Insyaallah Boleh Ringankan Beban Keluarga Bantuan Prihatin Nasional One Off Buat Rakyat Tersenyum Selepas Menangis


Kegusaran rakyat selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerjaan untuk tangani wabak Covid-19 kerana rata-rata daripadanya bekerja gaji harian, hilang pekerjan, gaji dipotong akhirnya menarik nafas lega selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Antara bantuan yang disalurkan adalah bayaran tunai secara one-off untuk setiap isi rumah supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup. Menerusi ucapan beliau, ternyata seluruh rakyat Malaysia mendapat bantuan ini. “Tiada satu pun yang tertinggal” begitulah kata-kata yang menyentuh hati kita semua.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
“Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua.
Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.
Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak COVID-19. Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta. Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.
Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini. Saya sedar dalam situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang mengharungi cabaran yang hebat ini.
Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada
anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat ini.”
Prihatin dengan keadaan rakyat yang terjejas PM meringankan beban rakyat dengan bantuan ini
“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.”
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Golongan Pelajar Juga Dapat Bantuan
“Saya juga tidak lupa kepada para pelajar institusi pengajian tinggi. Anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.”
25 Juta Bantuan Untuk Rumah Perlindungan
“Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.”
Sumber Video: Astro Awani
The post “InsyaAllah Boleh Ringankan Beban Keluarga” Bantuan Prihatin Nasional “One-Off” Buat Rakyat Tersenyum Selepas Menangis appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/insyaallah-boleh-ringankan-beban-keluarga-bantuan-prihatin-nasional-one-off-buat-rakyat-tersenyum-selepas-menangis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 835 hits
Perdana Menteri mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN di mana ada beberapa golongan yang akan jadi penerima bantuan one off daripadanya Pakej Rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfa...
Cara Memohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan M40 B40

Cara Memohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan M40 B40

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 739 hits
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 small Cover image via FMT Astro Awani small Pada Jumaat 27 Mac yang lalu kerajaan telah mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Nasional melalui Pakej Ransan...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 301 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan khas secara one off kepada pemandu e hailing yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid 19 Lebih Info akan
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Juga Menerima Bantuan One Off Daripada Prihatin

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Juga Menerima Bantuan One Off Daripada Prihatin

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 401 hits
Kerajaan telah mengumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dimana pelajar juga tidak ketinggalan menerima bayaran one off tersebut YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan sebentar tadi yang dinamakan...
Rm21 Juta Bantuan One Off Untuk Tahfiz Pondok Sekolah Agama Rakyat Swasta Dr Zulkifli Al Bakri

Rm21 Juta Bantuan One Off Untuk Tahfiz Pondok Sekolah Agama Rakyat Swasta Dr Zulkifli Al Bakri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 298 hits
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan pelbagai insiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dari segi sumber kewangan sejak wabak pandemik Covid 19 melanda negara kita Menerusi kiriman kenyataan media darip...
Bayaran One Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National

Bayaran One Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 330 hits
Kerajaan telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau dipanggil PRIHATIN yg akan memberi manfaat kepd semua rakyat Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin
Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Universiti Awam Amp Swasta Rm200 Sekali Bayar Jika Cukup Syarat

Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Universiti Awam Amp Swasta Rm200 Sekali Bayar Jika Cukup Syarat

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 1053 hits
Pendahuluan Pada 27 Mac 2020 lalu YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion Bantuan ini adalah pemberian wang tunai dengan ...
Laman Web Rasmi Bsh Sesak Gara Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Laman Web Rasmi Bsh Sesak Gara Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 612 hits
Laman Web Rasmi BSH Sesak Gara Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Kesesakan laman web rasmi BSH tak dapat diakses sejak jam 9 00 tadi Ini berlaku ramai pengguna login untuk mendaftar menyemak serta mengemaskini data mereka pada laman web te...
Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai Kepada Isi Rumah Rm1600 Bujang Rm800

Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai Kepada Isi Rumah Rm1600 Bujang Rm800

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 928 hits
Bantuan Prihatin Nasional telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid 19 ini Pelbagai bantuan akan diagihkan kepada semua lapisan masya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip