Banjir Dan Lemas Cerita Suka Duka Penutup 2023


Beberapa kejadian buruk yang berlaku saat menghampiri penutup tahun 2023 membuat saya berfikir yang hidup ini adalah ujian, bukan sahaja kepada mereka yang terkena ujian malah juga kepada mereka yang berada di sekeliling mereka yang ditimpa bencana itu.

Bermula dengan peperangan Palestin - Israhell, kemudian diikuti banjir yang melanda rumah emak dua hari lepas dan kini kes kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan berdekatan rumah saya akibat bermain air di kawasan dinaiki air, membuatkan hati saya tak henti berdoa. Kelihatannya tahun 2023 mempunyai lebih banyak cerita suka duka di saat tiba ke penghujungnya.


Banjir dan LemasBersyukurnya saya kerana tahun ini, banjir yang melanda rumah emak tak terlalu besar..hanya di paras lutut saya sahaja. Dan kerja mencuci lantai dan selut cepat diselesaikan dengan bantuan daripada pemuda Jabatan Amal. Mereka ini walaupun melakukan kerja berat dengan mencuci lantai di rumah orang lain, namun masih menolak huluran tangan abah yang berisi duit belanja minum sebagai tanda terima kasih membantu kami yang tak punya kudrat untuk menguruskannya sendiri.


Saya amat berterima kasih kepada Jabatan Amal kerana sentiasa membantu kami di saat rumah ma dan abah dilanda banjir. Semoga Allah berkati jasa mereka dan semoga diberi kebaikan dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Tanpa bantuan mereka tentunya saya masih terkial-kial membersihkan rumah abah dan ma hari ini tanpa dapat mengemaskini blog yang dah hampir seminggu saya tinggalkan.


Alhamdulillah juga kali ini tak banyak barang emak yang ditenggelami air. Hanya peti ais sahaja yang ditenggelami air manakala barangan lain selamat dan masih utuh berada ditempatnya sebagaimana saat akhir kami tinggalkan rumah sebelum banjir berlaku. Walau bagaimanapun jalan perhubungan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu masih tak dapat dilalui akibat ditenggelami air dan saya terpaksa pulang ke rumah menggunakan jalan alternatif semalam.


LemasSetelah sampai ke rumah, saya pergi pula ke lokasi pencarian seorang kanak-kanak lelaki akibat lemas di kawasan berhampiran rumah. Meskipun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, namun kawasan sekitar masih diterangi lampu dengan kehadiran ramai penduduk kampung yang mengharapkan agar kanak-kanak itu cepat ditemui.


Pelajar berusia 11 tahun itu pernah saya temui pada tiga hari yang lepas ketika saya dan suami membawa anak-anak bermain di kawasan kejadian. Pada ketika itu, mangsa bermain bersama adiknya dan saya hanya terpandang wajahnya sekilas lalu namun suami sempat bercakap dengan beliau. Apabila kejadian ini berlaku, terkejut kami kerana mangsa tersebut adalah kanak-kanak yang kami temui sebelum ini.


Saya tak pasti samada ibu bapa kanak-kanak tersebut ada bersamanya atau tidak namun arus air memang sangat laju di kawasan itu. Sebab itulah saya dan suami mengawasi Auni dan Ameera saat bermain air. Kami juga sangat berhati-hati untuk melangkah kerana risau arus yang kuat mampu menolak kami masuk ke dalam sungai. Lagi pula, memang sudah beberapa kali berlaku kejadian lemas di kawasan tersebut sebelum ini. Jadi kami tak mahu ambil ringan walaupun seluruh kawasan kelihatan sedang berpesta dengan air yang mengalir di atas jalanraya.


Pada jam 11 pagi hari ini, jenazah mangsa telah berjaya ditemui berada di dasar sungai dalam keadaan meniarap dengan kedalaman air anggaran 150cm. Allahurabbi. Allah Maha Besar. In shaa Allah anak kecil itu akan terus masuk ke syurga Allah tanpa hisab. Semoga ibu bapanya redha dan semoga adiknya yang berusia 9 tahun membesar dengan kuat mental dan fizikal. Aamiin..


Inilah punca mengapa saya yang berangan-angan nak sentiasa update blog secara consistent tak dapat berpegang pada janji kerana keterbatasan waktu akibat perkara yang datang mendadak secara tiba-tiba. Menjelang banjir, kami dah mulai sibuk menyimpan barang untuk diangkat ke tempat tinggi, melakukan operasi berpindah dan sekarang terpaksa melalui fasa mencuci, mengemas kembali dan menyimpan. Sesiapa yang pernah melalui fasa banjir pasti faham benar keadaan yang perlu kami lalui ini.


Doakan semoga ma dan abah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik berpanjangan ya. Dan semoga arwah adik Harif Ilman berada di kalangan orang beriman dan bertaqwa. Aamiin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/12/banjir-dan-lemas-suka-duka-penutup-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Situasi Terkini Banjir Di Kelantan 29 Dis 2023

Langsung Situasi Terkini Banjir Di Kelantan 29 Dis 2023

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 401 hits
Ikuti perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan bersama wartawan Astro AWANI Firdaus Azil AWANInews Banjir2023 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com A
Makan Di Restoran Bara Penutup 2023

Makan Di Restoran Bara Penutup 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 530 hits
Assalamualaikum WBTSELAMAT Tahun Baru 2024Malam tadi keluar makan dengan Pak Inche Asalnya Pak Inche ajak ke Restoran YX tapi Sk tak mahu Alasannya jauh dan hujan Sk cadang ke Restoran Ainoni Pak Inche menolak Ajak ke Restoran Permit lagila...
Penutup Tahun 2023 Sis Nova

Penutup Tahun 2023 Sis Nova

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 283 hits
Salam sudah masuk bulan disember penghujung tahun bertemu jua Alhamdulillah perancangan awal tahun 2023 banyak yang dapat dilaksanakan Diantaranya adalah Fatimah berjaya naik ke Grade seterusnya bagi sukan Gimnastik kesukaannya Dari Kinder ...
Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023

Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 701 hits
Salam to all readers Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023 Tinggal 1 hari sahaja kita semua akan melangkah ke tahun baru Cadangnya banyak story aku nak up dalam blog memandangkan aku habiskan cuti minggu terakhir dec 2023 Unifi dekat ...
Raih Perhatian Ramai Ini 12 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Pada 2023

Raih Perhatian Ramai Ini 12 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Pada 2023

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 456 hits
Tidak dinafikan pada tahun 2023 ini ada pelbagai perkara yang telah berlaku dalam dunia hiburan Korea ARTIKEL BERKAITAN Ini antara beberapa berita sensasi yang terjadi buat tatapan anda sebagai penutup tahun ini Song Joongki berkahwin mempu...
Waytha Questions Ramanan S Claim Of Successful 2023 For Mitra

Waytha Questions Ramanan S Claim Of Successful 2023 For Mitra

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 459 hits
Malaysian Advancement Party president P Waytha Moorthy claims a full account of Mitra s expenses is not displayed on its website as promised by its special committee chairman R Ramanan PETALING JAYA Malaysian Advancement Party president P W...
Fun Run Karnival Sama Sama Kita 2023

Fun Run Karnival Sama Sama Kita 2023

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 285 hits
Fun Run Karnival Sama Sama Kita 2023 Hari jumaat lepas kan nieyl ada share yang nieyl pergi ambil Kit Fun run dekat Puchong untuk Fun Run Hari Ahad Sekarang ni nieyl memang tengah minat untuk join Fun Run sekitar Putrajaya dan Cyberjaya set...
Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Sertifikasi Halal Dapur Mbg Salah Satu Kebutuhan Mendesak Yang Tak Bisa Diabaikan

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Sumbangan Asas Rahmah

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a