Banjir 2022



assalamualaikum semua.
rupanya lagi tiga (3) hari, cukup sebulan aku tinggalkan kanvasdakwat. hahahhaa. sibuk teruk sampai tak ada masa nak menulis. kalau ada masa pun, aku selalu imagine. aku nak menulis panjang, jadi ambil masa sehingga 3  4 jam sambil buat kerja lain. jadi lebih baik aku buat kerja lain. hmm maaf semua. 


Banjir Teruk Edisi 2022

ketika kejadian ini berlaku, aku ada dirumah aku. mak aku dan adik - adik kecil ada di johor. yang tinggal dirumah cuma ayah dan dua orang adik. aku dah tak keruan. hahahha. aku fikir barang aku banyak dirumah. air bah akan menghanyutkan segala. 
kenapa aku kata 'banjir teruk edisi 2022'? sebab ini bukan kali pertama banjir biasa dan juga bukan kali pertama banjir besar. aku boleh kata, ini mungkin kali ketiga? yang pertamanya tak ingat. yang keduanya (aku dah besar sikit dan boleh ingat) masa tsunami melanda. kami turut kena tempiasnya. kebun bunga macam laut. sempat aku merasa naik 'bot' diy. hahaha. dibawah ada tayar yang menerapungkan pintu. aku dan sepupu duduk diatasnya. sempat kami belayar separuh perjalanan lorong rumah. tak berani sampai belakang. ada sungai. 


alkisahnya, malam ketika banjir sedang naik tinggi. ada warga emas di rumah atuk aku walaupun atuk aku memang dah kategori warga emas. ada atuk, nenek dan ayah kepada nenek yang sangat uzur. ayah aku selaku 'orang penting' sepanjang banjir melanda sangat sibuk meminta bantuan. 
ada entahla. kereta/ lori ke apa. tapi milik bomba/ polis/ tentera yang membantu nenek, atuk dan ayah kepada nenek untuk dihantar ke dewan atas. ketika itu sekitar jam 12 malam ke 1 pagi. sudahnya 4 pagi atau 9 pagi macam tu, mereka semua telah dipindahkan ke KAFA bawah. 
aku dengar - dengar, dewan terlalu sesak. tak sesuai untuk warga emas disitu. lagipula covid masih belum mati. di KAFA, lebih selesa. aku dah tinjau - tinjau. 
makanan cukup. 

ouh lupa. atuk aku punya degil, malam lepas air dah mula surut (tapi air masih tinggi). dia ajak adik aku balik. sebab dia nak mengemas. katanya nak cuci dinding. tapi air kan masih ada. dengan gelap tak ada lampunya. alahai.  hahahaha. 

Shah Alam 'Mati'
aku seboleh - boleh nak balik tengok rumah walaupun aku dah tak duduk disitu. hahhaa. aku nak tahu keadaan semua orang. yela, ayah aku sibuk tak sempat nak reply whatsapp. kawan aku lah yang bantu bagitahu keadaan terkini kawasan kebun bunga. 
ada satu malam tu (tak ingat). aku ada cubaan nak balik rumah. tapi kereta stuck di round the board. al maklumlah, shah alam adalah darul round the board. round the board rendah. hahaa. memang tenggelam banjir. terpaksa patah balik. masa ni macam naik bulu roma. 

mana - mana je 4x4 dengan bot. macam gempak weyh. mana - mana sunyi. kedai tutup dan ditenggelami banjir. kesian. esok nya cubaan untuk balik ke rumah, lepas. hahahha akhirnya. tapi tak boleh masuk pun. cuma mampu tengok dari atas jalan je (rujuk gambar diatas). aku balik sebab nak update keadaan terkini kepada mak aku. kesian mak aku kena palau dengan ayah. hahahha. 
belum apa - apa, mak aku da buat senarai apa benda yang aku kena cari/ kemaskan. hahahahha. ayooo. 

Keadaan Rumah Tongkang Pecah

lepas dapat masuk rumah, rasa macam 'wow'. ni nak kemas dari mana? hahhaa. macam tak tahu nak mula. eh bukan aku yang kemas, tapi aku tolong fikirkan. memang gila - gila teruk. sampai kereta pun K.O. rasanya macam semua barang memang perlu dibuang. 
banyak gila baju yang perlu dibasuh. entah berapa trip kali ke dobi. dobi serata tempat. sebab nak dapatkan dobi yang murah dan tak ramai orang. kebanyakkan mangsa banjir memang akan ke dobi. masalahnya semua dekat - dekat. terpaksa pergi jauh sikit. 

semua dokumen penting lebur. aku tak jumpa mana. buku aku. aduhai. tak dan nak menangis. tapi almari pun lebur jatuh ke lantai. semua buku menyembah weyh. sedih gila. tapi sedih yang tak ada perasaan. sedih tapi kosong. sedih tapi rasa macam ah lantak la. 
sebab dah tak terjaga, tapi masih sayang. tak ada langsung buku yang selamat dan dokumen aku langsung tak dijumpai. 

mak aku lebih risaukan anak  anak kucing berbanding keadaan rumah. sibuk tanya - tanya dekat adik aku 'anak - anak mak semua selamat ke?' jawapan slumber adik aku 'semua syahid'

waktu ni sebab memang tak nampak kelibat sesiapa. tapi (rujuk gambar diatas), bila jaiho munculkan kepada, tau lah kita semua. semua kucing survive. 
cuma ada 2 ekor kucing yang tak mengenang budi. hahahhaha. 
yang pertama jaiko. kucing ni dijumpai di rumah jiran. jiran 2 lorong post dalam group whatsapp kampung dan tanya ni kucing siapa. aku dan mak siap pergi kutip malaun ni. punya dia tak nak ikut, dia ingat kita ni orang asing. dia lupa, dulu adik aku kutip dia. hahahha. 
masa mak aku nak kutip dia, isteri kepada pakcik yang whatsapp ni macam jeling - jeling marah. dia macam cakap dalam hati "woi, aku yang selamatkan kucing ni. kau sedap je mengaku tu kucing kau" jaiko bukan lawa pun orang nak mengaku tu kucing kita. tapi sebab tu memag kucing kita hahahha. setakat jaga waktu banjir je pun.

dalam kereta macam nak kena lepuk jaiko ni. sehari je dia bertahan dekat rumah mak. esoknya lesap dan kembali ke pangkuan keluarga baru. lantak kau la. hahaha. 
kucing yang kedua tonggek/ kenit. aku panggil tonggek sebab dia ialah kucing jantan yang berjalan macam model. ekor pendek dan terbantut. memang lawa. bulu pun lembut. tapi sayang, lepas banjir dia menyelamatkan diri dan duduk menetap dibengkel motor depan/ kedai tomyam depan. 
masa aku sampai, nampak dia bersenang lenang tengok kereta. bila diajak balik, dia trauma. hahahha. mungkin sebab malu. dulu dia dipuji sekarang tak lagi. kalau dia ingat jalan pulang, dia balik la. kalau dia taknak, ikut la. haaaahaha. orang bukan tak pernah panggil dia balik. dia yang tak mau. 
Kemas Rumah Macam Tak Habis
atuk aku pun rajin mencuci walaupun penat. masing  masing sibuk. aku je tak ada, sebab aku tolong ambil gambar semua orang.  hahahhaha. adik aku syazwan tu tak semena - mena pergi pijak kaca. kaca tu tembus dalam selipar. kesian dia berdarah - darah tapi bukan salah aku sebab tak tolong hahaha. 
adik aku yang kecik tu pula, merajuk bila orang tak bagi tolong. akhirnya bila dah bagi tolong, seronok dia posing. 5 minit kemudian dia hilang. dasar. bila orang suruh sambung kerja, dia nangis. hahahhaa. 

sampah - sampah yang dekat luar pun dah berkurangan. orang lelaki dah tolong angkut bawa pergi tempat pembuangan sampah didepan / di belakang. ada sukarelawan yang membantu. terima kasih. 
ada banyak barang berharga mak, terutamanya barang didapur yang sayang benar nak dibuang. hahhaha. akhirnya dapat buang tanpa rasa bersalah. ubat  ubat yang dah ditenggelam banjir pun kalau boleh nak disimpan sebab masih belum dibuka penutup. tapi kita semua tahan telinga jela dengar. hahaha

lorong belakang rumah; tempat pembuangan sampah ni dah disaster teruk. bau jangan cakap la. alhamdulillah sekarang dah bersih lepas hujan turun membersihkan jalan. langit terik juga dah mengangkat semua kelembapan. 
Keadaan Rumah Selepas Cuci
ada banyak baju - baju yang masih belum dibasuh. separuhnya dibuang sebab tak larat nak dicuci. mungkin baju - baju yang tak ada kenangan atau sentimental. jadi tak ada sebab untuk terus disimpan dan memenuhi almari. 
peralatan elektrik seperti TV selamat dibuang .mesin basuh juga tak berupaya nak dibaiki. kipas - kipas masih selamat digunakan selepas dikeringkan berhari - hari. penghawa dingin juga masih boleh dipakai. 
sekarang dirumah ada 8 biji kipas tak silap. disetiap ruang ada telah disediakan 2 biji kipas untuk membasmi rasa panas. puncanya kipas siling dah jahanam. 





