Banjir Di Terengganu Semakin Buruk


Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan pertambahan bilangan mangsa sehingga jam 7 pagi ini mencecah 2,296 orang daripada 648 keluarga yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Jika petang semalam hanya Besut dan Setiu dilanda banjir, kini dua lagi daerah iaitu Dungun dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sejak malam tadi.
Besut yang merupakan daerah terawal dilanda banjir mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 1,110 mangsa daripada 279 keluarga yang ditempatkan di 21 buah PPS di daerah itu.
Manakala Setiu pula merekodkan seramai 553 mangsa dari 189 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.
Di Dungun pula seramai 483 mangsa dari 134 keluarga ditempatkan di empat buah pusat pemindahan dan di Hulu Terengganu terdapat 112 mangsa dari 35 buah keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan yang dibuka malam tadi.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan banjir yang melanda sejak semalam melibatkan fasa ketiga bencana banjir dan penduduk di kawasan yang berisiko dinaiki air diminta terus berjaga-jaga.
“Kita nasihatkan semua penduduk di kawasan berisiko banjir dan kawasan rendah terutama di kawasan berhampiran sungai supaya lebih berjaga-jaga dan berpindah awal di pusat pemindahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Pihak keselamatan akan sentiasa memantau keadaan paras air sungai dan sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa banjir di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my sehingga jam 7 lagi ini melaporkan paras air di lima sungai di negeri ini telah melebihi paras merbahaya.
Sungai Besut di Kampung La (23.63m), Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.57m), Sungai Dungun di Kuala Jengai (22.41m), Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu (24.65m) dan aras air di jambatan Permaisuri, Setiu berada pada paras 8.97m iaitu melebihi paras amaran.
Aras air bagi Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja mencatatkan bacaan 36.69m, Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu berada pada paras 19.58m dan Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Besut pada paras 7.9m melebihi paras amaran.
Manakala dua lagi sungai iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Kemaman di Air Putih mencatatkan bacaan pada paras 16.92m dan 12.89m iaitu pada tahap waspada.
Dalam perkembangan sama, dua jalan di Setiu ditutup bagi semua jenis kenderaan iaitu Jalan Kampung Bukit Alur/Alir Lik di Kampung Bukit dan pengguna disarankan menggunakan jalan alternatif dari Kampung Tayor ke Kampung Bukit.
sumber : sinar harian
The post Banjir di Terengganu semakin buruk appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/banjir-di-terengganu-semakin-buruk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 660 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan beberapa Pusat Pemindahan Sementara mula ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing masing Di TERENGGANU sehingga 8 malam ini jumlah mangsa ban...
Banjir Di Jerteh Besut Terengganu

Banjir Di Jerteh Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 841 hits
Ingat lagi tahun pertama datang Pantai Timur 1 1 2017 ketibaan kami ke Jerteh di sambut dengan hujan renyai renyai berlarutan sepanjang bulan Januari 2017 hujan sesetengah kawasan dah dinaiki air Tahun lepas tak banjir hujan pon tak selebat...
Lori Dua Alam Tular Video Lori Redah Banjir Dalam Di Terengganu

Lori Dua Alam Tular Video Lori Redah Banjir Dalam Di Terengganu

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 1229 hits
Banjir di negeri pantai timur telah menjejaskan lebih ratusan keluarga sehingga memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara berikutan rumah dan kampung mereka ditenggelami air dalam Dalam video berdurasi 1 02 minit yang dikongsi ...
Waspada Hadapi Bencana Banjir Mb Terengganu

Waspada Hadapi Bencana Banjir Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 267 hits
Ahmad Samsuri KUALA TERENGGANU 30 November Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan rakyat terjejas banjir di negeri ini supaya lebih berhati hati dan sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dalam menghadapi bencana yang ...
445 Mangsa Dipindahkan Di Terengganu Akibat Banjir

445 Mangsa Dipindahkan Di Terengganu Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 337 hits
Pemandu memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui Jalan Keruak di Hulu Besut ke Jertih selepas air dari Sungai Besut melimpah ke jalan raya di Kampung Gertak Jerubun Pasir Akar hari ini BESUT Hujan lebat yang berterusan di daerah Setiu...
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15 126 orang melibatkan 4 901 keluarga pagi ini Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10 207 orang melibatkan...
Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 666 hits
Oleh Hamsina Hamzah BILA P Pinang dilanda banjir parti tunggang agama PAS buat laporan polis Tapi bila Kelantan dilanda banjir tiap tahun kenapa PAS tak report polis Malah pimpinan lebai PAS Kelantan bercuti ke luar negara main salji BILA K...
Amaran Cuaca Buruk Di Pahang Kelantan Dan Terengganu

Amaran Cuaca Buruk Di Pahang Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 554 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di Kelantan Terengganu dan Pahang sehingga Isnin dengan beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu dilanda banjir MetMalaysia dalam satu kenyataan petang ini memberitahu hujan leb...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar