Bangsa Melayu Di Myanmar Sangat Patriotik Tidak Seperti Rohingya



Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya, jangan pula lupa akan Melay Islam Myanmar yang juga perlukan perhatian kita.  Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar.  Mereka tidak sibuk pun untuk meninggalkan negara Myanmar seperti kaum Rohingya

Mengapa perlu memberi perhatian yang terlampau terhadap kaum Rohingya ini sedangkan kita ada bangsa seagama kita sendiri di Myanmar yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan, namun mereka tetap berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar,

Kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.




Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu, namun banyak lagi yang mereka perlukan sokongan untuk kekalkan jati diri Melayu mereka yang telah tiada di sana


Mereka bukan mahu kembali ke Malaysia, tetapi mereka lebih perlukan kita untuk menziarahi mereka dan bantu mereka untuk mengekalkan identiti Melayu dalam jiwa anak muda mereka dan bantu apa yang boleh seikhlas hati sebagai saudara seagama dan sebangsa dengan kita.

Melayu Myanmar / Burma Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan paling Selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semuanya terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu.


Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauan itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk tempatan menggelar Melayu sebagai Pashu. Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia, lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.



Kebanyakan orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Suatu masa dulu, kerajaan negeri Kedah Tua pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara di Malaysia.


Orang Melayu di Burma atau Myanmar bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, atau bahasa perantaraan. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab.


*Jika anda lihat peta selatan Myanmar anda akan dapati beberapa nama tempat adalah dalam Bahasa Melayu seperti Kampong Ulu, Kampong Mah Puteh, Kampong Tengah, Pase Panjang, Telok Babai serta Kampong Pulo Chili.

Sebagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di Distrik Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Populasinya terdiri atas Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat lokal dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggris direkrut sebagai buruh pertambangan timah.


Nama Tanintharyi sendiri berasal dari penyebutan Melayu “Tanah Sari”. Lidah Burma sukar menyebut nama itu dan menyebutnya dengan lidah mereka menjadi "Tanintharyi." Orang-orang Eropa biasa menyebutnya “Tenasserim."


Pada abad ke-19 sampai awal abad ke-20, Kawthaung lebih dikenal dengan nama Victoria Point dan menjadi pelabuhan kecil yang ramai di sekitar Myanmar selatan. Di situ tak hanya berlabuh perahu-perahu dagang, tapi juga tempat singgah para pencari ikan dari daerah-daerah yang jauh.


Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.


Awalnya tempat itu sekadar untuk singgah. Namun, lantaran hasil ikan di situ sangat banyak, mereka memutuskan menetap. Sejak itulah para nelayan Melayu beranak-pinak di tempat itu. Orang Melayu yang sekarang berada di situ adalah keturunan para pengikut Nayuda Ahmed. Kawasannya sekarang dikenal sebagai Desa Bokpyin.


Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka menyebar di beberapa bagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. 

Bahasa majoriti di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain. [tirto.id/foto,fb Histourism/kembaragd.blogspot, pelbagai sumber]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2020/04/bangsa-melayu-pun-ada-di-myanmar-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 185 hits
Suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira 19 yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Januari lepas iaitu Amirul Nafis Amirnuddin masih terngiang ngiang dan teringat kata kata terakhir arwah kepadanya Papa peluklah mama tak ...
Yartsa Gunbu Kulat Termahal Sangat Sulit Mendapatkannya Ubat Berkhasiat Bernilai Tinggi

Yartsa Gunbu Kulat Termahal Sangat Sulit Mendapatkannya Ubat Berkhasiat Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 86 hits
Yartsa Gunbu terhasil daripada fungus yang menjangkiti ulat rama rama hantu di Dataran Tinggi Tibet dianggap sebagai tumbuhan kulat termahal di dunia dengan harga hingga 50 000 satu pound Yarsagumba dalam bahasa Tibet bermaksud rumput musim...
Metmalaysia Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor Pahang Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

Metmalaysia Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor Pahang Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 108 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan sangat lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini sehingga 13 Januari depan Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd...
Jojo Akan Berlawan Dengan Juara Yang Sangat Keras

Jojo Akan Berlawan Dengan Juara Yang Sangat Keras

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 87 hits
Lawan Jojo lepas ni bukan cikai ayam punya fighter Estupinan tu one of the most exciting fighters on the planet benda ni ONE sendiri cakap mereka dalam ONE tak pernah nampak fighting style yang gila macam si panda kick tu sebab dia unorthod...
Umrah Selepas Solat Subuh Sangat Nyaman Santai Dan Tidak Meletihkan

Umrah Selepas Solat Subuh Sangat Nyaman Santai Dan Tidak Meletihkan

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 205 hits
Hari Wukuf di Arafah bagi musim Haji 1445H dijangka jatuh sama ada pada 15 atau 16 Jun 2024 Majoriti jemaah haji Malaysia biasanya telah pun tiba awal di Makah antara 20 25 hari sebelum tiba hari wukuf di Arafah Ruang waktu dan hari yang ba...
Suka Sangat Menghirup Kuah

Suka Sangat Menghirup Kuah

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 124 hits
Assalamualaikum Anak dara sorang ni suka betul menghirup kuah macam ibu dia jugak asal lauk dah masak je ambil kuah sepiring pas tu hirup x pedih agaknya perut tu ni dh menurun perangai kat anak plak x kisah la kuah masak lemak cili api ke ...
31 Warga Myanmar Ditahan Cuba Masuk Malaysia Secara Haram

31 Warga Myanmar Ditahan Cuba Masuk Malaysia Secara Haram

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 144 hits
BernamaTentera Darat Malaysia melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia Thailand dekat Bukit Kayu Hitam hari ini Foto TDM ALOR SETAR Tentera Darat Malaysia melalui Markas D...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi