Penutup Tahun 2023 Sis Nova
Salam, sudah masuk bulan disember, penghujung tahun bertemu jua. Alhamdulillah perancangan awal tahun 2023 banyak yang dapat dilaksanakan. Diantaranya adalah Fatimah berjaya naik ke Grade seterusnya bagi sukan Gimnastik kesukaannya. Dari Kinder ke Level 1. Pada asalnya kami hanya mahu dia enjoy minat dia, entahla tiba-tiba menjadi serius pula. Memandangkan Fatimah seronok, kami cuba sebaik mungkin bagi sokongan sepenuhnya. Walaupun mak kena sidai 2 jam menunggu setiap minggu training nak. 😴hehe hanya Tuhan yang tahu kemengantukan mak 👀 tapi demi anak.. mak cuba jegil-jegilkan juga mata mak ni sambil buat mini love kat fatimah.
berani rupanya anak mak ni! cayalah!
Kedua, hajat hati mak nak bagi eiman ada skill bermain alat muzik. Alhamdulillah tercapai juga yang ni. Agak tegang pada awalnya sebab instrumen kesukaan eiman adalah drum, tapi mak dia minta dia belajar piano dulu. Syaratnya, bila dah pandai main piano, baru eiman akan belajar main drum. Huhu bukan senang nak pujuk anak bujang tu. Tapi sebab mak ada kuasa mutlak. hahahaha 😃 dari asal dia cuba nak minat piano, sekarang ni eiman eh eh dah betul-betul minat piano lak. Kenn... mak dah cakap. Nanti nampak hensem nak kalau pandai piano. 😁😁😁Yang bagusnya, cikgu piano cakap eiman fast learner. haha cikgu dia tak tahu eiman nak habiskan piano sebab nak belajar drum pula kikikiki.
uih... markepa markepela nak!
Ketiga, nak pergi bercuti. Lama sangat weh tak bercuti, Almost 2 tahun juga kami sekeluarga tak ke mana-mana sangat sebab mak pak kumpul duit buat rumah. Kenalah jimat2 ye dak? 🙈 Anak-anak sampai bertanya banyak kali bila nak pergi beach mami? bila nak pergi jalan macam dulu. Alalala kesian. So, tengah tahun haritu kami sekeluaga ada rezeki ke Langkawi, Kedah. Syukur sebab time tu pula ngam-ngam Abg Chadeq ada rezeki lebih, dapatla naik yatch, para sailing dan berlibur dengan senang hati. haha feelinggg 😛
Naik yatch dan tengok sunset
Anak-anak dan apaknya nak merasa naik para sailing..layan
Beberapa bulan lepas tu, dapat bawa mak bercuti ke Hard Rock Penang, pastu terus ke Cameron Highland kita nak kasi mak kita happy juga
dan .. ke Manjung, pada bulan 11 yang lepas
Terima kasih Adni Suite Homestay, Manjung kerana menaja percutian kami sekeluarga. Alhamdulillah juga syukur 🙌 Best tau homestay ni. Korang boleh check blog Nova, sis pernah share details lokasi dan aktiviti yang best korang boleh buat di sini
Next! Keempat, niat di hati nak sambung belajar... lama juga pasang niat tapi nak buat paper tu yang erm... macam hapa je kan. Namun, atas dorongan kawan-kawan dan kakak sis... haaa.. kita try submit la paper untuk mohon Hadiah Latihan Persekutuan. HLP tahun 2023. Tak sangka sangat, lulus interview dan berjaya pula ditawarkan. Macam nak lempang pipi pun ada sis oii. Betul ke ni "berjaya" ooi jangan main-main ooi. Nampaknya tahun ni memang agak pancaroba atas bawah atas bawah golek-golek habis juga... sis bergelut dengan diri sendiri yang kadang-kadang hilang punca. 😜😜
Namun......(panjang sikit sabdu) disangka panas hingga ke petang rupanya hujan rupanya hujan di tengah hari. Tup tup awal bulan 12, surat "Pertukaran Jabatan" pula sampai. Sis mampu berhuhu di sini sampai mengesat air mata yang jatuh sambil mengheret kaki meneruskan kehidupan. Ahhh gittew. Propa kan. Apa kan daya kita mampu merancang, Allah sahaja yang menentukannya. #sisredha. Ayuhla habiskan lagi 4 hari ni sebelum register ke jabatan baru. Semoga sis jumpalah hikmah disebalik apa yang dituliskan untuk zis. So.. sekian sahaja update sis pada malam yang hening lagi hiba ini bertemankan bunyi air yang mengalir dengan kicauan burung-burung.. dah sejam pasang youtube ni. Semua ini demi kesihatan mental zis.. 😂😂 Doakan dipermudahkan urusan sis ya. Terima kasih semua. Thank you all.. Selamat malam dunia. Terima kasih 2023!
Sekian.
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2023/12/penutup-tahun-2023-sis-nova.html