Bantuan Prihatin Nasional



BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN). Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak. 

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kriteria Kelayakan


Kategori & Pendapatan Bulanan

Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
Bujang RM2,000 ke bawah
Bujang RM2,001 hingga RM4,000

Jumlah Bantuan BPN

RM1,600
RM1,000
RM800
RM500

Tempoh / Pembayaran

April: RM1,000 Mei: RM600
April: RM500 Mei: RM500
April: RM500 Mei: RM300
April: RM250 Mei: RM250

Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu

Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM


Penerimaan bayaran bantuan


Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH
Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM
Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH
Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:


No telefon/ e-mel
Waktu operasi
Kementerian Kewangan
03-8882 9089
03-8882 9087
03-8882 9191
03-8882 4565
03-8882 4566
Jam 9.00 pagi – 5.00 petang
Ahad - Jumaat

(Mulai 29 Mac 2020)

[email protected] [email protected]

Telegram: PRE PRIHATIN

Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia 
24 jam
LHDNM
1-800 882 747

03-8911 1000
Jam 9.00 pagi – 5.00 petang
Ahad - Jumaat

(Mulai 30 Mac 2020)

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.


SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020  BAGI GOLONGAN B40 & M40  PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. 

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 


2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah

Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah 
ii. Bujang

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah. 
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah

Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
ii. Bujang

Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). 
iii. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.


3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 & M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

Kategori

Pendapatan

Peringkat Bayaran
Jumlah
Bayaran Pertama (April 2020)
Bayaran Kedua (Mei 2020)
Isi Rumah

RM0 – RM4,000
RM1,000
RM600
RM1,600
RM4,001 – RM8,000
RM500
RM500
RM1,000
Bujang
RM0 – RM2,000
RM500
RM300
RM800
RM2,001 – RM4,000
RM250
RM250
RM500


4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020. 


5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut: 

Pembayaran sekiranya:

Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) 
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir. 

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:  Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:  Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif.  Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.


7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan 
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my  Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my 

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my 

9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?
Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. 
Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.


10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?
Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.


11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40? 
Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.


12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.


13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Pautan alternatif : https://pre2020.treasury.gov.my/ms/berita/bantuan-prihatin-nasional-bpn

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2020/03/bantuan-prihatin-nasional-bpn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Universiti Awam Amp Swasta Rm200 Sekali Bayar Jika Cukup Syarat

Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Universiti Awam Amp Swasta Rm200 Sekali Bayar Jika Cukup Syarat

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 1053 hits
Pendahuluan Pada 27 Mac 2020 lalu YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion Bantuan ini adalah pemberian wang tunai dengan ...
Insyaallah Boleh Ringankan Beban Keluarga Bantuan Prihatin Nasional One Off Buat Rakyat Tersenyum Selepas Menangis

Insyaallah Boleh Ringankan Beban Keluarga Bantuan Prihatin Nasional One Off Buat Rakyat Tersenyum Selepas Menangis

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 351 hits
Kegusaran rakyat selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerjaan untuk tangani wabak Covid 19 kerana rata rata daripadanya bekerja gaji harian hilang pekerjan gaji dipotong akhirnya menarik nafas lega selepas Perdana Menteri Ma...
Bantuan Prihatin Nasional Untuk B40 M40

Bantuan Prihatin Nasional Untuk B40 M40

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 1383 hits
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one off kepada golongan B40 dan M40 Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golonga...
Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 2518 hits
Pada 27 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada pelbagai golongan termasuk bujang B40 M40 pelajar IPT pemandu pes...
Kriteria Dan Kelayakan Penerima Bantuan Prihatin Nasional

Kriteria Dan Kelayakan Penerima Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 508 hits
Kriteria Dan Kelayakan Penerima Bantuan Prihatin Nasional Semalam dah share panjang berjela jela mengenai kriteria dan kelayakan penerima Bantuan Prihatin Nasional tapi ada pulak yamg tanya macam macam soalan kat personal mesej dan jugak em...
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1374 hits
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional adalah antara bantuan yang memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan B40 dan M40 Bantuan ini disalurankan kepada individu yang berpe...
Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai Kepada Isi Rumah Rm1600 Bujang Rm800

Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai Kepada Isi Rumah Rm1600 Bujang Rm800

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 928 hits
Bantuan Prihatin Nasional telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid 19 ini Pelbagai bantuan akan diagihkan kepada semua lapisan masya...
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Sehingga 30 April Lhdn

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Sehingga 30 April Lhdn

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 404 hits
BERNAMA ORANG ramai tidak perlu berpusu pusu membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional kerana ia boleh dibuat pada bila bila masa sehingga 30 April ini Perkara itu dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi ciapan di akaun Tw...
Step By Step Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional

Step By Step Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 818 hits
CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL Pemohon BaruJUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONALTerdapat empat kategori penerima iaitu Isi rumah berpendapatan RM4 000 ke bawah Isi rumah berpendatapan RM8 000 ke bawah Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip