Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Ditolak Sila Buat Permohonan Semula Bkit
PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK : SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT
Berdasarkan makluman daripada YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ramai PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK.
APA PUNCA PERMOHONAN BKIT DITOLAK?
Berikut adalah punca/sebab permohonan ditolak :
Permohonan tidak lengkap,contoh tidak mempunyai akaun bank
Dokumen tidak lengkap, contohnya tidak mempunyai surat cerai,sijil kematian suami,tidak mempunyai sijil kelahiran anak
Tidak memenuhi syarat permohonan
CARA BUAT SEMAKAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT
Layari http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
Masukan nombor kad pengenalan
Tekan CARI
Status akan dipaparkan
CONTOH PENERANGAN STATUS PERMOHONAN BKIT
Semakan Status Permohonan 920301056342
REKOD PERMOHONAN BELUM DITERIMA
Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini
Semakan Status Permohonan 820308076346
REKOD PERMOHONAN DITERIMA
Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses
Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini
Semakan Status Permohonan 940401136342
REKOD PERMOHONAN DILULUSKAN
Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini
Semakan Status Permohonan 900904138348
REKOD PERMOHONAN TIDAK LULUS
Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini
Sebelum buat permohonan semula, sila baca maklumat ini :
PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) TERBARU
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:
*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Nota:
Dokumen salinan hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah.
Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
Senarai dokumen yang diperlukan. Sila klik di sini
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA MANUAL
Dapatkan borang permohonan ,sertakan dokumen diperlukan dan hantar kepada:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri(JPWN)/JKM Negeri, PKMD,LPPKN atau
Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ( Bagi pemohon di Sabah)
Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak) atau
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA ONLINE
Layari Portal rasmi http://bkit.jpw.gov.my/daftar_pemohon#
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
HUBUNGI
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.
603-8323 1000
[email protected]
The post PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK:SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-bantuan-khas-ibu-tunggal-ditolak-sila-buat-permohonan-semula-bkit.html