Bantuan Untuk Golongan Berpendapatan B40 Mohon Rm200 Setiap Bulan Secara Automatik
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Bantuan Untuk Golongan Berpendapatan B40. Mohon RM200 Setiap Bulan Secara Automatik. Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan, telah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya yang pelbagai. Antara bantuan kerajaan adalah berupa manfaat seperti bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan kerajaan akan terus disalurkan kepada mereka yang layak. Antara Bantuan termasuklah sebuah bantuan melalui Bantuan KISS RM200 yang mungkin ramai terlepas pandang. Ia merupakan inisiatif bantuan kewangan daripada kerajaan Selangor. Untuk ikuti lebih lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah.
Bantuan Untuk Golongan Berpendapatan B40. Mohon RM200 Setiap Bulan Secara Automatik
Apakah Itu Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) IBU TUNGGAL adalah sebuah program kebajikan khusus membantu bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor.
Menerusi program ini, peserta dapat menampung kehidupan dengan membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).
Apakah Syarat Kelayakan KISS?
Berikut merupakan Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:
Warganegara Malaysia dan
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
Pemilih berdaftar di Selangor
Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Apakah Manfaat Kad KISS Bagi Penerima?
Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik
Senarai Barangan Keperluan Yang Diluluskan Untuk Dibeli Oleh Penerima
Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli oleh penerima KISS. Barangan keperluan harian yang akan membantu meneruskan kehidupan bagi penerima.
Beras
Mi dan Bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula dan Garam
Rempah ratus
Tepung
Minyak masak
Sayur-sayuran
Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
Sabun dan bahan pencuci (detergent)
Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.
Permohonan Kad KISS Selangor, Bantuan RM200 Sebulan
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Kad KISS?
Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut:
https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/
Dan anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mendapatkan borang melalui:
Pejabat Ahli Dewan Negeri
Pejabat Ahli Parlimen
Pejabat ketua-ketua Kampung
Pusat wanita berdaya
Dapatkan Bantuan RM200 Untuk Membeli Barangan Keperluan Melalui Kad KISS
Kerajaan Selangor terus melangkah kehadapan dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang akan membantu pelbagai golongan rakyat. Khusus kepada para ibu tunggal, kerajaan selangor membantu dengan meringankan tampungan hidup dengan menyediakan bantuan kad KISS yang membolehkan mereka mendapat barangan keperluan harian.
Bantuan Untuk Golongan Berpendapatan B40. Mohon RM200 Setiap Bulan Secara Automatik
Mr Mizan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/05/bantuan-untuk-b40-rm200-sebulan.html