Banjir Bomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang


Oleh BernamaPasukan bomba giat mencari tujuh individu yang dikhuatiri lemas dalam kejadian banjir di Pahang./ Gambar FB BERNAMA JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh individu yang masih hilang di Pahang susulan kejadian banjir yang melanda sejak 17 Disember lepas.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pengoperasian berkenaan membabitkan kawasan di daerah Bentong melibatkan empat mangsa dan masing-masing satu di Raub, Temerloh dan Pekan.
Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini JBPM telah menerima 33 laporan berhubung orang yang hilang dalam insiden bencana itu dengan 26 daripadanya dijumpai telah meninggal dunia iaitu 10 mangsa di Pahang dan 16 mangsa di Selangor. 
Mengenai bencana banjir yang berlaku di Taman Sri Muda, beliau berkata pengajaran yang boleh diperoleh daripada kejadian itu adalah penduduk harus mendengar nasihat bomba jika diarahkan berpindah.
“Ketika air banjir naik pada (paras) buku lali, pihak bomba ada datang membuat pemantauan di kawasan Sri Muda dan menasihati penduduk supaya berpindah,” katanya pada sidang media Op Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam hari ini.

“Namun, rata-ratanya menolak kerana berdasarkan pengalaman mereka air akan surut selepas itu, namun ketika kami bergerak pulang air telah mula naik secara mendadak, deras dan berbahaya.
“Bila air dah naik mereka mula membuat panggilan kecemasan, namun kita tidak dapat untuk kembali semula ke sana dengan segera kerana sedang menyelamatkan mangsa yang lain,” katanya.
Menurutnya, pihak bomba sentiasa membuat pemantauan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi banjir namun situasi banjir di Selangor adalah di luar jangka.
“Hujan di Selangor pada Jumaat dan Sabtu lepas amat luar biasa, dan aset-aset bomba di Selangor selalunya bersiap sedia untuk membantu mangsa di negeri pantai timur dan utara,” katanya. 
Mohammad Hamdan berkata situasi luar jangka itu pernah berlaku di Terengganu pada tahun lepas, apabila kawasan Marang yang tidak dimasukkan sebagai titik panas (hot spot) terjejas teruk akibat banjir.
Mengenai rungutan mangsa yang mengatakan bahawa pasukan penyelamat lambat tiba untuk memberi bantuan, beliau berkata keadaan arus air yang deras menyukarkan operasi menyelamat dilakukan.
“Kita faham, mereka lama menunggu dan lapar tapi kita mengutamakan nyawa dan keselamatan mangsa, kita tak mahu menyeberangi air banjir yang deras itu untuk mengelakkan insiden lain,” katanya.
Pada masa yang sama, Mohammad Hamdan berkata ratusan anggota turut terjejas akibat banjir termasuk hilang tempat kediaman dan ada yang tidak tahu lokasi pusat pemindahan sementara ahli keluarga mereka ditempatkan.
“Tapi kita tak pentingkan diri, kita tolong semua orang termasuk warga asing. Malahan Pengarah Bomba Selangor sudah 72 jam bekerja membantu mangsa sehingga melecet kaki, tapi saya cakap sabarlah ini sebahagian daripada kerja kita,” katanya.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/banjir-bomba-giat-cari-tujuh-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bomba Tumpu Misi Sar Mencabar Cari Lima Mangsa Hilang

Bomba Tumpu Misi Sar Mencabar Cari Lima Mangsa Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia berhadapan kesukaran dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat lima mangsa yang hilang akibat banjir di Pahang ekoran keadaan mencabar selepas air surut kata Ke...
Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 302 hits
T Pukalenthi sediakan perkhidamtan pemeriksaan komputer dan komputer riba secara percuma kepada mangsa banjir DUA individu menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk tetapi bantuan yang ditawarkan oleh Mastinah Mohd Sani da...
Cara Mohon Bantuan One Off Rm500 Untuk Mangsa Banjir Pahang Daripada Kerajaan Negeri

Cara Mohon Bantuan One Off Rm500 Untuk Mangsa Banjir Pahang Daripada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 442 hits
Susulan keadaan yang telah berlaku baru baru ini Kerajaan Negeri Pahang tampil menghulurkan bantuan melalui Bantuan Khas Banjir secara one off sebanyak RM500 Bantuan ini merupakan wang bantuan ihsan kerajaan Negeri khusus kepada mangsa banj...
Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Jumlah korban akibat banjir sejak Sabtu lalu di Pahang meningkat kepada 20 mangsa Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata peningkatan itu sekali gus menjadikan seramai 48 kematian direkodkan di seluruh nega...
Bencana Banjir Jumlah Mangsa 62 388 Di Tujuh Negeri

Bencana Banjir Jumlah Mangsa 62 388 Di Tujuh Negeri

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 305 hits
Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri pagi ini menunjukkan sedikit penurunan dengan lebih 62 ribu mangsa dipindahkan Laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan sehingga jam 5 pagi Khamis jumlah mangsa terjejas adalah 62 ...
Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 277 hits
Tular sebuah video memaparkan sekumpulan individu dipercayai mangsa terkandas banjir bertindak memecah masuk kedai serbaneka Menurut laporan Bernama pihak polis mengesahkan bahawa berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di ...
Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 455 hits
Meskipun bergelar Orang Kelainan Upaya ianya tidak menghalang Mohamad Shukor Jab untuk turut sama turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Meskipun mempunyai kekurangan fizikal dan terpaksa bertongkat kerana kehilangan seb...
Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 346 hits
Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan Ketua P...
75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung m...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Woiii Dok Merapu Apa Ni

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88