Bantuan Am Wilayah Persekutuan Semakan Bayaran


Bantuan Am Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Dinaikkan – Belanjawan 2025
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif baru dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat di Wilayah Persekutuan. 
Salah satu program yang menjadi tumpuan ialah Bantuan Am Persekutuan yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM
Apa Itu Bantuan Am Wilayah Persekutuan? Bantuan Am Wilayah Persekutuan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 
Bantuan ini diteruskan lagi pada tahun 2025 di bawah belanjawan 2025 dengan peningkatan kadar bantuan. 
Objektif  Objektif pemberian bantuan kebajikan adalah seperti berikut:
Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.   Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat. Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Syarat Kelayakan Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk melayakkan pemohon menerima bantuan ini:
Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
i. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
ii. PGK purata miskin Per Kapita Semasa  Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain: atau Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM) Kadar Bayaran Bantuan Am Wilayah Persekutuan Dalam pembentangan Belanjawan 2025 ini, kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan telah dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. 
Sebelum ini, kadar bantuan ini adalah minimum RM100 sebulan seorang dengan kadar maksimum sebanyak RM350 sebulan sekeluarga. 
Peningkatan ini sedikit sebanyak bakal membantu penerima-penerima bantuan yang terlibat untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 
BACA JUGA: Intipati Belanjawan 2025 & Ringkasan Infografik
Cara Memohon Bantuan Am Wilayah Persekutuan Terdapat 3 kaedah permohonan untuk memohon sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia
Permohonan secara manual menggunakan Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 18).  Permohonan melalui daftar secara atas talian (online) sistem e-Bantuan bagi pemohon yang hadir ke pejabat tanpa borang JKM 18.  Permohonan secara atas talian (online) sistem eBantuan: http://spbk.jkm.gov.my.    Semua permohonan bantuan kewangan dikendalikan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.  Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.
Muat Turun Borang JKM 18 Muat turun Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia PDF di bawah:
JKM 18 BORANG PERMOHONAN BANTUAN(4)Download Dokumen Diperlukan  Pemohon diminta membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian:
Salinan MyKad pemohon Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri) Salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat): dan Lain-lain dokumen yang berkaitan Peningkatan Peruntukan Bantuan Tunai JKM – Belanjawan 2025 Selain Bantuan Am Persekutuan, terdapat beberapa lagi jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga ditingkatkan kadar bayarannya iaitu:
Bantuan Warga Emas: RM600 sebulan dari RM500 Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin (berusia 7 tahun ke 18 tahun): RM200 dari RM150 Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin (berusia 6 tahun ke bawah): RM250 dari RM200 Jumlah peningkatan peruntukan Bantuan Tunai JKM adalah dari RM2.4 billion ke RM2.9 billion.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan atau hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat). Anda juga boleh layari Portal Rasmi Belanjawan 2025 untuk sebarang maklumat terkini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bantuan-am-wilayah-persekutuan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-am-wilayah-persekutuan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025

Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 48 hits
Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025 Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif baru dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat di Wilayah Persekutuan Salah satu program yang menjadi tumpuan ialah...
Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 90 hits
Negeri negeri lain sedang memerhati dengan teliti dan sebarang konsesi tambahan boleh memberi keberanian kepada mereka untuk mengikuti jejak Sarawak Apa yang berlaku kepada polisi Neville Chamberlain pada akhir 1930 an harus menjadi pengaja...
Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 91 hits
Malaysiakini nbsp Beberapa hari menjelang pembentangan Rang Undang Undang Mufti Wilayah Persekutuan yang kontroversi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar berdialog dengannya ber...
Mat Hasan Jawab Isu Kedaulatan Wilayah Maritim Malaysia Di Perairan Laut

Mat Hasan Jawab Isu Kedaulatan Wilayah Maritim Malaysia Di Perairan Laut

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 91 hits
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy Kalabakan minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan Kementerian di peringkat antarabangsa dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu kon...
Negeri Negeri Pas Sg4 Tidak Mahu Bergantung Kepada Kerajaan Persekutuan

Negeri Negeri Pas Sg4 Tidak Mahu Bergantung Kepada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 46 hits
1 Telah tersebar kenyataan kurang cerdik dari MB Perlis kononnya SG4 nanti tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan Persekutuan 2 Faktanya MB Perlis yang pertama berjumpa PMX mohon untuk bayar gaji kakitangan negeri 3 Faktanya juga PMX t...
Ruu Wilayah Jadi Panas

Ruu Wilayah Jadi Panas

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 87 hits
ASRI AJAK MENTERI AGAMA DAILOQBERHUBUNGRUU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUANMENTERI AGAMA MEMBAWA KEPADA KAFIR MENGKAFIR BERAT NIH YANG UMAT ISLA FAHAM JIKA TIDAK BERHUKUMDENGAN HUKUMAN TUHAN KAFIR ZALIM FASIK APA NAK TAKUTKAN PERLEMBAGAAN PASAL 3 ...
Inisiatif Pendapatan Rakyat 2025 Semakan Permohonan

Inisiatif Pendapatan Rakyat 2025 Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 73 hits
Di dalam Belanjawan 2025 Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat pada tahun 2025 untuk membantu menambah pendapatan keluarga bagi keluar daripada garis kemiskinan Sebelum ini kerajaan menyasarkan peserta...
Dia Ambil Berat Lisa Bp Enggan Terima Bayaran Di Global Citizen Festival Derma Semua Hasil Buat Anak Anak Di Palestin

Dia Ambil Berat Lisa Bp Enggan Terima Bayaran Di Global Citizen Festival Derma Semua Hasil Buat Anak Anak Di Palestin

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 75 hits
Pada September yang lalu Lisa BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah dengan menjadi artis utama yang membuat persembahan di pentas Global Citizen Festival Artikel Berkaitan Bukan sahaja untuk menghiburkan peminat malahan menurut lapor...
Pelaksanaan Gaji Minimum Rm1700 Kadar Bayaran Per Jam Dan Akta Berkaitan Gaji Minimum Rm1700

Pelaksanaan Gaji Minimum Rm1700 Kadar Bayaran Per Jam Dan Akta Berkaitan Gaji Minimum Rm1700

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 93 hits
Gaji minimum RM1700 sebulan bakal dilaksanakan bermula 1 Februari 2025 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025 Peningkatan ini menggantikan kadar terdahulu iaitu RM1500 Walau bagaimanapun majikan dengan kurang daripada lima pekerja diberika...
Eka Heights Gaya Hidup Baru Dalam Komuniti Yang Pesat Membangun

Muzium Pendidikan Nasional

Najib Sedar Sejumlah Wang Besar Akan Dipindahkan Ke Akaun Peribadinya

Th Khairat Syarat Cara Daftar Manfaat Ditawarkan

Aftermath Of The Mbi Quake That Rattled Penang

Luahan Hati Ds Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

Makan Bakso Di Restoran Jawa Annur Chowkit

Aduan Pagi Hantar Padi Ke Kilang Petang Jual Beras Import


echo '';
Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia


Sains Di Hujung Jari Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Bercuti Ke Pulau Langkawi

Luna Lights Wonderland Malaysia

Danial Zaini Bianglala Chord

Bantuan Am Wilayah Persekutuan Semakan Bayaran

Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat