Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025 Permohonan Syarat Kelayakan
TERKINI: PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS SARAWAK 2025 DIBUKA BERMULA 1 MEI – 1 JUN 2025.
Belanjawan Sarawak 2025 yang telah dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyenaraikan beberapa bantuan terutamanya Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 yang disediakan khusus kepada pelajar daripada negeri itu.
Bantuan serta inisiatif ini diumumkan khusus bagi membantu pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di IPT terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.
Selain itu, inisiatif dan bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar anak Sarawak yang sedang belajar di IPT dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengenai Belanjawan Sarawak 2025
Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang bertemakan ‘Bersama Membina Masa Depan Sejahtera’ melibatkan perbelanjaan sebanyak RM15.8 bilion.
Belanjawan tersebut yang yang telah dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sarawak.
Menurut beliau, belanjawan tersebut dinilai dengan teliti dan dirumus untuk memastikan Sarawak kekal berdaya tahan, berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Belanjawan ini juga dirangka dengan lapan teras strategi iaitu:
Mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
Meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Memperkukuh bakat dan pembangunan pendidikan
Mempercepatkan transformasi digital serta inovasi
Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif
Mempromosikan kebudayaan, sukan dan memperkasakan belia
Meningkatkan kelestarian alam sekitar
Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak
Senarai Bantuan Pelajar IPT Sarawak 2025
Terdapat 4 bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT yang diumumkan dalam #BelanjawanSarawak2025 :
Bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)
Pemberian baucar buku
Pemberian komputer riba percuma
Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN

*Sumber: https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/9075/UKAS
Jumlah Elaun Pelajar IPT Sarawak 2025
Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan wang saku berjumlah RM1,200 setahun.
Sumber: UKAS Sarawak
Mengenai Bantuan Khas Sarawak 2025
Premier Sarawak memgumumkan bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia akan diberikan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
Pemberian wang ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
Pelajar berasal dari Sarawak, iaitu sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warganegara Sarawak.
Sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) di seluruh Malaysia.
Pengajian sepenuh masa.
Disokong dan disahkan oleh institusi pengajian masing-masing.
Cara Permohonan Bantuan
1. Pra-Syarat
Daftar Sarawak ID di: sarawakid.sarawak.gov.my
Buka akaun S PAY Global
Layari laman web my-Yayasan, log masuk menggunakan Sarawak ID, dan klik “Apply”.
2. Proses Permohonan
Isi dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
Muat turun surat pengesahan, dapatkan pengesahan daripada institusi anda.
Muat naik semula surat yang telah disahkan dan ditandatangani.
Sistem My-Yayasan akan menilai permohonan dan kelayakan anda.
Klik “Submit” untuk memohon bantuan yang layak diterima.
3. Semakan Status Permohonan
Status permohonan boleh disemak melalui portal My-Yayasan.
Keputusan akan dimaklumkan melalui emel atau SMS.
4. Pantauan Bantuan (Untuk Pemohon yang Lulus Sahaja)
Muat turun, pasang dan log masuk ke aplikasi My-Yayasan Customer App untuk memantau status bantuan.
Bantuan kewangan akan disalurkan ke akaun S PAY Global anda.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025, sila layari laman web Kerajaan Sarawak iaitu www.yayasansarawak.org.my atau anda boleh hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaa:
Emel:
[email protected]
Telefon: 082-441686 (waktu pejabat)
Program ini merupakan peluang penting untuk pelajar Sarawak memperoleh sokongan kewangan semasa melanjutkan pelajaran. Pastikan anda penuhi syarat, sediakan dokumen, dan mohon dalam tempoh ditetapkan!
Baca juga:
Belanjawan Sarawak 2025 : Ringkasan & Senarai Bantuan [TERKINI]
SKAS – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bantuan-kewangan-khas-sarawak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kewangan-khas-sarawak