Banjir Tips Menghadapi Dan Menguruskan Bencana Banjir


Banjir : Bencana Alam dan kemusnahan dari tangan manusia.Banjir,bencana alam yang mana kadangkala berpunca dari tangan manusia sendiri yang memusnahkan alam.Bagi yang biasa menghadapi saban tahun pasti sudah biasa dan tahu bagaimana nak bersedia,tahu apa yang perlu di buat sebelum semasa dan selepas kejadian banjir,Tapi bagi tempat yang berlaku banjir kilat atau pertama kali berlaku pasti kelam-kabut dan cemas.Mcam kejadian banjir yang melanda rumah sewa Cik Sue Dec 2021 dulu,memang tak pernah sepanjang tinggal di sini selama 10 tahun air naik sampai macam tu,tapi berpunca dari aliran longkang yang tersumbat dengan sampah kawasan pembinaan oleh pihak yang tak bertanggungjawab,air cepat naik bila hujan lebat dan  kami menjadi mangsa.


Kawasan yang terdekat dengan sungai ,laut atau sumber air bertakung sepatutnya lebih bersedia terutama akhir-akhir ini yang mana cuaca dunia tidak menentu.Kawasan yang tidak pernah di landa banjir pun sudah di limpahi air,bumi kita makin tua.Jadi kita perlu bersedia dan tahu apa langkah keselamatan yang perlu di ambil.
Banjir adalah di mana air mengalir secara melimpah melebihi tahap biasa, dan mengakibatkan kawasan menjadi terendam air. Istilah "banjir" dalam Bahasa Malaysia juga digunakan untuk menggambarkan fenomena air yang melimpah ini, dan boleh merujuk kepada peristiwa banjir itu sendiri atau hasil daripada air yang berlebihan


Persediaan Menghadapi Banjir Sebenarnya dalam keadaan cuaca dunia sekarang kita perlu bersedia je walau bukan kawasan hotspot atau kawasan kerap di landa banjir,benda nak jadi kan? yang tak pernah kena pun boleh kena.Jadi persediaan tu penting ,tak rugi pun kalau kita bersedia,bila berlaku bencana sekurangnya kita tak panik sebab dah tahu apa nak buat.Dan sekurangnya barang-barang dan dokumen penting dapat di selamatkan ,bukan apa dokumen-dokumen ini benda yang melecehkan kalau nak dapatkan semula nanti,jadi simpanlah elok-elok dan mudah untuk di selamatkan


Persediaan sebelum banjir.

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai persediaan menghadapi banjir terutama bagi kawasan yang saban tahun di landa limpahan air ini : 
1. Sediakan peralatan kecemasan secukupnya seperti ubatan,alatan pertolongan cemas,barang-barang untuk membantu saat kecemasan seperti pelampung,barang-barang survival kit

2. Simpan dokumen penting atau kemaskan dan letak dalam beg atau bekas kalis air dan senang di bawa ketika di selamatkan.Juga barang-barang berharga seperti simpanan emas dan barang kemas

3. Di zaman sekarang telefon bimbit adalah alat yang sangat membantu di kala kecemasan,jadi simpan dan caj powerbank untuk saat-saat tiada elektrik untuk memudahkan meminta bantuan pihak berwajib saat kecemasan

4. Simpan bekalan air minum yang bersih untuk waktu terdesak-Cik Sue hari tu siap-siap isi botol-botol air anak dan masuk dalam beg untuk waktu terdesak,dan packing siap-siap beg untuk perpindahan jika perlu

5.  Bersiap sedia untuk pindah apabila di arahkan oleh pihak berkuasa- bila ada amaran tentang musim banjir,kemaskan dan packing beg yang perlu bila di arahkan senang capai dan bergerak

6. Kemas rumah dan cuba letakkan barang-barang berharga  di tempat tinggi,selalunya kalau kecil-kecil dulu abah akan buat para untuk letak bantal tilam dan kusyen

7. Peka dengan amaran dan arahan pihak berwajib ,jangan degil

8. Ambil tahu di masa pusat pemindahan dan pusat bantuan terdekat,rujuk komuniti tempatan

Penyediaan beg / kit survival 
Selain persediaan di atas ,kini kita di galakkan ada survival kit sendiri di setiap rumah,barang-barang yang perlu di masukkan adalah barag0barang yang perlu di waktu kecemasan,jangan pulak packing sampai berat tak boleh nak bawa,yang penting mengikut keperluan ahli keluarga contohnya yang ada anak kecil atau sakit-sakit tertentu.Antara yang boleh di masukkan adalah ubatan,dan set pertolongan cemas,selimut,wisel,radio mudah alih dan powerbank,lampu suluh dan bateri,sedikit wang,air bersih dan makanan tenaga yang tahan lama,dokumen penting,pisau lipat dan apa-apa yang di fikirkan perlu sesuai dengan keperluan diri.
Jangan terlalu berat pulak sampai susah nak bawa dalam kecemasan nanti ye,beg ni letakkan di tempat yang mudah di capai dan semua ahli keluarga tahu,senang nanti di waktu panik.
Persediaan semasa banjir 




Bila mendapat arahan atau amaran air banjir akan melanda,jangan panik tapi pastikan kita bersedia untuk pindah ke tempat yang lebih selamat,jangan degil untuk terus tinggal di rumah ye.Antara yang perlu di lakukan adalah : 
1. Awasi anak-anak ,jangan benarkan bermain air banjir dan dan jauh dari kabel elektrik

2. Segera berpindah atas arahan pihak berkuasa,dapatkan bantuan jika perlu untuk perpindahan

3. Sentiasa peka dengan perkembangan banjir di kawasan anda

4. Alihkan kenderaan seperti kereta dan motor ke tempat selamat

5. Bawa beg kecemasan dan pastikan handphone serta power bank di caj penuh

6. Kemas dan angkat barang ke tempat tinggi di dalam rumah atau ikat supaya tidak hanyut di bawa air banjir

7. Minum air masak yang di masak didih atau di dalam botol ,jangan minum air mentah

8. Jangan pulang atau kembali ke kediaman tanpa arahan pihak berkuasa

9. Tutup semua suis peralatan dan matikan suis utama rumah sebelum berpindah

10. Bawa bersama dokumen penting semasa berpindah

11. Jangan bermain air banjir atau mengharung air banjir


Apa yang penting pastikan keselamatan nyawa sendiri dulu,harta benda boleh di cari ganti tapi nyawa tiada ganti



Persediaan selepas banjir.





Selepas banjir melanda dan di benarkan pulang ke rumah oleh pihak berkuasa,jangan cepat-cepat bawa anak-anak pulang dulu ,lebih baik ketua keluarga atau yang dewasa dulu pergi untu memeriksa keadaan rumah,apa yang boleh di buat dulu? antaranya :
1. Pakai kasut but untuk masuk ke dalam rumah,jangan berkaki ayam atau tidak beralas,risau kaca pecah atau barang tajam atau bakteria dan penyakit.
2. Periksa kabel elektrik dan peralatan elektrik dahulu,pastikan di tutup.Jangan hampiri talian elektrik yang terputus.
3. Buang makanan yang terdedah atau terendam air banjir,termasuk makanan dalam tin.
4. Periksa tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
5. Periksa bekalan air paip untuk kerja-kerja mencuci kotoran.
6. Pakai mask atau pelitup mulut untuk langkah keselamatan.
7. Minum air yang di masak atau air yang di botolkan.


Bila langkah-langkah di atas di jalankan ,bolehlah mulakan kerja-kerja pembersihan dalam rumah dan kawasan sekitar.


Tips mencuci rumah dan bangunan selepas banjir.
1. Keluarkan semua perabot dan barang2 
2. Kalau ada waterjet sembur dulu lumpur dan selut dengan waterjet.
3. Basuh rumah 2 kali dan mop 3 kali  jika tiada waterjet,boleh juga mop dengan air panas di atas lantai jubin.
4. Baju/perabot/barang-barang di asingkan mana yang boleh dibasuh atau perlu di buang.
5. Pakaian yang terendam selut atau air banjir sila bilas dulu sebelum di bawa ke dobi untuk mengelakkan kerosakan mesin basuh.
6. Barang letrik yang sudah di bersihkan biarkan  kering baru on atau di nyalakan.
8. Tilam boleh  siram dengan air panas, buat 2-3 hari. 
9. Hati2 dengan binatang seperti ular/biawak 
10.Kereta yang terendam air ,buka semua pintu ,keluarkan semua karpet dan lapik kaki,jika mampu buat boleh cabut juga seat kereta,buka biarkan kering,boleh sedut dengan vakum juga segala air ,biarkan kering sebelum di hantar ke bengkel.

Kawalan penyakit selepas banjir,persediaan perubatan.Selain daripada perkara-perkara pembersihan ,kawalan penyakit selepas banjir juga perlu di beri perhatian,dapatkan rawatan di premis kesihatan segera jika tidak sihat selepas banjir melanda,kebiasaannya pelbagai penyakit juga akan hadir selepas bencana.Dapatkan rawatan awal sebelum menjadi lebih mudarat.Jaga kesihatan dan kebersihan kawasan rumah dan sekitar serta waktu proses pencucian.
Pihak berwajib yang berkaitan.
Akhir sekali ,paling penting pastikan ahli keluarga tahu nombor telefon pihak berkuasa yang harus di hubungi jika berlaku kecemasan ,contohnya polis,bomba dan JPA di kawasan masing-masing.
Semoga segala persiapan yang di lakukan boleh membantu mangsa banjir tidak panik waktu menghadapi bencana banjir ini.
Jaga keselamatan diri dan keluarga,utamakan nyawa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.my/2023/08/banjir-tips-menghadapi-dan-menguruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Hilangkan Senggugut Seminggu Sebelum Semasa Haid Period

Tips Hilangkan Senggugut Seminggu Sebelum Semasa Haid Period

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 326 hits
Tips Hilangkan Senggugut Seminggu Sebelum Semasa Haid PeriodTips Hilangkan Senggugut Seminggu Sebelum Semasa Haid Period Setiap kali nak haid mula lah simptom senggugut iaitu sakit pinggang cramp perut pening kepala Kadang sampai guna tungk...
Adik Beradik Ramai Berjaya Tips Mak Ayah Saya

Adik Beradik Ramai Berjaya Tips Mak Ayah Saya

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 376 hits
Nampak cite adik beradik ramai yang berjaya dan saya bersyukur saya ada 7 orang adik beradik dan kami bersemua berjaya masuk universiti 1 Lecturer 2 Engineer 3 Engineer 4 Doktor 5 Arkitek 6 Engineer 7 Lawyer Terima kasih mak ayah yang tegas...
4 Tips Atur Thr Jadi Modal Usaha Biar Lekas Kesampaian Mimpi Punya Bisnis Sendiri

4 Tips Atur Thr Jadi Modal Usaha Biar Lekas Kesampaian Mimpi Punya Bisnis Sendiri

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 177 hits
Hayoooo siapa yang suka bilang pengin berbisnis tapi selalu punya alasan modalnya belum ada
Ini Tips Paling Bajet Lajukan Kipas Siling Yang Makin Slow

Ini Tips Paling Bajet Lajukan Kipas Siling Yang Makin Slow

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 202 hits
Ini tips paling bajet lajukan kipas siling yang makin slow Lelaki ini kongsi beberapa tip repair kipas tanpa perlukan kos yang tinggi dan perlukan anda memanggil tukang repair Apa yang diperlukan ialah tape hitam screwdriver yang bunganya h...
Mastering The Art Of Google Snake Tips And Tricks

Mastering The Art Of Google Snake Tips And Tricks

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 223 hits
Games that involve video have been part of the modern culture for a number of decades They re very immersive and are a hit with players of all ages Among these timeless classics the game holds a special place in the hearts of millions world...
Fan The Flames Of Blog Post Promotion 5 Tips For Creating Compelling Ads On Our Blaze Network

Fan The Flames Of Blog Post Promotion 5 Tips For Creating Compelling Ads On Our Blaze Network

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 319 hits
If you haven t yet tried out our incredible advertising wizard that helps to promote your blog posts across the WordPress com and Tumblr networks there s no better time than now The beauty of Blaze lies in its automation capabilities Our to...
Panduan Lengkap Bermain Togel Sdy Tips Dan Trik Jitu

Panduan Lengkap Bermain Togel Sdy Tips Dan Trik Jitu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 152 hits
Panduan Lengkap Bermain Togel SDY Tips dan Trik Jitu Halo para pecinta judi togel Apakah Anda telah mendengar tentang permainan Togel SDY Jika belum artikel ini akan memberikan panduan lengkap bagi Anda tentang bagaimana cara bermain togel ...
Expert Tips For Choosing And Using Lunch Boxes

Expert Tips For Choosing And Using Lunch Boxes

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 240 hits
Lunch boxes by have transformed from mere food containers to versatile tools that cater to our busy lives Malaysians seeking convenient and eco friendly meal solutions can greatly from lunch boxes In this guide we ll delve into why lunch bo...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah