Bantal Getha 100 Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti


Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti  |  Sejak dua menjak ni kesibukan aku bekerja semakin menjadi-jadi.. Dengan usia yang dah tak berapa nak muda sangat ni, kadang tu nak dapat tidur yang lena dan berkualiti pun susah sangat bila dah terlalu penat bekerja disiang hari.. Jadi, aku perlukan tempat tidur yang selesa... Tilam yang selesa dan bantal yang selesa juga.. Rasanya tilam aku tu dah cukup selesa buat masa ni, cuma bantal jerk yang perlu ditukar sebabnya selalu sangat aku dapat sakit bahu dan leher bila bangun tidur.. So, aku perlukan bantal yang selesa untuk mendapatkan malam yang indah.. Cewahh!! Haha gedik kan..


Ada beberapa brand bantal yang aku dah shortlist kan.. Bila aku buat perbandingan antara yang ada, aku lebih tertarik dengan jenama GETHA sebabnya bantal GETHA 100% Natural Latex dapat membantu tidur lebih lena dan berkualiti.. Dan itulah yang aku cari untuk dapatkan tidur yang lebih selesa.. Memang teruja aku dengan jenama bantal ni sebabnya GETHA adalah satu jenama yang besar dan dikenali dengan kualiti produknya yang mendapat world branding award... Sebab itu GETHA menjadi pilihan aku..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Sebelum aku bebel dengan lebih panjang berjela, marilah aku cerita serba sedikit tentang jenama GETHA ni.. GETHA ditubuhkan pada 1969 dan bertapak di Kajang, Selangor.. Kalau korang nak tahu nama 'GETHA' ni berasal dari perkataan 'Getah'.. Nama ini adalah simbolik dan sangat terkenal dengan identiti yang menggunakan 100% getah asli Malaysia.. GETHA adalah jenama Malaysia dimana produknya buatan Malaysia untuk dunia..

Ok, apa yang dah aku beli untuk dapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti? Nak tahu tak? Nak tahu kena baca sampai habis ye.. Hehe..

GETHA Award "S" Latex Pillow


Untuk bantal tidur, aku pilih GETHA Award "S" Latex Pillow.. Kenapa aku pilih yang ni? Ok, GETHA Award "S" Latex Pillow ni sesuai untuk semua peringkat umur, back sleeper dan untuk yang lebih suka bantal ketinggiannya lebih rendah.. Yeah itu semua ciri-ciri aku.. Hehe.. Lagi pula bantal ni dapat meningkatkan tidur malam yang lebih lena dan selesa.




Apa yang aku suka dengan bantal GETHA Award "S" Latex Pillow ni adalah ia menggunakan Plush Luxury Latex dimana ia dapat memerikan keselesaan pada aku semasa tidur.. Bantal ni anti-bakteria dan hypo allergenic tau.. Ini membuatkan persekitaran tidur kita lebih bersih.



Serius memang sangat selesa bantal GETHA ni.. Lembut gile.. Jauh beza sangat dengan bantal yang pernah aku guna sebelum ni.. Tak pernah lagi aku guna bantal selembut dan seselesa bantal Getha ni..  Walaupun teksturnya lembut, tetapi tak mudah kemek.. Hadoii memang sentiasa teruja nak tidur.. 
Rasanya sejak guna bantal GETHA ni, tidur aku lebih lena dan tenang.. Setakat ni, tak de lagi rasa sakit leher dan bahu.. Satu lagi aku perasan, bila bangun pagi rasa lebih segar sebab aku dah dapat tidur yang berkualiti dan dah tak de dah kisah aku bangun termenung sebab tak dapat tidur.. Hehe.. Alhamdulillah ini pilihan tepat yang aku buat.. TQ GETHA.

GETHA Body Latex Pillow


Ini feberet aku.. Bantal golek! Hehe.. Bantal tidur dah ada, jadi bantal golek pun kenalah ada juga.. Barulah berpasangan.. Haha.. Serius kalau tak de bantal golek, tidur aku jadi tak lengkap dan tak selesa.. Jadinya, aku pilihlah GETHA Body Latex Pillow untuk teman aku tidur sepanjang malam..  


Apa yang bestnya dengan GETHA Body Latex Pillow ni, ia sesuai untuk side sleeper.. Body Pillow ni secara dinamiknya dapat menyesuaikan dengan lekukan badan bagi mengurangkan ketegangan di bahagian belakang dan memberikan sokongan penting.


Mula-mula tu aku agak risau juga dengan feeling body pillow ni.. Yelah risau bantalnya keras dan tak selesa.. Rupanya bantalnya agak lembut dan selesa.. Selalunya aku beli bantal golek ni, katanya lembut bila dapat, ampeh kejung.. Alhamdulillah, bantal GETHA ni memang terbaik.. Sangat lembut dan selesa.. Kualiti tidur aku dah semakin baik sekarang.. Syukur.

GETHA 3D Junior Latex Pillow


Dah alang-alang beli bantal aku, carikan jugak bantal untuk si Qhaliff.. Dia semakin membesar dan memerlukan tidur yang berkualiti supaya hari yang dia lalui lebih baik.. Aku pilih GETHA 3D Junior Latex Pillow untuk Qhaliff.. Bantal ni bagus sebabnya memberikan ketinggian tidur yang berbeza di setiap hujungnya atau boleh juga balikkan untuk bersantai di permukaan yang rata.. GETHA 3D Junior Latex Pillow ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan keatas.



Kemain seronok Qhaliff dapat bantal baru.. Bangun tidur pun muka ada senyum.. Semakin aktif pulak.. Mana tak aktifnya, bila waktu malam dia dapat tidur yang cukup lena dan selesa.. Kualiti tidur yang terbaik dia dapat dari bantal GETHA ni.. Tak macam dulu, ada kala mengadu sakit kepala sebab tidur bantal agak keras.. Dah ada duit sikit ni, kita belikanlah dia bantal yang lebih selesa.. Dia sihat, aku pun gembira.

GETHA Travel Latex Pillow


Last sekali aku pilih GETHA Travel Latex Pillow.. Ni saja-saja je aku beli buat standby untuk travel bila-bila nanti.. Comel jerk bantalnya.. Sesuailah dengan namanya bantal travel.. Aku beli pun khas untuk anak aku time travel.. Yelah, biasa dorang akan tidur dalam kereta semasa perjalanan.. Kalau tak de bantal yang selesa macam GETHA Travel Latex Pillow ni, macam mana dorang nak tidur dalam kereta... Mesti tak selesa.. So, aku pastikan anak aku dapat keselesaan walaupun semasa travel.



Kelebihan Bantal GETHA 100% Natural Latex

Jangan tak tahu ye, bantal Getha ni banyak kelebihannya yang perlu korang tahu.. Antaranya :-

Mempunyai ratusan lubang  pada bantal membuat sistem pengudaraan semulajadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar berterusan. Haba dan kelembapan badan juga boleh hilang sepanjang tidur sekaligus memberikan kesegaran.Produk GETHA tidak akan merata, tidak perlu menggosok dan akan kekal bentuknya selama bertahun-tahun dengan sokongan yang berkekalanMempunyai sifat antimikroba semulajadi yang menghalang dust mites dan alegen lain serta tahan terhadap kulat.Diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut ECO Eropah. Ia tidak beracun, semulajadi hypoallergenic dan sesuai untuk pengidap alergi dan asmaSesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex dihasilkan mengikut standard yang tepat dari pokok getak. Ia bersifat mesra alam.GETHA 100% Natural Latex mungkin memerlukan special care..
Tingkatkan Kualiti Tidur Dengan Bantal GETHA 100% Natural Latex

Buat korang yang mengalami masalah macam aku semasa tidur, bolehlah dapatkan bantal GETHA ni.. Aku yakin korang akan berpuashati dengannya kerana bantal GETHA dihasilkan menggunakan 100% lateks semulajadi dan berkualiti tinggi hanya dari Malaysia yang terkenal dengan kualitinya bertaraf dunia.

Bukan aku sembang kosong tau, tetapi aku dah merasainya sendiri.. Perasan tak, dari awal story aku ni hinggalah di akhir story, jari aku ni tak penat-penat dok taip perkataan 'selesa'... Yes, bantal dari GETHA ni memang selesa sangat-sangat! Setiap bantal yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan kelebihannya tersendiri.. Banyak pilihan tau.. Jadi, bolehlah pilih mengikut kesesuaian diri sendiri.. Satu lagi, kene mengikut bajet poket jugak.. Haha.. Aku beli pun mengikut bajet aku dan inilah hasil yang aku dapat dan inginkan.. Mungkin untuk akan datang aku cuba pula bantal jenis lain pula.. 
Owh ya, GETHA bukan saja mengeluarkan produk bantal je tau, tetapi ada juga tilam, topper, tilam protector, baby & junior series, aksesori seperti antibakteria spray, neck pillow, kusyen, soft toy, sleeping eye mask, stone burner dan lain-lain serta headboard dan divan pun ada dijual.. Pendek kata, semua lengkap la dengan GETHA ni.. Kelengkapan tidur sempurna dengan GETHA.

Ok, untuk dapatkan info lanjut, korang boleh layari :-
Websitehttps://www.getha.com.my/sleep/
Webshophttps://shop.getha.com.my/
Facebookhttps://www.facebook.com/GethaBedding
Instagramhttps://www.instagram.com/gethabedding/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2020/09/bantal-getha-100-natural-latex-membantu-tidur-lebih-lena-dan-berkualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berusia Lebih Dari 100 Tahun Nenek Wartinah Masih Rajin Bershalawat

Berusia Lebih Dari 100 Tahun Nenek Wartinah Masih Rajin Bershalawat

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 320 hits
Nenek Wartinah seorang perempuan tua renta asal Desa Kalianyar Kecamatan Krangkeng Kabupaten Indramayu kini hanya terkulai lemas di pembaringannya dengan kondisi yang memprihatinkan Maklum saja dengan usianya yang kini diperkirakan sudah le...
Lebih 100 Penyokong Pn Berkumpul Sejak Awal Pagi

Lebih 100 Penyokong Pn Berkumpul Sejak Awal Pagi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 215 hits
TUARAN Lebih 100 penyokong parti Perikatan Nasional berkumpul seawal jam 6 30 pagi di hadapan Pejabat Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tuaran bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Calon PN bagi D...
Covid 19 Lebih 100 Doktor Meninggal Dunia Di Indonesia

Covid 19 Lebih 100 Doktor Meninggal Dunia Di Indonesia

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 328 hits
JAKARTA Indonesia mencatatkan 3 737 kes positif baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini 210 940 kes Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid ...
Makanan Yang Membantu Tidur Nyenyak

Makanan Yang Membantu Tidur Nyenyak

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 356 hits
Makanan Yang Membantu Tidur Nyenyak Tidur nyenyak memang menjadi impian setiap orang Bila tidur nyenyak kita dapat bangun keesokan paginya dengan wajah yang ceria Pagi hari kita sangat produktif dan segar insya Allah idea baru senang hadir ...
Lebih 104 Juta Undian 58 Selebriti Korea Dinobat Sebagai Antara 100 Selebriti Asia Paling Tampan 2020

Lebih 104 Juta Undian 58 Selebriti Korea Dinobat Sebagai Antara 100 Selebriti Asia Paling Tampan 2020

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 366 hits
Baru baru ini King Choice Voting Platform telah mengadakan satu undian khas untuk peminat luar negara untuk memilih 100 selebriti Asia paling tampan untuk tahun 2020 Betapa hebatnya sambutan yang diterima apabila sebanyak 104 juta undian di...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 510 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Lelaki Ini Ada 120 Isteri Kesemuanya Dengan Izin Bini Lama Tak Suka Wanita Lebih Tua Darinya

Lelaki Ini Ada 120 Isteri Kesemuanya Dengan Izin Bini Lama Tak Suka Wanita Lebih Tua Darinya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 263 hits
Seorang lelaki kaya di Thailand mengakui dirinya adalah milik kepada 120 Isterinya Isterinya duduk bertebaran di pelbagai bandar di Thailand Lelaki itu bernama Tambon Prasert bekerja sebagai kontraktor dan mengatakan bahawa dia selalu berka...
Hari Pertama Psbb Penumpang Sebut Krl Lebih Sepi Dari Sebelumnya

Hari Pertama Psbb Penumpang Sebut Krl Lebih Sepi Dari Sebelumnya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 154 hits
Yakub salah satu penumpang merasa masih banyak pengguna KRL yang melakukan pelanggaran terhadap aturan yang sudah ditetapkan oleh pihak KRL Oleh karena itu dia meminta petugas leih berani menegur mereka yang melanggar
Nilai Bersih Harta Cecah Lebih Rm128 Juta Ini Cara Song Hyekyo Belanja Duit Miliknya

Nilai Bersih Harta Cecah Lebih Rm128 Juta Ini Cara Song Hyekyo Belanja Duit Miliknya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 225 hits
Dah 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni Korea namun Song Hye kyo nampaknya masih lagi kekal menjadi rebutan ramai meskipun sudah mencecah usia 38 tahum Hebat kan Meskipun kisah peribadinya sering menjadi sebutan ramai tambahan pula menge...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang