Klscm 2025 Pendaftaran Syarat Kelayakan


KL MARATHON (KLSCM 2025)- Pendaftaran & Syarat Kelayakan
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 (KLSCM 2025) kini kembali lagi!
Sebagai salah satu acara larian paling dinantikan di Malaysia, KLSCM sentiasa menarik perhatian puluhan ribu pelari tempatan dan antarabangsa setiap tahun. 
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 (KLSCM 2025) edisi ke-17 ini dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Oktober 2025. 
Dengan lokasi penamat baharu di Stadium Merdeka dan pelbagai penambahbaikan menarik, KLSCM 2025 menjanjikan pengalaman larian yang lebih hebat dan bermakna. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: 20 Smart Watch Terbaik Bawah RM200 Di Malaysia
KLSCM – Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon  KLSCM merupakan acara larian tahunan yang dianjurkan oleh Dirigo Events dengan kerjasama Standard Chartered Bank. Sejak dilancarkan pada tahun 2009, maraton ini telah berkembang menjadi acara sukan utama di Malaysia. 
Terdapat pelbagai kategori larian dipertandingkan termasuk Full Marathon, Half Marathon, 10KM, 5KM Fun Run dan Kids Dash. 
Menariknya lagi, acara ini bukan sekadar acara larian, tetapi festival sukan yang menghidupkan jalan-jalan utama Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 40,000 peserta pelbagai latar belakang setiap tahun. 

Tahun ini, KLSCM 2025 adalah edisi ke-17 sejak penubuhannya pada tahun 1989. Terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan untuk acara tahun 2025 ini, antaranya:
Titik permulaan dan penamat: Perlumbaan akan bermula di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur (tetapi bukan di Suria KLCC) dan berakhir di Stadium Merdeka. Kategori baru: Run Club Challenge untuk kelab larian di Malaysia dan State Youth Challenge untuk pelari muda berumur 15 hingga 24 tahun. Waktu mula untuk kategori tertentu: Terdapat perubahan waktu mula bagi beberapa kategori tahun ini. Pendaftaran Pendaftaran untuk KLSCM 2025 telah dibuka secara rasmi. Peserta boleh mendaftar melalui laman rasmi di pautan berikut: https://registration.kl-marathon.com/ 
Pendaftaran KLSCM 2025 dibuka dalam dua fasa:
Pendaftaran Awal (Priority Registration): Bermula 17 hingga 21 April 2025 Pendaftaran Awam: Bermula dari 22 April hingga 31 Julai 2025 atau sehingga slot habis.  Terdapat beberapa kategori pendaftaran, antaranya:
Pendaftaran individu (terbuka kepada semua) Pendaftaran staf Standard Chartered Bank  Corporate Challenge (untuk syarikat) Run For A Reason (RFAR) – pendaftaran khas menggunakan PIN kod Pendaftaran untuk peserta luar negara Pastikan anda menyemak kelayakan untuk pendaftaran keutamaan dan menyediakan maklumat yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pendaftaran. 
Priority Registration KLSCM 2025 Untuk menyemak kelayakan pendaftaran awal (Priority Registration), anda boleh buat semakan di pautan berikut: https://registration.kl-marathon.com/prereg 
Untuk layak membuat pendaftaran awal, anda mestilah telah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya lapan (8) edisi KLSCM, atau telah menamatkan jarak anda dalam KLSCM pada tahun 2023 atau 2024 dalam masa tamat yang dinyatakan dalam visual. 
Sekiranya anda tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas tetapi telah menamatkan perlumbaan yang diperakui AIMS dalam masa tamat yang ditetapkan dari perlumbaan rasmi yang direkodkan tidak lebih awal daripada 1 Januari 2023, sila kemukakan salinan sijil perlumbaan anda beserta butiran berikut ke [email protected]  sebelum 11 April 2025.
Syarat Penyertaan  Syarat penyertaan bagi KLSCM 2025 adalah seperti berikut:
Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap, ekspatriat dengan pas/permit sah, dan peserta antarabangsa. Umur minimum bergantung kepada kategori larian: Full Marathon: 18 tahun ke atas Half Marathon: 16 tahun ke atas 10KM: 15 tahun ke atas 5KM Fun Run: Terbuka kepada semua peringkat umur Kids Dash: Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun Peserta perlu mematuhi peraturan rasmi yang ditetapkan oleh penganjur, termasuk aspek keselamatan, etika larian, serta garis panduan berkaitan kesihatan dan kecergasan. Setiap peserta wajib mengisi borang pendaftaran rasmi dan membayar yuran penyertaan mengikut kategori yang dipilih. Peserta juga perlu mengambil kit perlumbaan (race pack) pada tarikh dan lokasi yang akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum hari acara. Peserta diwajibkan memakai baju rasmi acara dan nombor bib yang disediakan sepanjang larian. Medal dan Baju Rasmi KLSCM 2025 Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima medal penamat eksklusif edisi 2025, yang direka khas untuk memperingati pencapaian mereka dalam acara ini. 
T-shirt rasmi KLSCM 2025 pula dihasilkan dengan kerjasama jenama sukan antarabangsa ASICS yang juga merupakan penaja rasmi kasut dan pakaian untuk acara larian ini.
T-shirt ini hadir dengan reka bentuk moden, bahan berkualiti tinggi, dan teknologi penyerapan peluh untuk keselesaan optimum semasa berlari. Peserta juga boleh memilih saiz t-shirt ketika pendaftaran.
Selain itu, peserta kategori utama seperti maraton penuh dan separuh maraton akan menerima race kit 
yang lebih eksklusif, termasuk barangan tambahan dari penaja utama.
KategoriGanjaranFull MarathonMedal penamat + baju penamat eksklusifASICS Half MarathonMedal penamatPantai KL 10KMMedal penamat5KM Fun RunSijil penyertaanKids DashMedal penyertaan + sijil Keputusan / Result Update Keputusan rasmi KLSCM 2025 akan diumumkan secara langsung di laman web rasmi sebaik sahaja perlumbaan tamat. 
Peserta boleh menyemak keputusan individu, kedudukan kategori, serta masa rasmi masing-masing secara dalam talian. 
Pautan: https://www.kl-marathon.com/ 
Selain itu, penganjur turut menyediakan kemas kini terkini melalui emel dan media sosial untuk memastikan semua peserta dan peminat sentiasa mendapat maklumat terbaru mengenai keputusan dan pengumuman penting.
Bagi peserta yang ingin mendapatkan sijil digital atau gambar rasmi perlumbaan, pautan akan disediakan di laman web selepas acara tamat.
KLSCM juga mengekalkan rekod keputusan terdahulu sebagai rujukan dan motivasi untuk peserta yang ingin memperbaiki pencapaian mereka pada masa akan datang.
Daftar sekarang, dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah larian terbesar Malaysia tahun ini!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/klscm-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=klscm-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Biasiswa Yayasan Ytl 2025 Kini Dibuka

Pendaftaran Biasiswa Yayasan Ytl 2025 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 142 hits
Pendaftaran untuk Biasiswa Yayasan YTL 2025 kini dibuka dan akan ditutup pada 30 April 2025 Sejak 1997 Yayasan YTL telah menyokong pelajar berbakat yang mengamalkan nilai nilai seperti kerja keras kejujuran tanggungjawab moral semangat keki...
Cara Semak Status Kelayakan Bantuan Tambahan Sara 2025 Mana Tahu Rezeki Lulus

Cara Semak Status Kelayakan Bantuan Tambahan Sara 2025 Mana Tahu Rezeki Lulus

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 149 hits
Bagi yang berkelayakan jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Bantuan Tambahan SARA 2025 Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan seramai 5 4 Juta individu disahkan layak menerima bantuan tambahan dan boleh buat semakan Sumbangan Asas R...
Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 179 hits
Skim Pembiayaan Perumahan Muda merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bermula 1 April 2025 Ia bertujuan membantu penjawat awam muda berumur 30 tahun ke bawah mem...
Kalkulator Pencen 2025 Tarikh Pembayaran

Kalkulator Pencen 2025 Tarikh Pembayaran

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 164 hits
Bagi pesara yang ingin mengetahui jumlah pencen mereka pada tahun 2025 terdapat kalkulator pencen 2025 yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang dapat membantu pengiraan jumlah pencen mereka Berikut dikongsikan kalkulator pencen u...
Bab 4 April 2025

Bab 4 April 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 204 hits
Sekejapan je rasa bulan Ramadan dan Mac berlalu Kita dapat meraikan 1 Syawal pada hujung bulan Mac juga Bulan yang sama kita mula berpuasa Sekarang dah masuk bulan April bulan keempat tahun 2025 Tak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Sela...
Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami

Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 147 hits
Corat Coret Raya Aidil Fitri Keluarga Kami Diam tak diam seminggu lebih dah berlalu sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ni Ramai dah mula masuk ofis semula termasuklah akak Seminggu tak ber update entry baru walaupun macam macam cerita ada...
Inilah Beberapa Fitur Baru Whatsapp 2025 Tambah Lapisan Privasi Bagi Pengguna

Inilah Beberapa Fitur Baru Whatsapp 2025 Tambah Lapisan Privasi Bagi Pengguna

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 150 hits
Sudah tahu belum fitur baru WhatsApp yang akan dirilis tahun ini Cari tahu cara kerja fitur tersebut di sini
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 221 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 Tarikh 23 Mei hingga 1 Jun 2025Masa 10 pagi hingga 10 malamLokasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Jumpa di PBAKL 2025 nanti BUKU MEMBACA MEMIMPIN PBAKL2025 MalaysiaMembaca BukuMembacaMemimpinhttps...
100 Creative Easter Wreath Ideas That Are Trending For 2025

100 Creative Easter Wreath Ideas That Are Trending For 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 200 hits
Looking for the most creative and trending Easter wreath ideas to brighten your front door this spring You ve come to the right place This hand curated collection features over 100 stunning Easter wreaths from rustic farmhouse styles with b...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri