Bantuan Baitulmal Kamek Cara Permohonan Semakan Tabung Baitulmal Sarawak
BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Jika ada menghadapi kesukaran untuk menjalankan kehidupan pasca Covid-19, anda boleh buat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek.
APA ITU BANTUAN BAITULMAL KAMEK
Baitulmal Kamek adalah portal khidmat pelanggan terbaru Tabung Baitulmal Sarawak yang akan memudahkan umat Islam mengemukakan permohonan secara atas talian (online)
Dalam masa yang sama, ia akan mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian.
Baca tentang SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN DARURAT TBS
Inisiatif mewujudkan portal tersebut merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan agihan Zakat kepada Asnaf, di mana pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan 3 Program Utama iaitu :-
Program Mengukuhkan Tradisi Kelimuan
Program Memantapkan Kebajikan Ummah
Program Membangunkan Institusi Islam.
CARA PERMOHONAN BANTUAN BAITULMAL KAMEK
Berikut ialah cara untu apply Baitulmal Kamek
Layarai laman web rasmi, iaitu portal pelanggan TBS di sini: https://pelanggan.tbs.org.my
Jika anda sudah berdaftar:
Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Username)
Masukkan Kata Laluan
Tekan butang Log Masuk
Jika anda belum berdaftar:
Klik pautan Daftar Akaun
Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
Masukkan Nombor Telefon
Masukan E-mel
Masukkan Nombor Kad Pengenalan (ini akan digunakan sebagai Username)
Masukkan Kata Laluan
Sahkan Kata Laluan
Tekan butang Daftar
Selepas selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk semula
Pilih bantuan yang ingin dipinta
KELEBIHAN PORTAL PELANGGAN TBS(TABUNG BAITULMAL SARAWAK)
Antara kemudahan menggunakan portal pelanggan TBS ialah ia dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf.
Melalui portal Baitulmal Kamek, juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.
Namun, ini hanyalah untuk mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan sahaja.
Tambahan lagi, pada peringkat awal pelancaran portal pelanggan TBS ini, hanya sebahagian bantuan sahaja boleh dipohon melalui atas talian.
Sebahagian lagi boleh dipohon dengan berkunjung ke mana-mana kaunter-kaunter TBS yang berdekatan.
Nak tahu apa tiga cara mudah mohon bantuan TBS?
Terdapat tiga cara mudah mohon bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) iaitu secara dalam talian. Hal ini disebabkan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
CARA LAIN UNTUK MOHON BANTUAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore.
Selain itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan daripada TBS.
Permohonan menerusi e-mel Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)
Bagi kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel
[email protected].
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari laman facebook TABUNG BAITULMAL SARAWAK
The post BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bantuan-baitulmal-kamek-cara-permohonan-semakan-tabung-baitulmal-sarawak.html