Banyak Kebaikan Dibuat Siti Sarah Secara Senyap Duit Bulanan Diguna Untuk Sedekah Shuib



Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah secara senyap, duit bulanan diguna untuk sedekah.  Ketika mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, Shuib tidak memiliki apa-apa sehinggakan dia terpaksa berhutang pemberian mas kahwin kepada isterinya itu.
Kesulitan dan kepayahan yang dilalui Shuib, bagaimanapun, tidak pernah menyebabkan Siti Sarah mengeluh, jauh sekali menyesali perjalanan hidupnya.
Bahkan, Siti Sarah nekad dan berikrar untuk menemani suami tercinta melayari bahtera rumah tangga mengikut kemampuan mereka.
“Dalam apa sahaja keadaan baik susah dan senang, Siti Sarah tidak pernah tinggalkan saya. Dia tidak pernah malu teman saya berniaga di pasar malam ketika sedang hamil walaupun namanya popular sebagai artis.
“Saya kagum dengan kesetiaannya pada saya, sentiasa beri saya sokongan dan kekuatan. Apa sahaja kejayaan saya hari ini adalah kerana tuah dia. Saya tidak malu mengakui saya berkongsi tuah isteri saya,” kata Shuib dalam perkongsian secara langsung di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Dalam perkongsian yang ditonton oleh lebih 600,000 orang itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, sepanjang 11 tahun hidup bersama suami isteri, Siti Sarah adalah seorang isteri yang sangat setia, taat dan begitu menghormati suaminya.
Paling menyentuh emosi Shuib ialah, Allahyarham isterinya itu tidak pernah berkira soal duit ringgit, tenaga dan kasih sayang dengannya.
“Terima kasih pada 11 tahun yang luar biasa buat isteri saya. Dia tidak pernah berkira dengan sedekah jariah. Rupa-rupanya banyak kebaikan dibuatnya dalam senyap. Duit yang saya bagi pada dia disalurkan pada sedekah dan kerana kemuliaan dia, Allah kurniakan saya rezeki yang melimpah ruah,” cerita Shuib dalam nada sebak.
Shuib membuat perkongsian itu lima jam selepas isterinya, penyanyi Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Penghibur yang pernah popular menerusi lagu Kesetiaan itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun akibat jangkitan COVID-19.
Selain Shuib, Allahyarham Siti Sarah juga meninggalkan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 dan bayi lelaki Ayash Affan yang dilahirkannya pada Jumaat lalu.
Berlapang dada dan redha menerima ketentuan Ilahi, Shuib berkata, kehilangan Siti Sarah membuatkan dia semakin memahami bahawa isteri yang Allah kurniakan itu hanyalah pinjaman semata-mata.
“Saya semakin sedar bahawa isteri bukan milik saya, dia milik Allah. Isteri saya hanya dipinjamkan untuk 11 tahun sahaja, namun 11 tahun yang luar biasa.
“Saya redha menerima ketentuan ini dan dalam masa sama saya amat mencemburui pemergian isteri saya dalam husnol khotimah. Saya pernah bergurau dengan arwah isteri saya bahawa saya mahu meninggal dunia dalam syahid.
“Rupa-rupanya dia yang ‘pergi’ syahid, dia dapat layanan istimewa daripada Allah. Dasyhatnya pemergian Siti Sarah Raissuddin ini. Satu persatu Allah permudahkan,” ujar Shuib lagi.
Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah secara senyap, duit bulanan diguna untuk sedekah
Baca Artikel Menarik :
Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol Layari Laman Facebook MYKMU
Beritahu hal sebenar kepada anak-anak, ujian paling besar

The post Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah secara senyap, duit bulanan diguna untuk sedekah – Shuib appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/09/banyak-kebaikan-dibuat-siti-sarah-secara-senyap-duit-bulanan-diguna-untuk-sedekah-shuib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 436 hits
Shuib kelihatan sedih selepas selesai menguruskan pengkebumian jenazah isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak Kuala Lumpur Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius m...
Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 297 hits
Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah Pelawak Shuib menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di ...
Arwah Siti Sarah Sedekah Tudung Kepada Jururawat Sebelum Koma

Arwah Siti Sarah Sedekah Tudung Kepada Jururawat Sebelum Koma

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 458 hits
Arwah Siti Sarah sedekah tudung kepada jururawat sebelum koma Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir Segala kebaikan dilakukan arwah Siti Sarah secara senyap...
Siti Sarah Meninggal Dunia Isteri Shuib Sepahtu Pergi Selamanya Kerana Covid 19 Al Fatihah

Siti Sarah Meninggal Dunia Isteri Shuib Sepahtu Pergi Selamanya Kerana Covid 19 Al Fatihah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 1585 hits
Siti Sarah MENINGGAL DUNIA isteri Shuib Sepahtu pergi selepas bersalin kerana Covid 19INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI UN AL FATIHAH Selepas Solat Subuh si suami beritahu Siti Sarah meninggal dunia Saya macam HA BETUL KE SERIUS NI ABANG TIPU Say...
Bakal Disemadikan Di Gombak Shuib Tunai Hasrat Siti Sarah

Bakal Disemadikan Di Gombak Shuib Tunai Hasrat Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 219 hits
TANGKAP layar video Shuib mengucapkan terima kasih atas semua doa yang dititipkan ramai untuk arwah isterinya KUALA LUMPUR Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak selepas semua...
Y0utuber Bvatm0dal Atas Pemerglan Arwh Siti Sarah Shuib Dan Sharnaaz Mula Bersuara

Y0utuber Bvatm0dal Atas Pemerglan Arwh Siti Sarah Shuib Dan Sharnaaz Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 484 hits
T indakan seorang YouTuber menjadikan video dirinya melawat tempat pengeb umian penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang mening gal dunia semalam sebagai kandungan di dalam laman YouTubenya mendapat kec aman orang ramai
Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 451 hits
Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai Sebelum majlis bacaan Yasin ini doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik VIDEO SEHINGGA kira kira pukul 8 malam Ahad ta...
Hiburan Disertai Shuib Allahyarham Siti Sarah Selesai Dikebumikan

Hiburan Disertai Shuib Allahyarham Siti Sarah Selesai Dikebumikan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 377 hits
Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah Raissuddin akibat komplikasi COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDitidurkan selepas paras oksigen rendah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 5 13 pagi tadi...
Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 557 hits
SHUIB bercerita tentang nama pilihan Siti Sarah untuk anak keempat mereka Ayash Affan malam tadi S PETALING JAYA Dilahirkan dua bulan awal bahkan dua bulan juga mungkin akan terus berjuang bayi lelaki Siti Sarah yang terpaksa dilahirkan sec...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025