beberapa hari selepas mengemas rumah, akhirnya rumah bersih. rasa macam rumah baru je lantai tu. hahahha. ini lah hikmah banjir. rumah akan disental sebaiknya. putih. rasa lapang rumah. ada banyak barang - barang dah dibuang. 

setakat hari ini, masih belum ada mesin basuh dirumah emak. kipas siling baru diterima semalam hasil dari claim bantuan banjir. siling yang bolong masih lopong. nyamuk berkeliaran liar. tilam dah berganti baru. keadaan rumah masih suram dan tak ceria. 
rumah sedang proses cat baru dan ayah melakukan semuanya sendirian. mungkin dibantu adik, aku tak tahu. kucing - kucing bebas masuk rumah walaupun tv yang baru dibeli dijatuhkan oleh salah seekor kucing yang tak bertanggungjawab. nasib baik skrin tak pecah, kerana tv jatuh dari aras tinggi juga.  kereta masih terbengkalai. kenderaan utama sekarang cuma motor. 
apa pun, terima kasih pada semua yang memberi sumbangan terutamanya syarikat tempat aku bekerja, warga kbba, bantuan orang ramai dan juga bantuan kerajaan. duit yang diterima mungkin tak dapat nak ganti semua nilai kerosakan, tapi boleh topap sikit - sikit untuk mengembalikan semuanya macam dulu balik. semoga semua yang membantu dimurahkan rezeki. 
semoga yang terkesan dengan banjir dapat melalui hidup ini dengan tenang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/02/banjir-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kena Halau Penjaja Sepang Jumpa Mb Selangor Wacanakini 09 02 2022

Isu Kena Halau Penjaja Sepang Jumpa Mb Selangor Wacanakini 09 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 164 hits
SHAH ALAM 9 Feb 2022 Wakil 400 penjaja kecil daerah Sepang menemui Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagi meminta dipanjangkan had tempoh sewaan perniagaan Ia berikutan keadaan peniaga peniaga yang terjejas teruk dan terkesan...
Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap empat kerajaan terdahulu yang dilihat mengabaikan nasib 1 2 juta rakyat yang pemandu dan pengusaha pengangkutan darat Ketua Ak...
Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR 09 Februari 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku dan Pusat Aduan Terkesan Vaksin memaklumkan jumlah sebenar mereka yang mengalami kesan sampingan selepas vaksin mungkin akan men...
What S New In The Caribbean For 2022

What S New In The Caribbean For 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 232 hits
By BY CHARU SURI from NYT Travel https ift tt GW2QchR
Awas Taktik Ahlong Pancing Pencarum Kwsp Bebas News 06 02 2022

Awas Taktik Ahlong Pancing Pencarum Kwsp Bebas News 06 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 221 hits
AMARAN kepada masyarakat pengguna terutama orang orang Melayu Berjaga jagalah dengan taktik terbaharu para pemberi pinjaman haram atau Ahlong yang menawarkan dengan skim pinjaman untuk dibayar balik dengan pengeluaran caruman Kumpulan Wang ...
11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 369 hits
CIMB BANK Bhd must be more proactive to look into ways and means to swiftly resolve the tendency of technical glitches of sorts plaguing both its online and physical banking platforms As recent as Jan 27 the bank said CIMB users would not b...
Tarikh Bayaran Duit I Fitri 2022

Tarikh Bayaran Duit I Fitri 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 208 hits
TARIKH BAYARAN DUIT i FITRI 2022 Kepada penduduk Negeri Terangganu Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40 Bagaimana cara untuk dapatkan duit raya i ...
Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2022 Rm1000

Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2022 Rm1000

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 249 hits
PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK 2022 RM1000 Inisiatif Kerajaan Negeri yang ditunggu tunggu oleh mereka yang bergelar ibu bapa apabila diputuskan setiap bayi yang baru lahir akan diberi insentif Endowment Fund Sarawak bernilai RM1...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik