Banjir Di Pusat Serenti Sepang Terburuk Sejak 2006


SEPANG, 21 JULAI: Banjir yang melanda Pusat Serenti Sepang (CCVC) di Kota Warisan pada Ahad lepas disifatkan sebagai yang terburuk pernah menimpa kawasan itu sejak mula beroperasi pada 2006.
Pengarahnya Maizura Zakaria berkata bencana itu menyebabkan kakitangan yang rumah mereka terjejas kelihatan trauma serta mengalami kerugian beribu ringgit akibat kerosakan kelengkapan rumah dan peralatan elektrik.
“Kawasan ini memang sentiasa banjir kalau hujan lebat tetapi air naik setakat buku lali sahaja, tetapi banjir Ahad lepas berlaku begitu pantas sehinggakan ada mangsa yang tidak sempat hendak alihkan kereta mereka.
“Ada 18 rumah yang terjejas namun yang paling teruk ada kira-kira lapan rumah yang terletak di tingkat bawah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Maizura mengarahkan penduduk kuarters kawasan itu berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana bimbangkan keselamatan mereka memandangkan kawasan berkenaan dikelilingi lombong serta berhampiran dengan Sungai Labu dan Sungai Dengkil yang menjadi habitat haiwan berbisa seperti buaya, ular dan biawak.
Beliau berkata pihaknya juga mengambil tindakan untuk memindahkan seramai 103 pelatih pusat itu ke Pusat Serenti Jelebu dan Dengkil dan kesemua mereka telah kembali ke CCVC Sepang secara berperingkat mulai hari ini.
Menurutnya, pihak pengurusan Ibu pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil berat kebajikan kakitangannya yang menghuni kuarters itu dan pada hari kejadian, Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah turut turun padang meninjau kawasan bersama beberapa pengurusan tertinggi lain.
Maizura berkata beliau akan cuba mendapatkan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama membantu mangsa yang terjejas terutamanya dalam proses pembersihan di kawasan kuarters dan sekitar Pusat Serenti Sepang.
“Kakitangan (CCVC) di sini adalah petugas barisan hadapan bagi menjaga keselamatan para pelatih dan keselamatan di pusat serenti ini. Kekangan ini menjadikan mereka mengutamakan tugas dan tanggungjawab berbanding keluarga, seperti tidak dapat bercuti untuk membersihkan rumah mereka.
“Rata-rata mereka mempunyai anak yang masih kecil, di bawah usia 12 tahun yang memerlukan perhatian. Kakitangan di sini amat risau tentang keadaan rumah mereka dan kerugian yang bakal ditanggung disebabkan banjir yang telah melanda,” katanya.
Beliau berharap lebih banyak NGO dapat membantu mangsa yang terlibat sama ada dari segi wang ringgit atau tenaga selain pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Daerah Sepang yang telah membantu membersihkan asrama pelatih.
Sementara itu, seorang daripada mangsa terjejas Mohd Hafiz Abu berkata ketika kejadian, dia baru pulang dari kedai membeli susu anak dan sebaik keluar dari kereta air menderu deras menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan lebih banyak barang.
“Masa itu cuaca biasa sahaja, tidak hujan, namun mungkin air dari kawasan sekitar telah turun dan melimpah ke kawasan ini.
“Mujur saya sempat menyelamatkan kereta dan beberapa perabot dan barangan elektrik, isteri dan anak-anak pun selamat. Seingat saya semasa berpindah, air telah naik sehingga ke paras pinggang,” kata polis bantuan di pusat tersebut.
Mohd Hafiz berkata walaupun perlu bertugas semasa banjir melanda rumahnya, namun bersyukur kerana keperluan asas keluarganya dijaga dengan baik semasa berada di pusat pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil.
Tinjauan Bernama ke rumah Mohd Hafiz mendapati rumahnya terjejas dengan lumpur melekat di dinding dan lantai selain perabot-perabot kayu rosak.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/banjir-di-pusat-serenti-sepang-terburuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Hari Satu Malam Di Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala

2 Hari Satu Malam Di Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 650 hits
2 HARI SATU MALAM DI PUSAT EDU ECOTOURISM SUNGAI MENYALAMENIKMATI UDARA SEGAR ALAM SEMULAJADI PENGINAPAN SELESASepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan AlongMurni lebih banyak menghabiskan masa untuk berada di rumah dan mengikut setiap ...
Detik Bersejarah Pusat Kuarantin Covid 19 Maeps Ditutup Operasinya Hari Ini

Detik Bersejarah Pusat Kuarantin Covid 19 Maeps Ditutup Operasinya Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 249 hits
Selepas hampir empat bulan beroperasi sebagai pusat kuarantin untuk Covid 19 hari ini nbsp Pusat Kuarantin amp Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah MAEPS Serdang telah pun menamatkan operasinya Hal ini susulan daripada pesakit terakhir yang ber...
Untuk Kurangkan Tekanan Di Hospital India Tukar Stadium Kriket Jadi Pusat Kuarantin

Untuk Kurangkan Tekanan Di Hospital India Tukar Stadium Kriket Jadi Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 231 hits
Kolkata Stadium Kriket Eden Gardens yang bersejarah di bandar Kalkota akan digunakan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan ratusan polis India yang telah dijangkiti virus korona Stadium berkapasiti 80 000 penonton ini pernah digunakan un...
Hilltop Cuisine Kota Warisan Port Makan Baru Di Sepang Pakej Sunset View

Hilltop Cuisine Kota Warisan Port Makan Baru Di Sepang Pakej Sunset View

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 2019 hits
Kawan kawan nak tahu tak ada port makan baru atas bukit yang cantik di Sepang Siap sekali dapat pakej sunset view yang cantik Nama tempat tu Hilltop Cuisine Kota Warisan Kalau kau orang bosan tak ada aktiviti hujung minggu bolehlah ajak fam...
Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1169 hits
Gambar kedai makan Nasi Kerabu Aini di Jalan Seroja 6 di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia Kedai makan ini menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan papan tanda yang sangat menonjol dan mengiklankan apa yang mer...
Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 406 hits
Kasih ibu memang tiada tandingannya setiap ibu ibu di dunia ini sentiasa inginkan yang terbaik buat anak anak Lebih mengharukan daripada pengorbanan seorang ibu tidak sekali pun mengharapkan balasan melainkan kasih sayang yang tiada pengakh...
Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 453 hits
Seteleh bergelut dengan beberapa kontroversi membabitkan anak anak dan rumah tangga kini hidup To ki lebih terurus apabila dia telah menerima sebuah rumah kediaman baru untuk dia dan isterinya Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ustaz A...
Kelaziman Baharu Parlimen Hanya Di Pusat Media Tiada Sesi Jolok

Kelaziman Baharu Parlimen Hanya Di Pusat Media Tiada Sesi Jolok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 271 hits
Prosedur operasi standard Parlimen menyaksikan perubahan ketara terutama melibatkan media dan pegawai pegawai Ahli Parlimen Media kini hanya ditempatkan di Pusat Media Parlimen dan tidak dibenarkan lagi berada di lobi utama Parlimen sekalig...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities