuh Drama ini adalah adaptasi drama britain berjudul Doctor Fo...
Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 511 hits
Sudah pun dijangka sebelum ini The World Of The Married kini sudah berjaya mencipta sejarah baru dalam industri drama Korea Disebabkan oleh plotnya yang mendebarkan sejak daripada episod awal lagi drama ini telah menjadi kegemaran ramai di ...
Akhirnya Tamat Ini 11 Quotes Menohok Dari Drama Korea The World Of The Married Mana Favoritmu

Akhirnya Tamat Ini 11 Quotes Menohok Dari Drama Korea The World Of The Married Mana Favoritmu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 1233 hits
Kutipan yang akan menyadarkanmu tentang realita percintaan dan rumah tangga yang nggak selalu indah
Awal Dibenci Kini Dikasihani Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam The World Of The Married

Awal Dibenci Kini Dikasihani Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam The World Of The Married

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 379 hits
Fenomena The World Of The Married nyata telah mengganas bukan sahaja di Korea bahkan di seluruh pelosok dunia Bahkan rakyat Malaysia sendiri nampaknya dah tenggelam sekali dengan kehebatan drama ini sehingga banyak entri mengenai naskhah in...
Harga 13 Tas Mewah Dalam The World Of The Married Hampir Semua Koleksi Pribadi Pemainnya

Harga 13 Tas Mewah Dalam The World Of The Married Hampir Semua Koleksi Pribadi Pemainnya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 438 hits
Tahukah kamu kalau harga tas yang sering ditenteng Ji Sun woo dan Da Kyung ini lagi jadi sorotan banget
Rating The World Of The Married Pecah Rekod Peribadi Rating The King Eternal Monarch Raih Rekod Terendah

Rating The World Of The Married Pecah Rekod Peribadi Rating The King Eternal Monarch Raih Rekod Terendah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 472 hits
Dengan hanya satu sahaja lagi episod yang tinggal The World Of The Married terus mengganas dan membuatkan penonton tak senang duduk untuk menyaksikan kesudahannya Pecah rekod peribadi Betapa hebatnya drama ini sehingga episod ke 15 yang dit...
The World Of The Married

The World Of The Married

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 483 hits
The world of the marriedWhat happens when you found out your partner cheat on you Episode 16Network JTBCCast Kim Hee Ae Park Hae Joo Han So HeeRating 5 5Obviously it s a story about the married world It tells a story of Ji Sun Woo who has a...
Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 564 hits
Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang sangat konservatif dan sering mengkritik sesiapa yang melanggar undang undang negara itu tambahan lagi sekiranya ia melibatkan selebriti Terbaru pelakon remaja yang kian popular menerusi drama The ...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah