Banyak Banyak Isu Amanah Juga Ditegur Mufti Perlis



Fb Elly Yusof
1. Dengan tak semena-mena, mufti sebuah negeri di utara berbicara tentang Amanah secara khusus melalui tiga klip video. Video gelap kerana tak cukup cahaya itu menampilkan mufti terbabit bersama seorang individu lain sebagai pengacara. Kalimah paling kerap yang mereka berdua sebut dalam semua klip video itu ialah kalimah Amanah. Bukan amanah sifat rasul itu, tapi parti Amanah.
2. Sebelum terlupa, izinkan saya untuk berterima kasih dalam lima perkara kepada mufti terbabit. Pertama, kerana sudi berbicara tentang Amanah secara ekslusif. Kedua, kerana sudi menyebut Amanah dengan akronim yang betul. Ketiga, kerana tidak menyamakan Amanah dengan “janda tak boleh pakai” seperti akhbar parti itu. Keempat, kerana sudi meluang masa berharga mufti untuk menyinggung peranan Amanah. Kelima, kerana sudi memberi perhatian secara langsung kepada gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dipelopori oleh Amanah.
3. Lima terima kasih itu sempena lima rukun Islam, lantaran saya begitu teruja dengan isi kandungan wawancara berkenaan. Sejujurnya, klip video wawancara itu begitu menghiburkan hati kami orang-orang Amanah. Berpeluang juga untuk kami berbisik, “Oh, parti kami yang tidak setara mana ini, berusia setahun jagung, tidak dibarisi oleh tokoh-tokoh gah dan hebat diberi perhatian oleh mufti paling hebat di negara ini. Hah…!”
4. Terima kasih mufti. Selepas kehadiran mufti ke Kongres Maruah Melayu yang mufti turut menjulang tangan bersama beberapa orang pemimpin Melayu lain, dan mufti memberi komen, ucapan PM tak cukup perisa, saya fikir mufti tentu akan berbicara tentang parti penganjur kongres itu. Atau berbicara naratif Melayu terancam, tapi sangkaan saya meleset apabila mufti berbicara tentang Amanah.
5. Disela-sela hiruk-pikuk maruah Melayu terancam, dan lebih berperisa lagi jika disebut Islam terancam, Amanah juga yang mufti ingat. Bukan sekadar kalimah Amanah berlegar-legar dalam ruang fikir mufti, bahkan mufti sudi bervideo khusus tentang Amanah. Padahal, mufti boleh menyinggung parti lain yang lebih hebat dan senior, tetapi Amanah yang mufti sebut dengan fasih berulang-ulang kali. Hal ini tentulah layak saya kalungkan terima kasih sekali lagi untuk mufti.
6. Mufti pun tahu, isu Zakir Naik sudah ada keputusan kerajaan. Pendirian Amanah sama dengan pendirian kerajaan yang diumum oleh PM. Tidak lebih dan tidak kurang kerana Amanah sebahagian daripada kerajaan. Namun mufti masih mahu Amanah bersuara juga walaupun kerajaan sudah bersuara. Nampak…! Besarnya kedudukan Amanah pada penilaian mufti. Berharganya suara Amanah kepada mufti. Jika saya tidak berterima kasih kepada mufti dalam hal ini, saya memang seorang yang tidak tahu menilai jasa mufti.
7. Demikian dengan isu komik yang diedar di sekolah di Pulau Pinang. Menteri Pendidikan sudah mengeluarkan pekeliling mengenainya kerana itu memang bidang kuasa menteri terbabit. Menteri Amanah tidak ada seorang pun yang terlibat secara langsung dalam hal itu. Tak manislah kalau menteri Amanah campurtangan dan membuat kenyataan merentas kementerian.
8. Namun begitu, mufti tetap mahu Amanah bersuara juga. Padahal secara kolektif, suara Menteri Pendidikan adalah suara kerajaan. Itulah juga suara Amanah yang menjadi sebahagian daripada kerajaan. Tak perlu lagi tahsil al-hasil, yakni buat kerja yang sudah dibuat oleh orang lain. Tapi mufti tanya, mana suara Amanah? Suara Amanah juga yang mufti mahu dengar. Betapa kembangnya hati saya orang Amanah apabila mufti begitu menghargai Amanah. Saya balas penghargaan itu dengan ucapan terima kasih sekali lagi.
9. Akhirnya, kenyataan mufti tentang hal ini paling saya kagumi, iaitu apabila mufti kata, Amanah paling setia dengan DAP. Menurut mufti Amanah tak pernah membantah DAP dalam semua hal. Kenyataan ini begitu melegakan saya kerana selama ini kami dilabel barua DAP dan banyak lagi label negatif lain. Tapi, apabila mufti guna kalimah setia, dan mufti kagum dengan kesetiaan Amanah, mufti telah membersihkan Amanah daripada label barua.
10. Setia dalam bahasa Arab ialah al-wafa’. Orang Islam diperintah setia dengan janji dan sebarang kontrak. Lawan al-wafa’ ialah al-khianah. Syukur, kami diberi bintang setia oleh mufti yang sehebat mufti itu. Belum ada mana-mana mufti yang memberi kami bintang itu. Ketika kami berlegar-legar mencari istilah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan baik kami dengan DAP, mufti tampil dengan istilah setia. Hilang semua kegusaran kami dengan bantuan mufti.
11. Tentulah jika saya tidak berterima kasih kepada mufti kerana telah menyelamatkan Amanah dalam hal ini, zalimlah saya. Terima kasih mufti kerana mengiktiraf Amanah memiliki satu akhlak terpuji iaitu setia.
12. Semenjak awal Amanah setia dengan semua pihak, bukan saja dengan DAP. Amanah setia dengan PKR dan tidak pernah mengkritik PKR secara terbuka, setia dengan Bersatu dan sentiasa mendokong perjuangan Bersatu. Amanah juga setia dengan Tun selaku PM, dengan Kak Wan selaku TPM dan dengan DSAI selaku Presiden PKR selaku bakal PM. Itulah Amanah semenjak awal penubuhannya. Kami berpakat dalam PH untuk saling setia, bukan untuk saling jadi barua.
13. Terima kasih mufti kerana memperkenalkan istilah setia dalam kolaborasi politik dalam PH. Kalau parti-parti lain berkolaborasi politik dengan pelbagai istilah Arab, kami berkolaborasi dengan bahasa kami sendiri. Dalam hal ini tentu kami tak sesuai dilabel golongan yang mengancam Melayu.
14. Terima kasih, terima kasih, terima kasih mufti kerana mengingati Amanah, menyinggung Amanah, mengkritik Amanah yang semuanya itu membayangkan Amanah begitu akrab dengan hati dan pemikiran mufti. Dan, kalau mufti berminat untuk berenang dalam lautan politik yang bergelora ini, Amanah berterima kasih kalau mufti memilih Amanah sebagai wadah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25297

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 349 hits
IPOH Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pih...
Kritik Amanah Dap Khalid Samad Saran Dr Asri Berhenti Jadi Mufti

Kritik Amanah Dap Khalid Samad Saran Dr Asri Berhenti Jadi Mufti

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad menyarankan Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhenti menjadi Mufti Perlis kalau nak berpolitik susulan kenyataan Dr Asri yang mengkritik keakraban hubungan Amanah dengan DAP Khali...
Beranikah Mufti Perlis Masuk Gelanggang Politik

Beranikah Mufti Perlis Masuk Gelanggang Politik

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 274 hits
Beranikah Mufti Perlis Masuk Gelanggang Politik Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menganggap Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengambil pendekatan murahan apabila mengkritik parti itu menggunakan alasan yang sering diuar uarkan P...
Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 499 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah terkejut kerana belum apa apa DAP sudah terlebih dahulu mengeluarkan pelbagai kenyataan menjurus kepada seolah olah ianya salah polis melakukan tangkapan berkait Harimau Pembebasan Tamil Eelam...
Dita Mey Chan Bungkam Soal Isu Pindah Kewarganegaraan Takut Netizen Galak

Dita Mey Chan Bungkam Soal Isu Pindah Kewarganegaraan Takut Netizen Galak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 122 hits
Dita Anggraeni atau dulu dikenal dengan nama Mey Chan memilih untuk bungkam saat ditanya perihal isu pindah kewarganegaraan
Belanjawan Tangani Isu Mendesak Kri

Belanjawan Tangani Isu Mendesak Kri

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 310 hits
Belanjawan tangani isu mendesak KRIOleh October 14 2019Sekali lagi pembentangan Belanjawan 2020 oleh Kerajaan Pakatan Harapan mendapat pujian INSTITUT Penyelidikan Khazanah menyifatkan Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu seb...
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 390 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 249 hits
SHAH ALAM Presiden Peguam Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran k...
Hiburan Cik B Rasa Rendah Diri Dato Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi Cover Majalah

Hiburan Cik B Rasa Rendah Diri Dato Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi Cover Majalah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 634 hits
Walaupun selalunya Cik B lebih gemarkan gaya ringkas dan santai tetapi dia cuba membawa kelainan dengan tampil bergaya dengan solekan tebal sebagai model untuk kulit muka majalah Remaja edisi terbaru ini Rata rata netizen juga telah memuji ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks